Program UPKK Final Countdown Anjuran Hatimurni Islamic Private Education Center

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pada 1 Oktober 2022, bermula dari pukul 8.00 pagi, telah berlangsung Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta - Hatimurni di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur. Pendaftaran untuk program ini sentiasa penuh pada bila-bila masa sahaja setiap kali diadakan. Buktinya, program kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang pelajar.


Kelas agama shah alam

Hatimurni bantu dengan mewujudkan Program UPKK Final Countdown (UFC) ini adalah bertujuan untuk menyediakan anak-anak yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) yang akan berlangsung pada 14-17 November nanti. Pada sebelah petangnya pula, seramai lebih dari 300 ibu bapa kepada pelajar yang menyertai program ini turut hadir untuk satu sesi khas yang diadakan untuk ibu bapa.

Dalam program sehari yang padat dengan sesi ilmu dan aktiviti ini, anak-anak bukan sahaja mendapat motivasi yang kuat tetapi telah diberikan pendedahan tentang bagaimana teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Subjek Sirah dan Ulum Syariah dan Subjek Jawi. Dan apa yang lebih menarik, setiap sesi ini dibimbing oleh guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sangat terlatih.

Kelas agama shah alam


Program yang bermula dari pukul 8.00 pagi itu, dimulai dengan Sesi Motivasi - Semangat Mumtaz 8A UPKK oleh Coach Faiz Hakim dan diakhiri dengan slot istimewa dimana ibu bapa pelajar juga dijemput hadir untuk mendengar pesanan dari Pengasas Hatimurni Private Islamic Education Center - Ustazah Siti Khadijah Mohni.

Kemudiannya, ibu bapa dan anak-anak juga telah bersama-sama mendengar perkongsian ceramah tentang ibubapa dari Dato Ustaz Kazim Elias yang berkongsi tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak. Dalam perkongsiannya, DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa.

Selain itu, Ustaz Kazim Elias juga menasihati ibubapa agar mengajar anak-anak untuk mengenal Al-Quran. Cintailah Al-Quran. Anak-anak masa kini lebih  mengenali Christiano Ronaldo dari mengenali nama-nama Allah.

Nasihatnya lagi ajari anak untuk kenal perangai syaitan dan lawanlah perangai syaitan tersebut. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan bisikan syaitan. Dan anak-anak kenalilah nabi dan cintailah nabi.

Selain itu, biasakan anak-anak lakukan 3 amalan harian iaitu solat witir, puasa 3 hari dan solat dhuha.

Ceramah ustaz kazim terkini

Hatimurni merupakan Pusat Pendidikan Islam Swasta (Sekolah Islam Swasta - Private Islamic School) yang berdaftar dengan Jabatan-Jabatan Agama Islam. Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suaminya Ustaz Engku Ahmad Fadzil.

Hatimurni menyediakan perkhidmatan sekolah KAFA di awal usia 7 tahun termasuk Kelas Mengaji & KAFA Hujung Minggu. Fokus utamanya adalah untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.

Ceramah ustaz kazim terkini

Kini, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni beroperasi di 3 pusat iaitu di Wangsa Maju Kuala Lumpur, Setiawangsa Kuala Lumpur dan Seksyen 7 Shah Alam. Selain dari itu, Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni juga menawarkan kelas pendidikan agama secara online yang kini bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas kafa swasta yang disediakan oleh Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni boleh hubungi 60196664225 atau 60133044225. Anak-anak sekitar kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, seluruh Malaysia malah dari luar negara dialukan untuk mendapatkan pendidikan Islam lebih meluas dalam bentuk tuisyen di sini.

DAN, sebagai tanda kesyukuran Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni ingin menghadiahkan ibu bapa dengan Ebook PERCUMA - 20 Tips Didik Anak Berilmu. Anda hanya perlu layari www.didikanakberilmu.com.my untuk mendapatkannya.

Inshaa Allah, buku yang lebih padat - 101 Tips Didik Anak Berilmu akan diterbitkan dalam bentuk buku sebenar sempena ulang tahun ke-15 Pusat Pendidikan Islam Swasta - Hatimurni pada bulan November 2022 ini. In Shaa Allah.

_________________________

Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Post a Comment

9 Comments

  1. Congratulations on your the launch ceremony of this Program UPKK Final Countdown, surely more the Muslims students will be benefited from this program. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada program-program macam ni untuk bantu anak-anak. Dulu-dulu tak ada pun program macam ni. Good luck untuk anak-anak UPKK tahun ini.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ... Kalau dekat boleh dah hantar anak²... Tahun ni anak sulung UPKK juga... Mak dia debar lebih... Haha

    ReplyDelete
  4. anak saya tahun dpn upkk
    dah boleh mula dari sekarang cari info yang berkaitan. Terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  5. bagusnya ada program camni..alhamdulillah,moga allah lorongkan segala yg terbaik utk anak2 ni

    ReplyDelete
  6. Masa memula baca tu rasa.. eh! dahsyat.. cerita tahun 2023.. hihi tapi sure kak pip tertypo tu. Apa pun bagus pendekatan dan input yang pusat pendidikan Islam swasta ini berikan pada murid dan juga ibu bapa.

    ReplyDelete
  7. Best betul ada program macam ni. Menarik. Anak dan ibu bapa sama2 join

    ReplyDelete
  8. bagi tadi dengarnya UPKK akan ditunda bagi memberi laluan pada PRU...hmmmm semoga anak-anak ambil positif tundaan ni. Kalau ammi, ammi agak tak setuju dengan tundaan ni sebab ntahlah..kalau ammi biar settle cepat,cepat sikit hilang debaran

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.