Nak Rumah Cantik? Dapatkan Buku Design Collection IDW - 200 Pilihan Rekaan Dalaman Tersedia Berserta Detail Drawing Dan Layout Plan

Nak Rumah Cantik? Dapatkan Buku Design Collection IDW - 200 Pilihan Rekaan Dalaman Tersedia Berserta Detail Drawing Dan Layout Plan || Senang sangat nak buat interior design dengan kos yang efektif dan jimat! 

Perkenalkan Design Collection IDW - Buku Plug & Play Interior Design Pertama Di Malaysia yang menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Aku seorang yang bukan visualiser. Waktu mr.Husband dulu buat detailed untuk construct rumah kami, aku memang kurang arif sangat untuk buat pemilihan material dalaman rumah, dan aku susah nak explain dekat mr.Husband design dalam rumah yang macam mana aku prefer.

Oleh sebab ambil masa yang sangat lama untuk aku decide apa yang aku nak, end up mr.Husband sorang sorang yang buat  pemilihan semua detailed dalam rumah kami. 

Jubin lantai rumah kami ni pun, ambil masa sebulan juga untuk pilih nak jubin yang macam mana.

Aku rasa, kalau waktu dulu tu aku ada buku yang aku boleh rujuk sebagai panduan untuk hiasan dalaman, mesti konsep rumah kami akan ada sedikit perbezaan dengan apa yang ada sekarang.

Walaupun betul kita boleh tengok banyak design rumah di internet, tetapi tetap berbeza dengan memiliki buku hiasan dalaman yang lengkap beserta dengan detailed drawing, material apa yang sesuai untuk digunakan beserta visual 3 dimensi.

Design Collection IDW - Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia


Buku Design Collection IDW diinspirasikan berkat usaha gigih oleh pasangan anak muda iaitu Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah. Mereka merupakan pemilik syarikat pembinaan dan reka benuk dalaman, dikenali sebagai IDW Design & Build (IDW) yang dibina pada tahun 2007.

Menelusuri cerita pasangan muda ini sebelum mereka mencapai kejayaan, ianya sangat menginspirasikan.

Cabaran Membina IDW

Tips Pemilikan Kediaman Baharu

Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta. 

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.

Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.

Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan.

Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.

Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW.

Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Membina Mahligai Impian


Fenomena COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar : Design Collection IDW - Buku Plug & Play Interior Design Pertama Di Malaysia

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan.

Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi.

Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.

Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Saya Nak Rumah Cantik

Saya percaya setiap kita mempunyai rumah idaman masing-masing. Kita membayangkan konsep rumah idaman kita namun untuk mendapatkan perkhidmatan pereka dalaman adakalanya agak mustahil bagi sebilangan kita kerana ianya melibatkan kos yang agak tinggi.

Jadi, apabila buku Design Collection IDW dilancarkan, ubah suai rumah menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan tanpa menggunakan perkhidmatan pereka dalaman semata-mata.

Apa yang pemilik rumah perlu buat ialah, dapatkan buku Design Collection IDW, dan tersedia 200 koleksi rekaan di dalamnya, dan setiap rekaan pula disertakan home layout plan dan detail drawing, dan  juga bersama gambar untuk dijadikan rujukan. 

Proses ini membantu setiap pemilik rumah yang inginkan pengubahsuaian untuk mendapat idea dan sumber rujukan dan boleh berbincang dengan kontraktor pilihan masing-masing.

Design Collection IDW


Scan QR Code yang tersedia pada setiap halaman rekaan. Ini membantu anda semua untuk melihat detail drawing tu dengan lebih jelas. Dan anda boleh memilih konsep rekaan yang sesuai dengan citarasa anda. 

Buku Design Collection IDW menyediakan pelbagai pilihan konsep ruang tamu , walkin wardrobe, ruang makan, bilik tidur, ruang pejabat, ruang dapur, ruang foyer, bilik laundry, ruang keluarga dan juga idea bilik ibadah.

 Design Collection IDW - Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

Dengan menggunakan buku Design Collection IDW, semudah 200 koleksi rekaan dalaman tampil mewah dan moden lengkap beserta pelan, lukisan dan panduan pengubahsuaian untuk memudahkan proses pembinaan.

Memiliki sebuah buku Design Collection IDW sangat sangat membantu aku untuk mendapatkan inspirasi untuk rekaan dalaman rumah.

Dan disamping kerja suami sebagai freelance juruukur bahan dan ada masanya beliau diminta untuk memberikan pendapat berkaitan kos dan jenis bahan untuk rekaan dalaman, jadi buku ini sangat membantu beliau juga untuk tujuan rujukan. 

Jangan tak tahu, aku dah siap siap pilih dalam buku ni salah satu konsep dapur yang aku mahu. Insya Allah, bila duit tabung rumah dah cukup nanti, bolehlah kami suami isteri memulakan hiasan dalaman rumah mengikut spec yang disediakan di dalam buku Design Collection IDW ni.


Satu lagi, buku IDW ni sangat high quality. Disediakan dengan hard cover book, dan setiap muka surat tu pula, menggunakan kertas bergred tinggi dan sangat berwarna warni.


Rebut Buku IDW ni dengan Harga Promosi Raya

Untuk anda yang ingin mencari idea mengubahsuai ruang dalaman rumah, bekerja dalam bidang berkaitan interior design mahupun pembinaan bangunan, atau seorang yang sukakan hiasan dalaman rumah, buku Design Collection IDW ini harus untuk anda ada sebagai koleksi buku anda.


Buku Design Collection IDW - Dapatkan Plug & Play Interior Design Book Pertama di Malaysia Sekarang.

Raya Promo RM397.00 (Harga Asal : RM2897)

Detail lengkap, anda boleh layari laman web tertera di bawah


Dan juga ikuti laman Instagram IDW di



Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan selepas ini anda yang ingin mengubah suai dalaman rumah, lagi-lagi raya dah nak dekat ni, bolehlah dapatkan senaskhah buku ini dan mulakan idea pengubahsuaian anda sekarang.

Happy Designing and Decorating.

cheers.





#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book
#bestinteriordesigninmalaysia
#houseinteriordesigninmalaysia
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme

3 Comments

  1. banyaknya idea boleh dapat dari dalam buku tu..

    ReplyDelete
  2. design dia cantik-cantik..:)

    ReplyDelete
  3. Nak rumah cantik. Cuma kena tunggu anak besar dulu lah. Sekarang kita tengok hasil kreatif mereka hehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.