10 Nasihat Berguna Syeikh Ali Jaber

Salam Jumaat. Terbaca 10 Nasihat Indah Syeikh Ali Jaber Untuk Renungan , semoga nasihat beliau bermanfaat untuk kita.

Mulanya aku mengenali beliau ketika terlihat siri ceramah yang dikongsi di Instagram, dan dalam ceramahnya beliau menasihati kita untuk membuat sedekah Subuh, membaca Ayat Kursi setiap kali waktu habis solat dan juga jangan pernah tinggalkan Witir, dan boleh dibuat setiap kali selesai Isyak.

Baca Juga: Kelebihan Membaca Ayat Kursi

Menarik sangat dengan ceramah ceramah ringkas dan mudah faham yang beliau sampaikan. Dan dia menggunakan bahasa Indonesia, jadi aku tertanya-tanya siapa beliau?

Rupa-rupanya dia adalah penghafal al-Quran seawal usia 11 tahun, ulama dan berasal dari Madinah. Dan keluarganya sangat-sangat mementingkan ilmu al-Quran. Beliau berkahwin dengan wanita yang berasal dari Lombok, bernama Umi Nadia dan mendapat taraf kewarganegaraan Indonesia pada tahun 2012.

10 Nasihat Berguna Syeikh Ali Jaber


Sedihnya, orang sebaik beliau dijemput Allah SWT pada seawal usia 44 tahun, tanggal 14 Januari 2021. Semoga syurga untuk beliau. Amiin.

nasihat berguna syeikh ali jaber

10 Nasihat Indah Syeikh Ali Jaber Untuk Renungan 

1. Ibarat kupu-kupu


Kebahagiaan itu ibaratnya kupu-kupu, jika kau mengejarnya, ia melarikan diri darimu.

Tetapi jika kau duduk tenang, ia akan turun ke tanganmu.

Maka bersabarlah kerana sabar itu indah.

2. Harapan baru


Hidup tidak akan berhenti.

Allah SWT akan mengirinya dengan kelembutan dan rencana-Nya dengan harapan yang baru dan tekat yang tidak pernah hilang.

3. Bayangkan Rasullullah


Saat kamu mengeluh sakit gigi, bayangkanlah Rasulullah SAW yang patah giginya (saat berperang di jalan Allah SWT).

Saat kamu difitnah, bayangkan Rasulullah dituduh penyihir dan orang gila.

4. Jangan Sebarkan maksiatmu


Jangan memberitahu siapa pun tentang maksiatmu keran dua sebab:

Pertama, kerana maksiat bukan untuk dibanggakan

Kedua, kerana manusia tidak akan melupakan keburukanmu walaupun kau telah bertaubat.

5. Hati-hati dengan hawa nafsu


Bila orang yang ditimpa adalah orang yang kita cintai, maka kita akan katakan itu adalah penghapus dosa.

Bila orang yang ditimpa musibah adalah orang yang kita benci, maka kita akan katakan itu adalah hukuman daripada Allah SWT.

Maka, berhati-hati menghukumi takdir orang sesuai dengan hawa nafsu kita.

6. Allah lebih mencintaimu


Jika seorang hamba tahu bagaimana Allah SWT mengatur hidupnya, maka dia pasti akan tahu bagaimana Allah SWT lebih mencintai daripada orang tuanya.

Maka hati manusia akan lebih condong mencintai Allah SWT.

nasihat berguna syeikh ali jaber

Baca Juga: Empat golongan yang bertuah tidak akan disentuh oleh api neraka.

7. Hati terluka kerana kata


Kaca yang pecah suaranya akan langsung hilang da meninggalkan serpihan kaca yang melukai siapa yang menyentuhnya.

Begitu juga perkataan yang melukkai hati akan cepat hilang suaranya tetapi hatinya terlua untuk waktu yang lama.

Oleh kerana itu, jangan mengatakan sesuaitu kecuali yang baik-baik saja.

8. Syukuri apa yang kamu miliki


Jika kamu merasa nyaman , aman dan tanpa rasa takut di kediamanmu, apalagi yang kamu harapkan selain hal itu, atau kamu ingin mengambil lautan yang penuh dengan harta.

Ucapkanlah, Puji dan syukur kepada Allah atas kebahagiaan yang kamu miliki dan akuilah nikmat tersebut dengan pengakuian yang tulus.

9. Wanita yang belum berhijab


Saya sering bilang, jangan pandagi wanita yang belum berhijab, jangan pandangi buruk dia, barangkali dia punya dua rakaat Tahajjud di sisi Allah, sehingga menyebabkan dia terampuni semua dosanya.

Kita tidak tahu apa urusan manusia sama Allah. Masing-masing punya rahsia dengan Allah SWT.

10. Jadikan Al-Quran sahabatmu


Hati akan mati tanpa Al-Quran, hati akan keras jika tidak diubati dengan Al-Quran, hati juga tidak akan bahagia kecuali dengan Al-Quran, maka jadikanlah Al-Quran sahabatmu yang selalu menemani.

Sungguh Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

cheers.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sama-sama kita amik ikhtibar dari nasihatnya.. sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat Sis Lin. Alhamdulillah, sangat bermanfaat nasihat yang baik2 daripada orang yang baik2.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.