Yoodo Menawarkan Pelan Internet Unlimited Terbaik Dan Kempen Menarik Di Bulan Disember

Yoodo Menawarkan Pelan Internet Unlimited Terbaik Dan Kempen Menarik Di Bulan Disember | hi there. Aku ni kan entah berapa banyak kali tukar-tukar telco. Antara faktor aku tukar telco ialah coverage kurang memuaskan dan paling hampeh bila aku bayar mahal setiap bulan tapi data yang aku beli tu memang tak habis pakai pun! 

Lepas tu data tak boleh nak carry forward untuk bulan seterusnya. Burn macam tu sahaja. Rugi betul aku rasa. Maka, aku selalu terfikir kan bagus kalau aku boleh bayar prepaid plans bulanan aku tu berkadaran dengan penggunaan data yang aku pakai. Jadi taklah aku rasa rugi dengan pelan internet unlimited aku yang sedia ada.

Dahlah aku ni tak boleh berenggang dengan phone. Hari-hari memang melayan phone. Well, internet kan dah jadi seperti satu keperluan kita semua. Ramai yang memang bergantung dengan internet untuk siapkan kerja kan ...

Macam aku ni, walaupun sekadar surirumah sahaja, tapi aku pun perlukan internet juga. Nak tengok schoolwork online anak-anak, nak update blog, kena check email kot-kot ada job baru datang meminang ekeke

Dan aku mengakulah aku ni memang kaki K-Drama, so aku streaming VIU untuk layan drama-drama Korea kegemaran aku.

Jadi, ada tak telco yang sediakan pelan unlimited internet terbaik ? Yang aku tak perlu nak bayar lebih-lebih, just bayar ikut data yang aku perlukan sahaja?





Perkenalkan: Yoodo Menawarkan Pelan Internet Unlimited Terbaik 

Korang pernah tak dengar tentang Yoodo? Aku pun baru tahu tentang Yoodo ni. Menyesal pula selama ini tidak ambil kisah pun mengenai kewujudan Yoodo plan untuk kegunaan internet.

Untuk pengetahuan semua, Yoodo dilancarkan pada tahun 2018 dan merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. 

Yoodo adalah penyedia perkhidmatan mudah alih digital pertama Malaysia yang 100%  memberi pengguna kawalan penuh untuk menyesuaikan rancangan mudah alih mereka dari segi data, minit suara dan SMS untuk memenuhi keperluan mereka, tanpa caj tersembunyi atau komitmen.

Yoodo juga menawarkan penawaran produk, ciri, dan tambahan yang menarik yang memberi peluang kepada pengguna menjalani gaya hidup yang diinginkan dalam permainan, perjalanan, hiburan dan banyak lagi.




Kan senang kalau aku boleh #BuatUnlimitedSendiri. Yoodo memahami kehendak pengguna dan ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebab itu Yoodo memberi peluang kepada penggunanya untuk mencipta sendiri pelan tanpa had ini.


Pengguna boleh memilih pelan secara fleksibel kelajuan data, hotspot, panggilan suara dan juga SMS mengikut gaya hidup dan keperluan hidup masing-masing 

ada 2 pilihan yang disediakan, dan korang boleh pilih nak unlimited RM35/sebulan ataupun RM43/sebulan. Bestnya! 

Untuk RM35 sebulan, kelajuan yang diberikan ialah 3Mbps, manakala untuk RM43 sebulan, kelajuan yang diberikan ialah 6Mbps.

Selain itu, pengguna boleh add-ons item mengikut kesesuaian mereka. Tidak tahu bagaimana untuk pilih pakej yang sesuai untuk anda? Jangan risau kerana Yoodo menyediakan pakej laku keras seperti pisang panas untuk korang jadikan panduan / contoh.

 
sabah dance


Tak tahu nak buat pelan sendiri? Jangan risau, Yoodo ada menyediakan hot-selling package untuk korang jadikan panduan. 

Pilih saja pelan yang sesuai untuk korang.

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Yoodo Selain Memberikan Pelan Internet Unlimited Terbaik


1. Tukar Pelan Mudah Alih Anda Pada Bila-Bila Masa

Change Your Plan Anytime. Sekarang ini pengguna Yoodo boleh menukar pelan mudah alih mereka pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

Menariknya, tak perlu tunggu next billing cycle kalau nak tukar pelan.Semuanya bergantung kepada peggunaan data yang korang perlukan.


2. Dapatkan Power Pass - Beli Data Sehingga 100GB Hanya Serendah RM2 Sahaja 

Korang perlukan data yang banyak dalam satu masa yang singkat?

Jangan risau, setiap pengguna Yoodo boleh mendapatkan Power Pass, iaitu paket data tambahan yang memberi anda data berkelajuan tinggi dalam ledakan pendek.

Sangat wowzer kan bilamana pengguna boleh mendapatkan 100GB data dengan harga hanya RM2, memberikan sambungan maksimum untuk harga yang sangat berpatutan.



3. Ganjaran Hebat Yoodo

Demi pengguna yang setia, maka Yoodo memberikan ganjaran kepada pengguna atas sokongan mereka. Setiap pengguna diberia satu Add-On percuma untuk setiap 10-Add-On yang mereka beli.



4. 18 Pilihan Yoodo Add-On Disesuaikan Dengan Gaya Hidup Anda

Yoodo juga memperkenalkan 8 Add-On Data baru tahun ini di seluruh permainan, hiburan dan e-commerce, menjadikan jumlah keseluruhan Add-On menjadi 18. 

Add-On adalah paket data tambahan yang tidak dikurangkan dari pelan data pengguna. 

