Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak Dan Keluarga Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM. Yeay, berita baik bagi pemohon bantuan Kanak-Kanak JKM apabila kadar pembayaran telah pun dinaikkan mengikut belanjawan 2021.

Bantuan Kanak-Kanak JKM 2021

Kalau sebelumnya bantuan hanya diberikan bagi setiap orang anak bernilai RM100, dan maksimum 4 orang anak bernilai RM450, namun bagi tahun 2021, kadar bantuan telahpun dinaikkan pembayarannya.

Kadar Pembayaran Bantuan Kanak-Kanak JKM 2021

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut:

RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak-Kanak JKM

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
ATAU
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Membuat Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM

Anda boleh membuat permohonan sama ada melalui online ataupun secara offline (manual),

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon bantuan tersebut secara Online

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM (Online)

Pergi ke laman web rasmi JKM atau terus ke pautan ini: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
Sila klik pada menu Daftar Permohonan Atas Talian.
Di halaman seterusnya, pilih Negeri dan isikan Nombor Kad Pengenalan.
Tekan butang Daftar.
Isikan makluman lain yang berkaitan.
Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. 
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke Pejabat Kebajikan 

Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Cara Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM (Manual)

Untuk memohon secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.


Borang Permohonan Bantuan JKM

JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) 
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat seperti yang dipaparkan di bawah.

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : 
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments

  1. alhamdulillah, moga dpt meringankan beban yg memerlukan. baru tau kewujudan bantuan ni

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.