7 Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL

Terlalu banyak tempat makan untuk menu makanan barat di KL. Sana sini ada saja restoran yang menyajikan menu makanan barat ini. Hinggakan, kadangkala terfikir juga di manakah sebenarnya restoran atau tempat makan yang terbaik untuk makanan barat ini.

Salah satu menu yang ‘special’ dalam senarai makanan barat sudah tentu adalah stik. Stik yang hakikatnya merupakan potongan daging bermutu tinggi, sangat sedap dan menyelerakan.

Malangnya, sukar untuk mencari tempat stik halal yang tidak menghidangkan alkohol. Tetapi jangan risau! Di sini akan dikongsikan beberapa tempat makan yang menghidangkan stik terbaik, statusnya juga halal dan sama sekali bebas alkohol.

7 Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL Anda Patut Cuba

 

1. N97 Bangsar


Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL


Dihiasi dengan perabot gelap dan dinding konkrit kosong, N97 Bangsar membawa anda lebih dekat dengan suasana untuk menikmati makanan barat itu sendiri.

Sekiranya berminat untuk mencuba menu yang istimewa, anda harus memilih M5 wagyu sirloin, wagyu tomahawk dan wagyu burger. Sangat lazat dan dipanggang sempurna, makin menyelerakan bila disajikan di atas pinggan kayu dengan sayur-sayuran.
 

2. Me’nate Steak Hub


Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL


Me'nate Steak Hub memang sudah lama terkenal dengan hidangannya yang bagus dan terbaik. Ramai orang berkunjung ke sini semata-mata untuk menikmati menu Wagyu steak yang terbaik.

Di Me'nate, anda juga boleh memilih jenis daging, ukuran dan bagaimana anda mahu ia dimasak. Jangan risau kerana hidangan di sini masih di tahap harga berpatutan.

3. Meat Point Halal Steakhouse


Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL


Dimiliki oleh pemilik restoran Melayu, restoran ini terletak di Taman Tun Dr Ismail (juga dikenali sebagai Taman Tun atau TTDI secara ringkasnya). Restoran ini juga sudah tidak asing lagi dengan menu yang sedap beserta suasana menikmati makanan di sebalik pemandangan kota KL.

Menawarkan pelbagai jenis daging seperti tenderloin, ribeye, striploin, T-bone dan juga daging sapi wagyu, tidak hairanlah jika restoran ini sering menerima pelanggan tanpa henti.

Bergantung pada jenis dan berat daging yang anda pilih, harganya biasanya antara RM50-RM100 plus untuk potongan biasa dan antara RM200 ke RM300 plus untuk wagyu.
 

4. Sixty9 Islamic Steakhouse


Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL


Dahulunya dikenali sebagai Wadihana Islamic Steakhouse, kedai stik ini dimiliki oleh sekumpulan lima orang rakan yang saling mengenali sejak zaman persekolahan mereka. Dengan menu daging yang banyak untuk dipilih, anda pasti akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan di sini.

Terletak di Taman Melawati, ia selalu menjadi tumpuan ramai pelanggan. Ramai pelanggan muslim suka datang ke sini bukan semata-mata kerana daging yang berkualiti tetapi juga kerana sos kuah buatan sendiri yang sedap!

Hidangan juga bersaiz besar dengan harga yang berbaloi. Oleh itu, jika anda mencari stik Barat yang berkualiti, boleh kunjungi Sixty9 Islamic Steakhouse.

5. Beard Brothers’ BBQ


Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL


Menyajikan salah satu daging panggang terbaik di bandar, BBQ Beard Brothers adalah tempat yang sesuai jika anda ingin menikmati barbeku gaya Texas. Daging disini dimasak melalui kaedah panggang ‘smoke’ yang perlahan sehingga memerlukan masa 20 jam sebagai penyediaan awal.Selain itu, mereka juga mempunyai banyak pilihan menu untuk dinikmati.

Ini adalah salah satu tempat makan untuk menu stik yang harus di cuba. Restoran keluarga yang selesa ini menyajikan pelbagai potongan daging dengan harga yang masuk akal.

Sibuk dengan urusan kerja mungkin akan menyebabkan anda sukar untuk pergi ke restoran-restoran ini. Tapi, itu tak bermakna anda tidak boleh menikmati makanan barat terutama stik, pada masa anda inginkannya.
 


Tempat Makan Steak Halal Terbaik Bermutu Tinggi Di KL


Cara terbaik untuk penuhi keinginan dalam suasana kesibukan, guna servis food delivery. Salah satunya adalah Foodpanda. Melalui aplikasi Foodpanda, anda dengan mudah dapat mencari lokasi western food near me untuk sekitar Kuala Lumpur, atau di mana saja lokasi lain dalam Malaysia dengan mudah.

Dengan membuat pesanan melalui Foodpanda ini, anda sudah boleh melalui kehidupan seperti biasa tanpa perlu lewati waktu makan. Anda juga boleh terus bekerja sambil menikmati makanan yang dihajati tanpa ada sebarang halangan.

Post a Comment

0 Comments