10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Ketika Merancang Untuk Membeli Rumah

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Ketika Merancang Untuk Membeli Rumah || hi , terbaca perkongsian warga twitter hari tu berkaitan perlukah beli rumah ketika COVID-19 melanda? hurm.

Sebenarnya, saya percaya kalau nak beli rumah adalah terpulang kepada kemampuan kewangan individu tersebut. 

Ya betul ada sesetengah situasi kita mungkin tidak digalakkan membeli rumah, mungkin dalam keadaan berperang, atau ketika ekonomi negara sangat sangat meleset dan mungkin akan menyebabkan interest pinjaman perumahan naik dan merugikan pembeli.

Tetapi, dalam keadaan COVID-19 misalnya, dan tiada gangguan ekonomi, nak beli rumah apa salahnya.

Aku tiada pengalaman beli rumah, tapi aku rasa tertarik dengan cerita jual beli rumah ni. macam-macam cerita orang kongsi apa perkara yang kita perlu ambil tahu sebelum nak beli rumah idaman.

Kalau dulu-dulu zaman batu, rasanya orang tinggal dalam gua. Hah, tak perlu nak bayar beli rumah kan. Tapi itu zaman dulu-dulu lah. 

Satu ketika dahulu, gua adalah struktur alam semulajadi yang dijadikan tempat tinggal oleh manusia mahupun makhluk ciptaan Allah yang lain. Struktur gua yang menutup sebahagian besar komponen seperti dinding dan bumbung dipilih untuk dijadikan rumah sebagai tempat berlindung daripada hujan, panas, angin dan sebarang ancaman yang tidak diingini.

Sejarah meyakinkan kita bahawa gua adalah struktur yang paling sesuai dijadikan rumah kediaman dan struktur gua juga dijadikan idea bagi manusia membina rumah. Antara sejarah gua sebagai rumah kediaman sebelum manusia pandai membina rumah adalah gua Festos (Yunani), Uchisar (Turki), Vardzia (Georgia) dan Terreras del Cualgerin (Sepanyol).

Dari masa ke semasa manusia tidak lagi memilih gua sebagai rumah kediaman kerana populasi manusia semakin ramai berbanding jumlah gua semulajadi. Kebolehan manusia untuk membina rumah memberi banyak kelebihan untuk mengatasi faktor keperluan kehidupan harian.

Faktor seperti struktur, lokasi, susunatur dan sebagainya akan menjadikan rumah kediaman lebih selesa dan membantu mengurangkan masalah lain. Selain itu, citarasa manusia juga inginkan rumah yang didiami menarik dan mampu memberi ketenangan apabila diduduki.

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Ketika Merancang Untuk Membeli Rumah


Demikian juga apabila kita merancang untuk membeli atau membina rumah, kita perlu mengetahui perkara penting agar kita mampu mengatasi keperluan yang memberi kesenangan dan kelebihan rumah tersebut kepada kita.

Oleh itu, perancangan untuk memiliki rumah kediaman perlu disusuli dengan pengetahuan asas kriteria rumah agar mampu memberi kesenangan, keselesaan dan keselamatan kepada penghuni rumah tersebut sepanjang masa.

Berikut adalah perkongsian antara 10 perkara penting yang perlu dikaji dan pertimbangkan ketika merancang untuk membeli atau membina rumah agar mampu memenuhi citarasa dan kesenangan kepada penghuni rumah tersebut.

tips beli rumah

1. Kos atau harga rumah


Bajet dan kemampuan adalah perkara yang paling penting ketika memilih jenis rumah yang hendak dimiliki. 

Pastikan kos atau harga rumah tersebut di dalam paras kemampuan dan pendapatan anda.

2. Kedudukan


Lokasi rumah memainkan peranan penting untuk memudahkan urusan harian dilakukan. 

Kedudukan yang strategik adalah berhampiran contohnya dengan tempat kerja, pasaraya, sekolah, klinik, hospital dan premis yang kerap dikunjungi.

3. Rekabentuk


Rumah kediaman adalah aset tetap dan digunakan dalam masa yang panjang. 

Oleh itu, rekabentuk rumah tersebut perlulah menepati citarasa agar penghuni rumah berpuas hati dan berasa selesa apabila mendiami rumah tersebut.

