Jus Dara Vogue, Jamu Moden Penyelamat Untuk Kembali Kekal Bertenaga & Cergas di Usia 40-an

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Penyelamat Untuk Kembali Kekal Bertenaga & Cergas di Usia 40-an | Sebelum aku kenalkan tentang Jus Dara Vogue, si jamu moden yang berjaya membuatkan aku kekal bertenaga dan cergas kembali di usia 40-an ini, suka untuk aku kongsikan dulu kisah pengalaman diri aku sendiri setelah menginjak usia 40-an ni. 

Bagi kalian yang belum capai umur sebegini, eloklah kalian tahu supaya boleh membuat persediaan dari awal.

Di usia 40-an ini, kesihatan bukanlah milik aku lagi. Sedikit demi sedikit, kesihatan pergi meninggalkan aku. Mata semakin kabur, uban semakin jelas kelihatan banyaknya, kulit mudah menjadi kering (dry skin), pigmentasi, berat badan mudah naik, kedutan mula kelihatan, dan yang paling aku sangat terasa pada usia 41 tahun ini, aku cepat sangat penat, letih dan lesu!

Kalau pada usia pertengahan 20-an sehingga hampir 30-an, boleh dikatakan aku di antara mereka yang suka menjaga kecantikan dan penampilan diri dan akan meluangkan masa untuk bersenam bagi memastikan diri aku sentiasa fit.

Tetapi, bagi kebanyakan wanita (dan aku salah seorang daripadanya), menginjak usia 40-an ni, penjagaan kecantikan luaran bukan lagi menjadi keutamaan aku, sebaliknya kecantikan dalamanlah yang ingin aku titik beratkan buat diri sendiri.

Ya, logiklah kalau aku semakin kelihatan kurang cantik kerana usia yang sudah semakin meningkat. Semua orang juga akan menjadi tua. Namun, aku sama sekali tidak ingin tubuh badan aku menjadi lebih tua daripada usia diri aku sebenar.
jus dara vogue jamu moden sedap


Bayangkan, baru usia 40-an saja tapi sudah tidak mampu nak naik turun tangga kerana lutut sakit. Sudah tidak berupaya juga untuk mendukung si anak kecil kerana lengan cepat sangat lenguh. 

Malah bila tidur malam saja, belakang terasa sakit seperti sakit belakang ketika mengandung tu, padahal mungkin saja sakit belakang disebabkan kurangnya bersenam ataupun masalah lebih berat badan.

Oh tidak! Aku tidak mampu bayangkan diri aku terasa tua sangat pada saat ini. Namun, itulah yang berlaku pada aku sekarang. Sedih? Sudah tentu aku berasa sedih! Malah aku yakin orang lain yang alami keadaan seperti aku ini akan turut merasakan hal yang sama.

Terus terang, aku cepat letih bila banyak kerja rumah harus diselesaikan. Aku selalu sangat sakit lutut kalau berjalan lama sangat. Dan aku juga mudah berdepan dengan rasa stress kerana berlebihan berat badan.

Sekarang suami aku pun dah mula perasan yang aku ni seperti no more sparks joy in life. Suami aku risau sangat tengok aku jarang senyum dan selalu mendiamkan diri. Katanya, itu tanda-tanda aku tak happy dengan life aku. Jika suami sendiri sudah perasan, apatah lagi aku?

Nekad! Aku Ingin Kembali Kekal Bertenaga & Cergas Macam Dulu Semula 

Jadi, aku perlu buat perubahan pada diri aku. Siapa yang mampu mengubah kita kalau bukan diri sendiri. Dengan sokongan suami yang sentiasa menjadi big fan nombor satu aku, maka aku memilih untuk hidup lebih sihat dan tidak seharusnya mengabaikan kesihatan luaran dan dalaman .

Baca Juga : Hiking Kali Ke-2 Bukit Damis Membakut


Aku kini sudah semakin sedar! Aku tidak seharusnya sambil lewa membiarkan diri aku terus tidak terurus dan bermain dengan emosi yang boleh membuatkan aku stress.

Semakin meningkat usia, semakin mudah penyakit datang melekat pada tubuh kita, jadi sepatutnya aku harus menjaga kesihatan untuk ke arah yang lebih baik lagi berbanding waktu dulu.

Dan ini antara tips untuk wanita seperti aku perlu lakukan agar sentiasa sihat bertenaga di usia 40-an.

5 Tips Utama Untuk Wanita 40an Kembali Kekal Sihat Bertenaga

1. Kembali Jaga Penampilan Diri

Jangan abaikan penampilan diri walaupun sudah menginjak usia 40-an. Confident dengan penampilan diri. Pakai pakaian yang selesa dan cantik. Jangan abaikan penjagaan kulit wajah, begitu juga dengan penjagaan kuku dan rambut.

Berpenampilan yang cantik akan membantu kita untuk rasa gembira dan berada dalam mood yang baik. 

2. Segera Mula Bersenam Untuk Kekal Aktif Dan Sihat

Jangan tunggu esok atau lusa. Mulakan hari ini untuk menjadi wanita yang sihat dengan memilih untuk bersenam agar tubuh sentiasa aktif.

Tahap metabolisme badan semakin menurun sejajar dengan peningkatan umur, dan kita tidak mampu mengelak hal ini.

