Berbaloi Beli Running Shoes Jenama Gatti Untuk Hiking

Berbaloi Beli Running Shoes Jenama Gatti Untuk Aktiviti Outdoor | hi there, kasut sukan Power aku dah rabak. Kasut tu aku beli 4 tahun yang lalu. Jarang guna, so life span pun panjang. Memandangkan sekarang ni kitorang sekeluarga hiking seminggu sekali dekat bukit berhampiran rumah, jadi sangatlah penting untuk ada kasut sukan.


Bila bercakap pasal kasut sukan, ada banyak kasut sukan di luar sana. Boleh pening mahu memilih mana satu yang sesuai untuk dibeli. Ada running shoes lah, cross tarining shoes lah, cycling shoes lah dan banyak lagi pilihan kasut sukan , betul kan?

Berbaloi Beli Running Shoes Jenama Gatti Untuk Aktiviti Outdoor


Beli Kasut Baru Running Shoes Gatti Untuk Wanita

Sebenarnya kasut sukan lama aku tu, aku masih sayang. Aku siap minta mr.Husband belikan gam kasut dan berharap tapak kasut yang terpisah dari badan kasut tu akan bercantum semula, namun semuanya sia-sia bila kasut tu degil betul untuk bersatu semula dengan tapak asal kasut tu!

Jadi, mahu tidak mahu, terpaksalah beli yang baru kan. Kalau tak, nanti macam manalah mau pigi hiking lagi.

Beli Running Shoes Jenama Gatti

Kalau di Beaufort, susah betul aku mau cari kedai kasut yang berkenan di hati. Kalau ada pun kedai kasut yang jual kasut sukan, malangnya pilihan pula sangatlah terhad dan lebih berat sebelah untuk lelaki kerana ada banyak pilihan untuk mereka.

Tapi tidak mengapa, kita cari sampai dapat kasut idaman. Lagi-lagi mr.Husband ndak pernah mengomel kalau aku cari barang kena singgah sana sini, dia pasti turutkan saja apa yang aku cari mahu beli.

Aku beli running shoes jenama Gatti ni di kedai kasut sebelah dengan kedai Mr.Diy, Beaufort (area pasar). Aku pada mulanya ada pilihan lain, running shoes green grey tapi saiznya pula tiada. 

Kemudian aku ambil brand lain, kali ni pink grey pula, dan sekali lagi salesgirl bagitau saiz yang aku nak tu tiada stok. 

Oh tidak! Sedikit kecewa tau!

Beli Running Shoes Jenama Gatti

Selepas pilih punya pilih, aku ternampak pula running shoes warna orange grey. Bukanlah warna kegemaran, tapi kombinasi orange grey tu tetap menarik.

Kalau korang tanya aku, jenama running shoes apa yang menjadi pilihan utama aku, mesti aku akan jawab REEBOK.

Apapun, ada banyak lagi jenama kasut sukan untuk wanita , dan aku harap korang pilihlah yang sesuai dengan gaya hidup korang. 

Tapi kalau setakat macam aku yang once in a while nak buat running, dan hike seminggu sekali sahaja, aku prefer kasut yang price more affordable, tapi kualiti tiada kompromi. Beli kasut mahal-mahal, lepas tu simpan buat pekasam, pun rugi juga kan.


Tak pernah dengar jenama Gatti?

Dan aku terus terang aku tak pernah pun dengar running shoes jenama Gatti ni, tapi pasal aku dah tiada pilihan ketika buat pembelian hari tu, jadi aku grab sahajalah running shoes jenama Gatti ni untuk aktiviti outdoor aku kelak. 

Orange is not so my color (bagi pendapat aku).

Running Shoes Jenama Gatti

Berjaya hiking untuk kali ketiga pada 12.12.2020. Dengan cuaca semalam sebelum tu hujan, aku memang risau jalan becak. Lagi risau kalau tapak kasut akan licin.  

Alhamdulillah, pagi kami hike tu, cuaca mendung saja. Ndaklah sepanas  yang kami hiking ke Bukit Damis sebelumnya hari tu.

Dan running shoes Gatti tu, sepanjang perjalanan memang selesa dan tapak kasut boleh grip dengan baik pada mana-mana permukaan yang sedikit licin dan ada loose aggregates. 

Bukanlah aku mau cakap yang kasut ni terbaik untuk hiking, tapi setakat untuk laluan ke Bukit Damis dengan jalan yang agak landai dan tidaklah begitu sloppy, aku puas hati dan rasa berbaloi beli running shoes jenama Gatti untuk aktiviti outdoor.

Harga pun reasonable sangat. Sepasang kasut jogging perempuan brand Gatti ni hanyalah berharga RM69.90. Tapi taukeh kedai tu bagi diskaun, bayar hanya RM68.00 sahaja. 

Satu lagi, Gatti ni ada online shop sendiri, woha! Dan range kasut Gatti ni bukan untuk wanita sahaja, tetapi untuk lelaki dan kanak-kanak juga dan range kasut sangatlah pelbagai dari selipar ke pelbagai kasut sukan pilihan sendiri.

Lepas ni ndak perlu sudah mau beli di kedai, beli jak di laman web dorang. Hiks, sis terlewat tahu pasal website tu, kalau ndak boleh pilih pelbagai kasut pilihan yang cantik menarik.

Semoga aku diberikan kesihatan yang baik dan boleh buat hiking selalu. Fuh. Ameen.

cheers.


Post a Comment

5 Comments

  1. mesti selesa kan kakpip..

    ps lama suda nda hiking ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasut ni selesa sangat di kaki kak pip.
      walaupun bukan warna kegemaran, tapi ok lah harga affordable.

      Delete
  2. tak kisah jenama apa pun mrs pip. yg penting berguna. kalau beli mahal2 pun, bersimpan dalam almari, lama2 kasut pun rosak sendiri. lagi rugi. better beli yang berpatutan tapi berbaloi bila kita selalu guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu FS. ikut kesesuaian masing2 nak berbelanja macam mana kan.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.