10 Idea Perniagaan Yang Sesuai Ketika PKP

10 Perniagaan Yang Sesuai Ketika PKP || Ketika kekangan covid-19 yang membataskan pergerakan harian, banyak norma baru telah mengubah cara hidup kepada satu praktis yang berbeza. 

Kalau dulu kita bebas bergerak ke sana ke sini menjalankan aktiviti harian, kini tradisi tersebut tidak lagi boleh dilakukan sesuka hati. Hanya sebahagian masyarakat dibenarkan bekerja di luar rumah , halangan sesuka hati ke luar rumah ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus covid-19.

Kesan daripada pendemik covid-19, banyak perniagaan dan aktiviti ekonomi mengalami kejatuhan, dikecilkan malahan ada sebahagiannya terpaksa dihentikan. Suasana ini sudah pasti memberi kesan kepada peniaga dan pekerja.

Hidup harus diteruskan.. Ya, apapun situasinya tidak bermakna keperluan harian kita terhenti. Kita tetap perlukan sumber makanan, perubatan dan keperluan harian yang memerlukan wang untuk membiayainya.

Oleh itu, kita perlu lakukan sesuatu untuk mendapatkan wang yang dalam masa yang sama mematuhi kehendak SOP yang ditetapkan. 

Ketika kesan Covid-19 mengancam banyak aktiviti ekonomi, masih ada perniagaan yang boleh dilakukan.

Berikut adalah 10 idea perniagaan yang sesuai dibuat ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

10 Idea Perniagaan Yang Sesuai Ketika PKP

1/ Servis Pemasaran Secara Online

PKP tidak membataskan keperluan harian - Oleh itu, produk makanan, kesihatan dan lain-lain dijalankan dengan kaedah jualan yang berbeza daripada sebelum ini iaitu secara bawa balik atau penghantaran.

Namun informasi produk-produk ini memerlukan pemasaran agar sampai kepada pengguna. 

Pemasaran secara online adalah kaedah terbaik kerana ianya tidak memerlukan pergerakkan secara langsung antara pembekal dan pengguna.

Anda perlu mencadangkan dan berunding dengan pembekal untuk menawarkan perkhidmatan pemasaran dengan imbuhan yang dipersetujui bersama.

Antara contoh pemasaran online yang boleh dibuat adalah dengan mendaftarkan perniagaan tersebut di Google (Google Map & Google Search), memaparkan iklan produk dalam facebook, blog dan instagram atau menghantar terus iklan kepada pengguna melalui sistem pesanan ringkas (SMS), whatsapp dan email.

2/ Menjadi Agen Dropship 

Kaedah ini dikenali sebagai orang tengah iaitu menjual sesuatu prodak dengan izin ataupun lantikan daripada pembekal. 

Agen dropship akan mengiklankan prodak tersebut secara online seperti facebook, blog, instagram atau melalui media massa untuk mendapatkan pembeli. 

Apabila pembeli membuat tempahan, agen dropship akan melanjutkan tempahan tersebut kepada pembekal untuk menghantar terus prodak tersebut kepada pembeli.

Dari segi keuntungan pula diperolehi dengan lebihan harga iaitu harga antara pembekal kepada dropship lebih rendah berbanding harga dropship kepada pembeli. 

Cara menjadi dropship pula ialah dengan mendapatkan iklan yang ditawarkan oleh pembekal biasanya melalui website syarikat pembekal tersebut, mendapatkannya di mana-mana iklan perniagaan ataupun menghubungi terus syarikat pembekal terus melalui telefon, email ataupun surat.

3/ Membuat kursus atas talian

Anda boleh mengadakan apa-apa kursus secara atas talian untuk mendapatkan pulangan melalui bayaran daripada peserta. 

Apa yang anda perlu lakukan ialah melantik penceramah (sekiranya anda bukan seorang penceramah), memilih aplikasi untuk kursus dalam talian seperti Skype, Zoom Meeting, Google Meet dan sebagainya.

4/ Agent Insuran 

Semasa PKP, keperluan insuran diri, insuran kenderaan, insuran barangan dan sebagainya masih digunakan seperti biasa. 

Potensi peningkatan permintaan insuran kesihatan peribadi adalah tinggi memandangkan penularan Covid-19 berkaitrapat dengan kesihatan fizikal. 

Namun agensi insuran menghadapi masalah untuk berhubung terus dengan masyarakat disebabkan pergerakkan yang terbatas. Oleh itu, anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi agent insuran dengan menawarkan diri kepada syarikat-syarikat insuran.

5/ Tuisyen Online (Online Tuition)

Tuisyen online mempunyai potensi yang bagus untuk dilaksanakan ketika PKP. Ini disebabkan sekolah-sekolah dan pusat-pusat tuisyen terpaksa ditutup. 

10 Idea Perniagaan Yang Sesuai Ketika PKP


Tuisyen online juga adalah pilihan ibu bapa untuk program pembelajaran anak-anak ketika pergerakan terhad.

Apa yang anda perlu lakukan ialah melantik tenaga pengajar (ataupun anda sendiri bergantung kepada kelayakan), memuatnaik aplikasi online seperti Google Meet, Zoom Meeting, Zoom Us dan sebagainya untuk digunakan sebagai tuisyen online. 

Anda mampu meraih pendapatan disamping dapat berkhidmat untuk kebaikan pelajar-pelajar dikala sekolah terpaksa ditutup. 

Untuk mendapatkan penyertaan pelajar, anda boleh memapar iklan di "group whatsapp ibu bapa pelajar", facebook ataupun media sosial.

