Review Movie Girl In The Basement : Kekejaman Seorang Bapa Yang Sukar Dibayangkan

Review movie Girl in The Basement || hi there. Movie ni diambil dari kisah benar, cerita Elisabeth Fritzl yang dikurung oleh bapanya di ruang bawah tanah selama 24 tahun, dan dirog*l sehingga melahirkan 7 orang anak!

Aku memang emosi sangat bila tengok movie ni. Aku mulanya tak plan pun nak layan movie ni, tapi bila ada thread di Twitter yang suggest untuk tengok movie ni, jadi rasa terpanggillah pula nak tahu bagaimana bapa kurung anak sendiri bertahun tahun tanpa ada rasa belas kasihan dan bersalah.

Movie Girl In The Basement ni bermula dengan kehidupan seorang gadis cantik dan periang bernama Sara (lakonan Stefanie Scott), yang tak sabar nak tunggu harijadi dia yang kelapan belas tahun.

Sara bagitau mak dia yang bila dia dah habis high school nanti, dia nak keliling dunia tengok kehidupan di luar. Mak dia tak membantah pilihan anak gadis dia, malah mak dia senang melihat betapa anak gadisnya membesar dan mempunyai matlamat hidup sendiri.

Malangnya, bapa Sara terdengar perbualan antara Sara dan mak dia, lantas dia tidak duduk senang kerana dia tidak suka dengan cara Sara yang ingin hidup bebas.

Pada satu hari yang malang, ketika Sara bersendirian di rumah bersama bapa dia, mak dia keluar beli barang ketika itu dan kakak dia juga tidak berada di rumah, bermulalah titik hitam dalam hidup Sara.

Bapa dia minta Sara tolong angkat barang ke ruang bawah tanah (basement), dan di bawah tanah ni, rupa-rupanya ada satu bilik tersembunyi yang tiada sesiapa yang tahu kecuali bapa Sara bernama Don (lakonan Judd Nelson).

Sebaik sahaja Sara masuk dalam bilik tu, bapa dia tanya kalau Sara suka bilik tu, lepas tu terus mengunci Sara tanpa rasa kasihan.


Review Movie Girl In The Basement

Sara perlu berjuang untuk terus hidup. Bayangkan bapa sendiri tergamak kurung anak, lepas tu rog*l pula sehingga melahirkan zuriat (incest). 

Selepas kehilangan Sara, mak dia buat laporan polis. Tapi bapa Sara selamba sahaja bagitau mungkin Sara melarikan diri untuk melihat dunia luar.

Tiada sesiapa pun yang mengesyaki perbuatan laknat Don ni.

Tahun berlalu, dan anak anak Sara pun semakin membesar. Anak sulung Sara menghidap penyakit asma rasanya kerana dia ada masalah kesukaran untuk bernafas.

Di dalam cerita ni, Sara melahirkan 5 anak (kalau tak silap), dan satu tu passed away. Manakala 2 daripada anak milik Sara dijaga oleh mak Sara. 

Don buat cerita yang ada baby ditinggalkan di depan pintu rumah beserta nota daripada Sara. Jadi mak dia mati mati percaya yang Sara tu memang ada somewhere out there. Padahal itu semua rancangan Don yang letakkan baby depan pintu rumah.

Kalau cerita sebenar Elizabeth pula, dia lahirkan 7 anak, dan satu passed away. Tiga daripada anaknya di jaga oleh mak dia, di dalam rumah kediaman mereka, hasil rancangan penipuan bapa dia sendiri.

Korang kena baca tau cerita sebenar Elizabeth, memang tabahnya dia berdepan dengan kehidupan di mana kebebasan dia diragut oleh bapa sendiri.

Berbalik pada kisah Sara, Girl in the basement. Pada ketika anak sulung dia tidak sedarkan diri, Sara merayu supaya Don bawa anak dia ke hospital. 

Dan Don gertak Sara supaya tidak membuka mulut dan tidak memberitahu hal dia dikurung sekian lama kepada staff hospital.

Dalam girl in the basement ni, Sara dikurung selama 20 tahun. Kalau based on true event, Elizabeth dikurung selama 24 tahun!

Tapi kan, Sara berjaya meminta bantuan staff hospital, dan akhirnya Sara berjaya bebas manakala bapa dia si Don ditangkap dan mereputlah Don dalam penjara selamanya.

Sara kembali bersatu bersama mak dan kakak serta dua anaknya yang dijaga oleh mak dia selama ini. Dan mereka berpindah ke kawasan lain untuk memulakan kehidupan yang baru.

Oh ya, Sara ni ada kekasih hati dan selama 20 tahun jugalah kekasih hati dia setia menunggu Sara.

Sad story with happy ending.

Tu jer lah nak story pasal cerita girl in the basement ni. 

Dan yes, aku emo untuk beberapa hari selepas layan cerita ni.

Haish.

Semoga dijauhkan kita semua daripada kejadian seperti ini.

thanks for reading.

0 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.