4 Golongan Yang Tidak Akan Disentuh Api Neraka

hi there, di dalam hidup kita ni, ada empat golongan yang bertuah tidak akan disentuh oleh api neraka. Subhanallah. Untung sangatlah empat golongan ni kan, api neraka pun takut nak baham mereka. Kita ni ada tak termasuk dalam empat golongan yang dijelaskan di bawah ni? Jom lah kita audit diri kita, semoga kita semua ni terhindar dari di makan oleh api neraka yang sungguh tak terbayang bahang panasnya.

Golongan Yang Tidak Akan Disentuh Api Neraka

Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Mahukan kalian aku tunjukkan orang yang HARAM baginya tersentuh api neraka?"

Para sahabat berkata,
"Mau, wahai Rasululullah

Beliau menjawab:

"Yang haram bersentuhan api neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl"

(HR At Tirmidzi & Ibnu Hibban)

Hayyin - Golongan Tidak Akan Disentuh Api Neraka

Hayyin


Orang yang memilik ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak labil dan gampang marah, penuh pertimbangan, Tidak mudah memaki melaknat serta teduh jiwanya.

Layyin - Golongan Tidak Akan Disentuh Api Neraka

Layyin


Orang yang lembut dan santun, baik bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar , tidak semaunya sendiri. Tidak galak , tidak suka memarahi orang yang berbeda pendapat dengannya. Tidak suka melakukan pemaksaan. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk orang lain.

Qorib - Golongan Tidak Akan Disentuh Api Neraka

Qorib


Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagii orang yang diajak bicara. Wajahnya selalu berseri-seri dan murah senyum jika bertemu orang serta selalu menebar salam.

Sahl - Golongan Tidak Akan Disentuh Api Neraka

Sahl


Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan tidak membuat orang lain susah.

Kamu tahu, dikatakan kalau kita berdoa kepada Allah paling sikitlah tiga kali sehari minta untuk dimasukkan ke dalam syurgaNya, maka syurga akan menyebut kepada Allah SWT agar hambaNya dimasukkan ke dalam syurga.

Dan, jika kita berdoa kepada Allah supaya kita ni dijauhkan daripada azab neraka sebanyak tiga kali sehari, nescaya neraka juga akan memohon kepada Allah SWT supaya kita ni dijauhkan daripada dimasukkan ke dalam neraka.

Fuh, dashyatnya Allah kasih sayang Allah terhadap kita. Dengan doa tulus ikhlas tak nak neraka, nak syurga, doa hari hari tanpa jemu, syurga nak kita jadi ahli dia, dan neraka pun tak nak kita jadi member dia ... 

Kalau kita tak mampu nak jadi empat golongan yang tidak akan disentuh api neraka , sekurang-kurangnya kita usaha dengan berdoa kepada Allah SWT setiap hari tak nak masuk neraka, kita nak masuk syurga.

Tapi dah berdoa tu, berusahalah jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Kita tak akan pernah jadi yang terbaik, tapi tidak salahkan untuk berusaha memperbaiki diri.

Selagi kita tak syirikkan Allah, Insya Allah selagi itu kita masih ada peluang untuk menjadi ahli syurga.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” 

(Surah an-Nisa’, ayat 48)

Janganlah kita menjadi ahli neraka Saqar kerana malas nak solat. Kita tak sempurna, solat ada masanya tertinggal. Iman pun sneipis kulit bawang, malah lebih nipis dari kulit bawang. Jadi jom sahabat semua, kita usah perbaiki diri, perbaiki mana yang kurang. Sama- sama kita usaha ingat mengingatkan di anatara satu sama yang lain.

Firman Allah SWT bermaksud: 

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan yang mengerjakan solat; Dan kami tidak pernah memberi makan orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan." 

(Al-Muddaththir: 42-46)

Sayang korang semua. Mari kita sama sama nasihat menasihati di antara stau sama yang lain. Sebelum semuanya terlewat, selagi nafas di kandung badan, selagi itu masih ada kesempatan untuk perbaiki diri.

Doa berlindung daripada masuk api neraka

Daripada al-Harits bin Muslim al-Tamimi berkata, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila kamu selesai solat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara, Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar)” sebanyak tujuh kali kerana jika kamu meninggal dunia pada hari itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka 

Dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkanlah sebelum berbicara, “Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar) sebanyak tujuh kali kerana sesungguhnya jika kamu meninggal dunia pada malamnya itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, At-Thabraani dan Al-Baihaqi di dalam Ad-Da’a-waat Al-Kabirnya)

Kelebihan baca ayat kursi

Selain itu, amalan lain yang tidak sepatutnya ditinggalkan adalah membaca ayat Kursi. Daripada Abu Umamah al-Bahiliy, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardu, maka tiada apa yang penghalangnya daripada syurga kecuali kematian.” 

(Syeikh al-Al-bani mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah - 972)

Kata Imam al-San’ani yang bermaksud: “Kelebihan ayat Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).” 

(Lihat: Subul al-Salam, 297/1)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

cheers.

Sumber:
 
1. IG : JentikHati
2. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/02/249339/orang-terakhir-merangkak-masuk-syurga
3. https://www.hmetro.com.my/addin/2019/07/477990/gambaran-ngeri-neraka
4. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/06/440221/hikmah-dialog-ahli-syurga-neraka
5. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/09/377498/zikir-penyelamat
6. https://news.detik.com/berita/d-4858892/doa-masuk-surga-dan-berlindung-dari-api-neraka

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. semoga kita semua dapat memperbaiki apa yang kurang dalam diri kita. Manusia tak de yang sempurna tapi manusia ada ruang dan peluang untuk berubah.

    ReplyDelete
  3. semoga kita tergolong di dalam golongan tersebut. Aamiin....

    ReplyDelete
  4. bagus amalkan ayat kursi ni. nice sharing sis :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.