Review Telekung Sulam Cantik Sesuai Untuk Dijadikan Hadiah

hi there, sekarang ni ada banyak sangat pilihan telekung di pasaran. Dari harga yang murah berbelas-belas ringgit sahaja sehinggalah harga cecah ratusan ringgit. 

Pilihan fabrik pun banyak sangat choices menarik - nak telekung tanpa corak, bercetak, mahupun bersulam. Harga telekung juga dipengaruhi dengan jenama telekung tersebut dan jenis fabrik yang digunakan.

Hari tu tergerak hati nak beli telekung, nak tambah koleksi. Eh tak, memang nak beli untuk digunakan. Telekung yang sedia ada masih elok lagi, tapi pasal aku jenis kerap cuci telekung 2 -3 hari sekali, so better aku beli extra telekung so kalau hari hujan telekung tak kering, aku still ada extra untuk digunakan.

Banyak sangat telekung menarik di pasaran. Tapi aku beli ikut kemampuan. Kalau ada extra duit nextime, aku nak juga beli telekung high grade, tapi taklah level-level Telekung Siti Khadijah, tu macam aku rasa tak mampu nak beli, hehe. 

Apapun, mari aku nak review telekung sulam cantik yang aku beli di Shopee. Telekung murah ni harga ketika aku beli RM49.00 sahaja sepasang, dan pilihan warna pun waktu aku beli tu  ada beberapa warna menarik.

Review Telekung Sulam Cantik Selesa dan Murah

Seperti yang korang nampaklah dalam gambar tu, aku beli dua pasang. Sepasang tu nanti aku nak bagi hadiah kat kawan aku. Kebetulan dia suka warna-warna pastel brown, so aku belikan dia warna macam kopi susu sikit.

Dan untuk aku pula, aku beli kaler dark blue dengan sulaman benangnya sedikit kelabu dan pink. Love sangat kombinasi benang sulam yang sweet ni. 

Ni lah my first telekung sulam seumur hidup aku. Rasanya aku tak pernah pakai telekung sulam sebelum-sebelum ni, hanya telekung viscose kosong dan corak bunga tu jer lah aku pakai. 

Jenis kain telekung sulam cantik yang aku beli ni ialah cotton silk. Taklah panas pun. Ok saja pakai telekung ni then solat dalam bilik berkipas. 

Kalau dalam bilik berpenghawa dingin, lagilah tak rasa langsung panas ke apa kan, selesa saja solat kalau dalam bilik ada air-cond, tak gitu?

Review Telekung Sulam Cantik Selesa dan Murah

Kainnya sedikit licin , kalau korang jenis suka iron telekung, yang telekung sulam aku beli ni boleh saja iron - with minimal iron lah gitu. Tapi since aku solat kat rumah sahaja pun, so tak perlulah nak iron sangat kan. Bahaha. 

Harga RM49.00 bagi aku berbaloilah dengan telekung yang aku beli ni. No free gift, no bag. Tapi aku memang tak perlu pun segala free gift and bag tu. Buat tambah kos harga telekung saja kan.

Lagipun ada ja beg kanvas extra dekat rumah, so kalau keluar berjalan tu, aku pack masukkan telekung aku dalam beg kanvas sahaja. Life aku sekarang ni memang minimalist jak lah, simple-simple gitu. Maybe pasal dah masuk 4 series ni, dah tak nak pening-pening nak beli itu ini lah. Semua nak simple, dan as long as apa yang aku beli tu functional untuk digunakan.

Review Telekung Sulam Cantik Selesa dan Murah


Aku dah pakai pun telekung ni. Part bahagian muka tu elok sahaja terletak kat dagu. Tak lah terlebih besar atau terlebih kecil. Bagi aku just nice pakai telekung ni.

Part kain telekung tu pun jenis bergetah dan bertali - lilit pinggang 29 inci dan boleh tarik sehingga 49 inci. 

Panjang kain pun labuh 49 inci alhamdulillah tutup semua bahagian kaki, dan lebar kain telekung tu bahagian bawah 28 inci. 

Seller ni jual ada lebih dari 40 warna menarik. Semua warna memang cantik-cantik, terpulang ikut selera warna kesukaan korang macam mana.

Telekung ni sesuai juga untuk dijadikan hadiah untuk famili korang dan kawan-kawan korang. Kalau nak bagi hadiah, korang boleh add on beli kotak sesiap. Harga kotak RM7.90, yang macam aku beli tu (refer gambar paling atas).

Aku tak jumpa lagi kawan aku since dia busy kerja. Insya Allah ada kelapangan jumpa dia, aku hadiahkan dia telekung ni. Harap-harap dia suka. Boleh letak di pejabat dia nanti.

Tu saja nak review telekung sulam cantik lagi murah dan selesa ni. Kalau nak beli, korang boleh saja klik link trusted seller >>> Seller Telekung Sulam Cantik Dan Murah


Ada yang nak beli telekung ke tu? Hope review aku ni membantu korang kot-kot tengah cari telekung sulam tapi nak harga yang affordable - so bolehlah tengok pilihan telekung sulam kat link yang aku kongsi di atas.

Aku tak jual telekung ni. Aku just review lepas beli telekung ni, dan ni bukan sponsored post ya.

Sekian review dari aku. 

Have a nice December ya. Tak lama lagi nak masuk 2022.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

9 Comments

  1. Ok, cantik terletak dekat muka. Terima kasih atas review, boleh try usha nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat warna seller ni jual sampaikan nak pilih pun rambang mata.

      Delete
  2. Replies
    1. Suka sangat dengan telekung ni.
      murah tapi jahitan kemas dan selesa.

      Delete
  3. cantik betul ni mrspip! lawa bunga2 tu. terletak elok je kat atas kepala. buat sebagai hantaran pun sesuai sngat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Awa. Kalau buat hantaran pun ok juga, tambah tasbih n Quran , dah molek sgt kan.

      Delete
  4. Lama tak beli telekung baru… cam best je kak pip

    ReplyDelete
  5. suka telekong macam nih... nanti boleh beli buat hadiah bagi pada kawan-kawan

    ReplyDelete
  6. wah cantiknya..dok mencari juga ni

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.