6/ Perkhidmatan Penghantaran (Runner)

Ketika pergerakan masyarakat terbatas, perkhidmatan runner adalah pilihan yang ada untuk penghantaran barangan keperluan, makanan mahupun urusan-urusan lain. 

Semasa PKP, perkhidmatan penghantaran adalah dibenarkan dengan memenuhi SOP yang ditetapkan.

Anda perlu memiliki kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk tujuan ini dengan mendaftar penyertaan anda di agensi runner ataupun membuat perkhidmatan penghantaran persendirian dengan mengiklankannya di media sosial seperti facebook dan whatsapp. 

Anda akan memperolehi pulangan daripada bayaran perkhidmatan oleh pelanggan mengikut ketetapan harga ataupun seperti yang dipersetujui di awal tawaran.

7/ Berniaga Online

Anda boleh menfaatkan penggunaan internet anda dengan membuat perniagaan online sekiranya anda mempunyai prodak yang ingin dipasarkan ataupun menjual prodak orang lain. 

Banyak barangan ataupun keperluan yang dikehendaki oleh masyarakat ketika PKP tetapi sukar untuk mereka mendapatkannya kerana risiko jangkitan virus covid-19. 

Antara barangan ataupun keperluan yang anda boleh niagakan secara online ialah makanan, pakaian, menjual kredit telefon, bahan mentah seperti sayur dan ikan, bunga-bungaan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Pelanggan yang menempah jualan anda boleh membayarnya secara online ataupun cash on delivery. Penghantaran pula boleh dilakukan dengan menghantarnya sendiri ataupun mengambil perkhidmatan penghantaran (runner).

8/ Membuat Utube 

Seperti yang anda tahu, U-tube adalah saluran video yang popular ketika ini. Larangan terhadap aktiviti luar dan kurang masa bekerja menjadikan masyarakat ketika ini lebih banyak masa berada di kediaman masing-masing. 

Salah satu cara menghubungi dunia luar ataupun sebagai hiburan tanpa risiko jangkitan virus covid-19 ialah dengan melayani apa-apa aktiviti melalui internet

U-Tuber boleh menjana pendapatan. Anda perlu mendaftar akaun channel anda pada u-tube dengan mematuhi kreteria yang ditetapkan yang mana anda perlu mempelajarinya sebelum menjadi u-tuber yang berjaya dan meraih bayaran. 

Banyak aktiviti harian ataupun gunakan kepakaran yang anda ada untuk dijadikan video yang boleh dimuatnaik sebagai informasi ataupun hiburan kepada masyarakat. 

Antara video yang boleh dibuat ialah memasak, bermain alat muzik, menyanyi, membuat kraftangan, penyelenggaraan rumah atau kenderaan, merongkai peristiwa atau sejarah, senaman dan sebagainya.

9/ Membuat Blog

Blog adalah sebuah laman web yang menyimpan informasi dalam bentuk penulisan, bergambar mahupun video ringkas. 

Penyampaian penulisan di dalam blog bergantung kepada penulis blog tersebut untuk menarik perhatian pembaca iaitu samaada ianya menulis perihal peribadi, kisah umum, sejarah, peristiwa, kaedah, idea, perancangan, ulasan dan sebagainya. 

servis edit blog


Menulis blog boleh dibuat untuk catatan diri sendiri sebagai tatapan umum ataupun untuk tujuan komersil yang mana terdapat kriteria blog yang akan dibayar oleh pihak Google sekiranya menepati piawaian mereka. 

Selain itu, terdapat juga syarikat-syarikat yang mengupah penulis blog untuk mengetengahkan produk mereka di internet.

Selain menulis blog, servis edit blog juga memberikan pendapatan bagi mereka yang boleh mengedit sesebuah template blog mengikut citarasa klien.

Kalau korang nak tukar template dan basic edit, bolehlah cari mrs pip ok. Hanya perlu email di mrspipdotcom@gmail.com, tinggalkan details korang (nama, wasap, blog) untuk mrs pip hubungi korang.


10/ Pencipta Lagu (Komposer)

Sekiranya anda berbakat dalam bidang muzik dan berkemampuan untuk mencipta lagu ataupun muzik, anda boleh mengambil peluang ini untuk menumpu perhatian hingga ketahap komersil. 

Aktiviti ini tidak memerlukan modal yang besar tetapi banyak bergantung kepada bakat dan kebolehan anda. Lagu-lagu atau muzik ciptaan anda adalah satu produk yang boleh diniagakan untuk mendapatkan bayaran.

Kebaikan dalam bidang muzik ini selain penglibatan modal yang minima, ianya boleh dibuat sepenuhnya di rumah (studio) tanpa melibatkan pergerakan di luar. 

Dari segi pemasaran pula, boleh dibuat di internet melalui saluran industri muzik sedia ada, studio-studio rakaman atau menghubungi terus syarikat-syarikat muzik tanahair. 

10 Idea Perniagaan Yang Sesuai Ketika PKP


Ketika PKP , memang ramai sangat yang terasa dengan masalah kewangan. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha mencari cara bagaimana untuk menjana pendapatan.

Memang bukannya mudah, namun kita perlu berusaha lagi dan lagi. Semoga kalian semua baik-baik sahaja.

Sememangnya ada banyak lagi idea lain yang menarik idea perniagaan yang sesuai ketika PKP ini, terpulang kepada anda cara bagaimana yang sesuai untuk anda menjana pendapatan ketika Covid19.

Stay healthy and take care ya.

Semoga perkongsian bermanfaat.

cheers.

Post a Comment

1 Comments

  1. Semoga urusan kita dipermudahkan, saya pun dah mula buat beberapa perkara diatas. Harap dapat bantu tambah pendapatan inshaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.