Jadi, korang boleh pilih mana-mana add-on yang paling sesuai dengan citarasa dan gaya hidup sendiri., Macam aku lah kan, yakin sangat VIU akan dilayan sehabis baik memandangkan aku seorang yang kaki K-Drama.



5. Yoodo Gaming - Anda Gila Gaming? 20GB Data Dengan Bayaran RM5 Sahaja

Kaki gamers dah boleh tersenyum dengan Yoodo apabila memperkenalkan Add-On untuk Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang dengan pembelian data 20GB data pada harga RM5.00 sahaja.

Add-On baru bergabung dengan Add-On permainan mudah alih lain yang popular, seperti PUBG MOBILE dan Arena of Valor.

Hah, lepas ni boleh layan main game hingga lebam anak mata tak nak tidur !

Kalau korang nak tahu, Yoodo merupakan telco yang memberi support penuh terhadap dunia e-sports dan pada tahun 2018, Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi untuk permainan PUBG

Dan pada tahun 2020, sekali lagi Yoodo menjadi Penaja Bersama untuk PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) dan berjaya menarik perhatian seramai 1.5 juta orang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Pemenang membawa pulang wang tunai RM30,000. Tahniah yang menang.


6. Yoodo Entertainment - Khas Untuk Mereka Yang Kaki Layan Drama & Lagu

Yoodo memperkenalkan Add-On untuk Tik Tok, Viu, Dim Sum, Astro Go, dan Joox untuk korang layan drama / lagu kesukaan.

Kalau aku, memang aku yakin sangat untuk add-ons VIU. Nak buat macam mana dah suka gila sama K-Drama kan!

Baguslah Yoodo ni, tak perlu bayar sekali harung bil mahal-mahal, bilamana yang lain-lain tu tidak digunapakai pun.

So bayar sajalah ikut apa yang kita perlukan, betul tak?

7. Yoodo E-Commerce

Yoodo membawa Add-On untuk Boost untuk memberi pengguna kemudahan maksimum untuk semua keperluan membeli-belah dalam talian mereka.

Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna Boost, maka tidak perlu risau untuk mendapatkan Add-Ons tersebut. 


Cara Untuk Mendaftar Yoodo Secara Online


Kalau korang yang nak dapatkan Yoodo, tapi tak tahu caranya, maka di sini aku kongsikan cara untuk mendapatkkan simkad Yoodo.

  • Pesan SIM anda melalui laman web atau aplikasi Yoodo. Ubah suai pelan anda sekarang mengikut kesesuaian anda dan kemudian pilih kaedah penghantaran, dan SIM anda akan dihantar kepada anda.
  • Setelah SIM anda tiba. sila ambil dan ikuti arahan yang tersedia di dalam!
  • Aktifkan SIM anda pada aplikasi Yoodo, kemudian masukkan SIM.

Anda boleh bermula!

Yoodo Menawarkan Pelbagai Hadiah Dan Promosi Sepanjang Bulan Disember


Dengan dua kempen berasingan sepanjang bulan Disember ini, pengguna baharu serta pengguna Yoodo sedia ada berpeluang mendapat ganjaran dan hadiah yang menarik.

“2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat, tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur - kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.”


Ho! Ho! Holiday Giveaway


Yoodo memulakan musim perayaan dengan kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan ini. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple AirPods Pro, dan in-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, mereka hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori - seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020.

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah dan cara untuk memenanginya, sila rujuk kepada jadual di bahagian lampiran


Raikan Wira-wira Kita

Selain daripada itu, antara 7 hingga 31 Disember, Yoodo juga ingin memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisiatif Raikan Wira-wira Kita.

Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan merekaakan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.



Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.

Jelas Tuck Mun, Yoodo benar-benar berterima kasih atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. 

“Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini.” 

Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo - Double Special. Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. 

Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.

Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my


Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter atau dapatkan maklumat terkini esukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dave Prem

dave@truth.my

+6010-366 1216

Charu

charu@truth.my

+6017-299 8615

Anita Hadi

PR@yoodo.com.my

+6019-249 4254



Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:


Hadiah

Kuantiti

Bagaimana untuk menang

Apple iPhone 12 Pro

2

Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi

Samsung Galaxy S20 Pro

2

Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi

Apple AirPods Pro

3

Langgan mana-mana pelan tanpa had

1,500 MLBB Diamonds

3

Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan

Kredit Boost RM100

3

Pembelian data booster 7GB

Power Bank Pineng

3

Langgan 2 kali Power Pass 3 jam 



thanks for reading.

cheers.

14 Comments

  1. Hai,jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Cuya, nnt kak pip join ya, insya Allah.

      Delete
  2. Haaa saya mmg pakai yoodo memang ouas ati haha internet tak abes2 ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah .. terbaik Yoodo ni kan. Harga pun reasonable sangat.

      Delete
  3. Murahnya pakej diorg ni...
    Boleh usulkan kat toklaki utk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga affordable Yoodo ni kan. Lagi best boleh adjust bil anytime saja.

      Delete
  4. nak check la ada coverage tak tempat kita.Nanti boleh la cuba guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau line Celcom just Kat tmpat Umi, most probably Yoodo pun ada line since Yoodo guna laluan Celcom juga .

      Delete
  5. Menarik tawaran telco dari yoodo ni, tapi tulah kena check line coverage dia dulu baru boleh tukar kepada yoodo plan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bonde, kena check line coverage . As long Ada Celcom, maka adalah Yoodo ..

      Delete
  6. Replies
    1. bolehlah try tengok website atau apps Yoodo.

      Delete
  7. Macam menarik la juga... Owh... Bawah Celcom.. so sama lah dengan coverage celcom...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Biasanya coverage wide juga kalau under Celcom kan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.