Jumpa Juga Hadiah Yang Sesuai Untuk Suami

Sandal JJ Mastini Hadiah Untuk Suami || hi there. Incik suami baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-45 pada raya Krismas baru-baru ini. Jadi bila dah birthday tu, kita belilah hadiah ikut kemampuan kan.

Aku dan suami ni bukan jenis yang akan bagi hadiah setiap tahun, dan kitorang pun jenis yang kalau nak bagi tu bagi saja bila-bila rasa nak bagi, cenggitulah kami ni. Tidak semestinya mahu tunggu birthday baru dapat hadiah.

review sandal mastini

tada! cantik kotak kaler oren. Dah nampak kotak macam ni, mesti korang boleh teka ni mesti kasut dan seangkatan dengannya kan ...

review sandal mastini

Sandal JJ Mastini Pilihan Menarik Hadiah Harijadi Suami

Kebetulan pula, dua hari lepas kami keluar ke Beaufort untuk beli barang, maka teruslah cari hadiah untuk si mr.Husband.

Ekceli aku dah nampak sandal ni time aku beli running shoes aku tu hari tu. Siap aku belek-belek lagi sandal ni, memang aku suka sangat.

Malangnya sandal ni cuma ada untuk cutting lelaki. Kalau ada untuk cutting perempuan, mesti aku cekup juga sepasang.

Last aku pakai sandal macam ni time aku study dulu, brand Weinbrenner beli dekat kedai Bata.Jadi pasal aku dah suka sandal ni, so aku memang plan untuk belikan mr.Husband sebagai hadiah harijadi dia. Bila aku ajak dia pi kedai kasut untuk pilih sandal sebagai hadiah birthday, mr.Husband setuju sangat.

Kalau dia tak nak sandal, aku memang no idea nak bagi apa since aku teda backup plan, ekeke.

Mulanya aku biarkan saja dia pilih sandal mana dia nak, then bila aku tunjuk sandal ni, dia pun tak fikir lama, terus suka sandal ni ... haha! nampak sangat kami spesis memahami satu sama yang lain.


review sandal mastini

Ini pandangan sisi sandal mastini. jahitan nampaknya sangat kemas.

Ada dua warna pilihan, dark blue dan brown oranges. Mulanya mr.Husband nak kaler brown tu, aku pun suka kaler brown, then kebetulan next year raya kitorang pakai tema brown, so why not beli sandal brown, matching sangat.

Tapi, dia bilang brown tu nampak macam sandal orang tua lah pula ... better lagi pilih kaler dark blue ni. Aku ikut saja warna pilihan dia, as long as dia suka.

review sandal mastini

Ini pula tapak sandal JJ Mastini, tapak getah dan jenis good quality. Time mr.Husband pakai, dia boleh rasa tapak tu cengkam baik di lantai. Tak licin. 

review sandal mastini

Ini pula pandangan belakang untuk sandal. Aku ok saja dengan cutting belakang macam ni. Lagipula, mr.Husband memang suka cutting belakang sandal seperti ini.

review sandal mastini

Aku paling suka design depan macam ni. Serius aku suka sangat. Whylah tak buat sandal macam ni khas untuk wanita kan, bolehlah aku beli sepasang juga.

review sandal mastini

Saja nak tunjuk kat korang bahagian dalam sandal ni. Aku harap ianya selesa untuk kaki mr.Husband ya. Dia bilang ok saja bila pakai.

Nasib baik tak cerewet , kalau tidak terpaksalah kita tawaf bandar Beaufort cari sandal yang dia suka.
Harga sandal ni RM89.90 sepasang.

review sandal jj mastini

Tapi time aku beli tu, tauke kedai tu hanya caj RM85.00 sahaja. Ok lah kan, ada sedikit diskaun. Tapi tiap kali aku datang beli barang kat kedai kasut ni, tauke kedai ni memang bagi diskaun sikit.

review sandal jj mastini

Kasut Getah Hitam Cantik Dan Murah

Selain sandal ni, aku beli juga kasut getah hitam dan selipar untuk diri sendiri. Kasut getah hitam tu aku memang dah lama nak beli cuma tak berkenan dengan design yang ada. Tapi yang aku beli ni , kebetulan aku suka pula designnya.

Bila pakai memang boleh rasa tapak kasut tebal dan cengkam elok di lantai. Kasut ni aku nak pakai bila aku nak bersihkan keliling rumah. Risau wei kaki terkena barang tajam dan juga selamatkan kaki dari terkena lumpur (almaklumlah tinggal di kampung kan).

kasut kebun

Kasut ni juga memang sesuai pergi hiking atau naik gunung. Pernah dengar orang panggil nama ADIDAS KAMPUNG atau SEMSON? kalau kami di sini, adidas kampung ialah kasut getah hitam yang orang selalu pakai pigi menoreh getah tu bah, dan kasut jenis macam ni lah yang mr.Husband bawa pi daki gunung dulu ... harga murah tapi memang padu dia punya cengkaman.

Harga kasut getah hitam ni RM19.00, tauke tu hanya caj aku RM17.00 sahaja.

selipar asadi

Dan tada! selipar kegemaran aku, jenama Asadi.

Selipar lama pun aku guna brand Asadi juga, sama design dengan selipar hitam ni, cuma yang dulu tu warna biru gelap.

Selipar ni tahan lasak juga. Aku pakai dalam sekitar 3 tahun. Aku tukar selipar pun pasal kulit plastik badan selipar ni dah nampak lusuh sangat, so tukar sajalah yang baru. Puashati pakai sampai bertahun-tahun.

Harga selipar ni sepasang RM17.90, dan tauke tu caj aku RM17.00 sahaja.

Ekeke, done membebel tulis cerita hadiah harijadi mr.Husband. Korang yang no idea nak bagi apa kat husband tu, bolehlah kot masukkan sandal sebagai option untuk hadiah harijadi mereka kelak.

cheers.


Post a Comment

2 Comments

  1. kdg kala x perlu beli brand yg mahal2. janji selesa dipakai itu sudah memadai. betul kan?

    ReplyDelete
  2. cantik sandal enche suami tu.. mcm selesa je di kaki

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.