Titan Summit 2021 Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Ketika Covid-19 menyerang, satu demi satu bisnes lingkup. Deretan kedai perniagaan yang satu ketika dulu meriah dengan urusan jual beli, terpaksa ditutup dan sesetengah bandar menjadi pekan hantu seolah-olah tidak berpenghuni.

Siapa saja tak terkesan akibat Covid ni kan? Memang ramai gila yang terasa susahnya untuk meneruskan kelangsungan hidup sehingga ada yang terpaksa kibarkan kain bendera putih meminta pertolongan demi sesuap nasi. Sedihkan.

Walaupun begitu, ramai di antara kita ni yang punya daya juang yang tinggi, yang pantang untuk mengaku kalah seperti kisah Syahmi Seliman. Dari bisnes construction, bertukar bidang bisnes cookies. Apa kes ni? Jom baca ...


Syahmi Seliman Usahawan Jutawan || Kisah Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Siapa Syahmi Seliman ni? Aku pun baru tahu kisah usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik. Woha! Impressnya aku.

Syahmi Seliman tubuhkan syarikat kontraktor MSS Construction And Engineering Sdn Bhd (MSSCE) G5 CIDB, MOF, SPKK, taraf Bumiputera yang pakar dalam bidang kejuruteraan sivil dan infra tahun 2016. Kiranya dia ni involved dengan bidang pembinaan.

Setahun selepas tu, MSSCE dapat projek MRT dan projek ni satu-satunya income untuk MSSCE dan income untuk projek ni berdigit lebih setengah juta. Tapi setengah juta tu apalah sangat, takkan nak bergantung dengan satu projek sahaja.

Pada tahun 2018, Syahmi Seliman hadir ke Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan Entrepreneur Foundation Program (EFP) yang dikendalikan oleh Richworks.

Di sini, beliau belajar tentang mass market, dan kemudiannya rebranding perkhidmatan syarikat beliau dan menubuhkan renorumah.com yang memberi fokus kepada home renovation. Walaupun merasa sukar untuk mencuba market baru, tetapi agak mengejutkan bilamana pendapatan beliau naik sehingga 7 angka!

Pada tahun 2019. Syahmi Seliman menyertai Titanium Circle di bawah kelolaan Richworks, dan beliau menggaji 4 staf berkelulusan tinggi dan berpengetahuan.

Dengan tunjuk ajar menyertai Titanium Circle, projek renorumah.com semakin bertambah, sales meningkat dan menjadikan cashflow syarikat semakin stabil.

Tapi baru saja nak merasa kejayaan, tahun 2020 sangatlah mencabar apabila PKP diumumkan. Kalau yang terlibat dengan projek pembinaan ni, kalau projek tiada progress, macam manalah nak hantar claim untuk request payment dari client kan. Boleh panik dan stress dibuatnya.

Untungnya Syahmi Seliman ni, dia anak murid Dr Azizan join Titanium Circle tahun sebelumnya, dia dapat bimbingan dari team Titan Richworks apa yang perlu dia lakukan dengan bisnes dia.

Dia buat bisnes renovate rumah, tapi musim PKP ni siapalah nak renovate rumah pula? Dah nama pun PKP, terpaksalah berkurung dan sedia maklumlah time PKP ni bisnes construction antara yang paling terkesan kerana pengoperasian tidak dapat dijalankan. Lingkup bisnes kalau berterusan tiada income.

Dengan adanya nasihat team Titan Richworks, Syahmi Seliman mengubah haluan dengan mula menggunakan digital marketing dan menukar bisnes daripada Renorumah ke Renocookies dengan menjual pelbagai jenis biskut. Hebat betul penangan mentoring daripada Dr Azizan ni tau apabila Syahmi Seliman mampu bertahan dengan bisnes Renocookies.