4. Ruang dan jumlah bilik


Pertimbangan perlu diambilkira tentang ruang dan jumlah bilik pada rumah tersebut. Bagi yang telah berkeluarga ataupun menetapkan rumah tersebut untuk dihuni oleh keluarga perlu mempunyai jumlah bilik tidur dan tandas yang cukup untuk menampung penghuninya. 

Selain itu, saiz dan susunatur ruang tamu, dapur, serambi, ruang makan dan tempat letak kereta juga perlu diambilkira sesuai dengan citarasa dan keperluan.

5. Kualiti


Rumah yang dibina dengan kualiti yang bagus menjamin kekuatan, ketahanan dan keselamatan rumah tersebut serta mengurangkan risiko penyelenggaraan. 

Kajian perlu dibuat tentang pemaju, kontraktor ataupun pihak yang membuat rumah tersebut mempunyai rekod yang baik dari segi kualiti rumah-rumah yang telah dibuatnya. 

Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat yang dari pihak yang lebih pakar untuk memeriksa piawai pembinaan mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

Ada yang beli rumah, tapi tertipu dengan kualiti rumah. Belum masuk rumah lagi, cat dah pudar, jubin lantai pecah, hujan masuk di celah celah tingkap, dan sebagainya.

Jadi pastikan bila anda beli rumah, periksa keadaan rumah dengan teliti.  

6. Faktor keselamatan di persekitaran rumah


Perlu dielakkan untuk tinggal di kawasan yang berisiko tinggi terhadap penceroboh, perompak dan kadar jenayah di kawasan tersebut agar penghuni lebih selamat dan tidak berisiko berhadapan dengan masalah dimasa akan datang.

7. Kemudahan asas (air, elektrik dan internet)


Walaupun kebanyakan kawasan perumahan mempunyai bekalan air, elektrik dan internet, namun sedikit kajian atau tinjauan perlu dibuat untuk mengetahui sekiranya terdapat kekerapan berlaku gangguan kemudahan asas tersebut. 

Terdapat alternatif lain penggunaan kemudahan asas awam namun ianya melibatkan kos tambahan di peringkat awal dari masa ke semasa.

Sekarang ni, hampir kebanyakkan orang mempunyai gaya hidup yang sangat berkait rapat dengan keperluan internet. Jadi pastikan periksa kepantasan internet di kawasan rumah yang hendak dibeli. 

8. Keadaan insfrastruktur di persekitaran (jalanraya dan perparitan)


Keadaan jalan masuk dan jalan utama yang baik serta bersistematik memberi keselesaan kepada pengguna selain risiko berlakunya kesesakan lalu lintas. 

Manakala sistem perparitan yang efisien mampu mengelakkan daripada berlaku takungan air ataupun banjir yang mungkin memberi masalah di masa akan datang.

9. Faktor kebersihan di persekitaran rumah


Tinjauan perlu dibuat untuk mengetahui tahap kebersihan kawasan tersebut ataupun tingkah laku penduduk dipersekitaran supaya anda mampu menilai keadaan persekitaran rumah. 

Faktor ini penting untuk diambil kira agar penghuni rumah merasa selesa dan sihat selalu.

10. Kemudahan pengangkutan awam


Pentingnya faktor pengangkutan awam kerana ia sedikit sebanyak membantu anda dalam urusan harian. 

Walaupun diketika ini kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri, namun pengangkutan awam adalah alternatif dan perkhidmatan pengangkutan yang lebih ekonomi dan memudahkan.

Pengangkutan awam sekarang ni pun dah banyak berubah. Sekarang ni, selain teksi dan bas, kita lebih selesa menggunakan Grab dan e-hailing yang lain. 

Pastikan ada perkhidmatan e-hailing kat tempat perumahan yang anda nak beli tu. Manalah tahu kan satu hari kelak kereta anda rosak dan perlukan bantuan Grab, etc untuk pengangkutan. 

Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain yang sangat berkait rapat yang anda perlu tahu ketika merancang untuk membeli rumah seperti terma perjanjian dalam sale and purchase agreement, perjanjian sewa beli rumah dengan pihak perbankan, dan sebagainya. 

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Ketika Merancang Untuk Membeli Rumah. Jadi, yang nak beli rumah tu, kalau mampu beli sajalah, apa salahnya nak beli pada waktu sekarang, lagi-lagi time Covid-19 ni, bila permintaan menurun, kemungkinan besar harga rumah juga terkesan dan berlaku penurunan. 

Apapun, semoga berjaya mendapat rumah idaman anda sekalian.

cheers.


0 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.