Anak Murid Dr Azizan Join Titanium Circle Dari Zero To Million Richworks

Dari Renocookies ni, Syahmi Seliman bergerak maju. Dia perbaiki leadership dan arah tuju bisnes, baiki mana yang kurang dan dia bangkit membangunkan bisnes Renorumah semula. Kali ini, dengan perubahan yang dilakukan, Renorumah menjadi platform untuk membantu lebih ramai vendor untuk menjadi kontraktor.

Antara perubahan dalam bisnes Renorumah - membuat konsultasi melalui platform Zoom, closing sales melalui online, lebih selamat dan mudah untuk klien, tidak perlu site visit, pitching klien dan berhadapan secara face to face, dan beradaptasi dengan sistem dan method baru untuk membuat design.

Dan pada tahun 2021 ini, walaupun kita berada dalam pandemik Covid-19, Syahmi Seliman berjaya membuktikan dengan mentorship yang betul, alhamdulillah tiada apa yang mustahil untuk mengecap kejayaan. 

Kalau beberapa tahun lepas, bisnes dia hanya memiliki staf seramai 4 orang, kini Renorumah berbangga memiliki seramai 32 staf dan berjaya memecahkan rekod jualan pada tahun lepas.

Bukan sahaja bisnes makin maju, malah berjaya memiliki rumah dekat EcoWorld. Wow.

Kejayaan Syahmi Seliman sebagai anak murid Dr Azizan join Titanium Circle dari zero to million Richworks memang hebat sangat. Ini antara bukti Titan Richworks membantu usahawan berjaya dan cemerlang di dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Program Titan Summit 2021 : Adakah Anda Seorang Usahawan Atau (Bakal Usahawan) Dan Ingin Perlukan Bantuan Untuk Memperbaiki Bisnes Anda?

Titan Summit 2021 Richworks


Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September 2021 nanti.

Program ini menghimpunkan seramai 100 usahawan jutawan bagi berkongsi usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.

Bukan calang calang Program Titan Summit 2021 kan. Bukan satu atau dua usahawan yang akan bersama-sama usahawan lain, tapi 100 usahawan bertaraf jutawan tau yang akan bersama sama berkongsi pengalaman mereka akan perkara dan strategi yang betul untuk cemerlangkan bisnes mereka. 

Fuh! Hebat gila Titan Summit 2021 ni.

Bagaimana 100 Usahawan Jutawan Ini Berjaya Harungi Cabaran Bisnes Ketika Pandemik? Mereka Bakal Kongsikan Perkara Betul & Strategi Dilakukan

Titan Summit 2021 Richworks


Korang nak tahu tak, 100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.

Himpunan jutawan ini juga bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.

RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan bimbing ramai usahawan sejak 2008 malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera datangnya daripada Richworks.

Korang yang bergelar usahawan dan rasa-rasa nak join kutip semangat usahawan jutawan yang berjaya ni, korang jangan segan-segan tau untuk join Titan Summit ni.

Kalau korang menjadi peserta program ni, korang akan dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma!

Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.

Bagaimana 100 usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik akan mereka bakal kongsikan jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka dalam program Titan Summit ini.

Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti dan akan dijalankan secara webinar.


Jom daftar segera dengan link yang diberikan di bawah



Rugi sangat kalau korang yang nak majukan atau kembangkan bisnes tapi tak tahu macam mana tak join program Titan Richworks ni. 

Daftar tau. 

cheers.

4 Comments

  1. Baru tahu kisah sebalik reno cookies

    ReplyDelete
  2. Tu diaa penangan anak murid Datuk Wira Dr Azizan Osman, dari reno rumah ke reno cookies. Caya lah. Yang penting, ada usaha nak dapatkan pendapatan berterusan masa tengah pandemik ni..

    ReplyDelete
  3. Ramai dah usahawan yang berjaya di bawab bimbingan DAO ni. Memang terbukti program2 richworks mampu ubah hidup siapa yang nak berjaya

    ReplyDelete
  4. Ni rupanya founder reno cookies ni...waktu raya memang kebabom sales ni. Terbaik!

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.