Kerana itu, mari wanita kita mula lakukan aktiviti-aktiviti senaman, bermula dengan riadah ringan seperti simple pilates, berjalan (brisk walking), joging atau aktiviti lasak seperti hiking, mountain climbing dan long distance cycling, misalnya.

Dan sekarang ini, aku mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking selepas berjaya dipujuk oleh suami untuk melibatkan diri dengan riadah sebegini agar hidup lebih aktif.

3. Sentiasa Dapatkan Rehat Yang Cukup

Sesibuk mana pun kita, pada usia 40-an ini jangan abaikan waktu rehat. Dapatkan rehat yang cukup supaya tenaga dalam tubuh boleh recharge dan kita sedia untuk membuat kerja dengan lebih cekap.

Rehat yang cukup seperti tidur, membantu menaikkan produktiviti harian. Selain itu, mampu menghindar diri daripada cepat stress.

4. Wajib Jaga Pemakanan

Pada usia 40-an, hal pemakanan yang harus dititikberatkan. Pada usia ini, pemilihan makanan yang sihat haruslah diutamakan.

Kurangkan makanan yang manis, masin, berlemak, dan karbohidrat ringkas. Manakala banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya. Pendek kata, pengambilan makanan perlulah mengambil kira diet seimbang.

Wanita di usia 40-an seperti aku ini, tidak lagi boleh makan seperti di usia muda-muda dahulu. Kalau dulu, semua pun boleh masuk perut tanpa rasa risau. Sekarang ini, banyak makanan yang aku mula tapis apa yang boleh dan tidak boleh di makan.

Menurut sumber yang aku baca, pengambilan makanan yang tidak menyihatkan merupakan punca utama terjadinya penyakit seperti kencing manis, masalah jantung dan penyakit buah pinggang. Jadi jaga cara pemakanan sekarang, sebelum terlewat!

5. Jangan Lupa Ambil Minuman Kesihatan Yang Sesuai

Kalau merasakan diri memerlukan minuman atau makanan tambahan untuk kesihatan diri, pilihlah yang sesuai mengikut keperluan tubuh badan.

Seperti aku sekarang ini cepat sangat terasa penat, letih dan lesu. Selain itu, ada masanya aku juga mengalami masalah keputihan. Dan keputihan sangatlah tidak selesa bagi mana-mana wanita kan.

Dan aku juga sering mengalami bloated stomach sama ada ketika waktu datang haid mahupun pada bila-bila masa sahaja, ianya boleh berlaku secara tiba-tiba, membuatkan aku rasa tidak selesa.

Dan dalam banyak-banyak produk supplemen kesihatan yang telah pernah aku jumpa, Jus Dara Vogue adalah salah satu produk aku baru cuba dan terus boleh jatuh cinta dalam sekelip mata. 

review jus dara vogue


Jus Dara Vogue, Jamu Moden Wanita Terbaik Untuk Dalaman Dan Tenaga Dengan 100% Herba Semulajadi


Baru-baru ini, aku diperkenalkan dengan jamu wanita moden yang bernama Jus Dara Vogue. Dengar sahaja perkataan ‘jamu’, aku memang kurang gemar pada mulanya untuk ambil tahu kerana aku punya pengalaman kurang manis dengan jamu.

Kisahnya, ketika aku di usia remaja dulu, mak aku ada menyuruh aku minum jamu. Katanya jamu baik untuk kesihatan dan kecantikan diri lagi-lagi untuk bahagian dalaman wanita. Orang perempuan elok minum jamu katanya.

Tapi, dek kerana jamu yang aku minum itu tidak sedap dengan rasa kelat-kelat pahit, jadi aku tidak pernah sukakan jamu selepas peristiwa tersebut.

Aku sedia maklum, jamu memang baik untuk kesihatan wanita, dan aku bukanlah menolak untuk mengambil jamu, cuma bila rasa jamu tu pahit dan tidak sedap, terus terang aku memang tak sanggup nak minum.

Terasa melekat je pahit tu kat tekak, macam mana nak minum jamu tu selalu kalau gitu. Disebabkan itu, bila aku dengar nama Jus Dara Vogue ini adalah sejenis jamu maka aku mula fikir dua tiga kali.

Hinggalah aku diberitahu yang jamu moden dengan nama Jus Dara Vogue ini sama sekali berbeza dengan jamu tradisional walaupun isi kandungannya memang dihasilkan dengan bahan-bahan yang hampir serupa.

Rupanya, sesuai dengan peredaran masa yang semakin berlalu pergi, kini jamu yang satu masa dulu kebiasaannya rasa tidak sedap, sekarang sudah ada di pasaran dengan rasa yang amat enak! Ternyata memang sudah ada jamu moden dengan rasa yang sedap sekarang ini rupanya.


Gambar di atas: Muka teruja dan gembira sangat untuk mencuba Jus Dara Vogue

Akibatnya, apabila aku diberikan sekotak Jus Dara Vogue aku terus rasa teruja untuk mencubanya kerana di kotak luarnya sahaja terpampang gambar buah delima.

Dalam fikiran aku dah mula dapat membayangkan betapa sedapnya rasa buah delima dan semakin aku seronok untuk cuba kerana aku tahu, buah delima ini memang punya banyak khasiat untuk wanita.

Walau Teruja, Info Utama Jus Dara Vogue Ini Perlu Juga Ambil Tahu

Sebelum mula operasi minum, sudah tentu aku perlu ambil tahu dulu segala macam info mengenai Jus Dara Vogue ini. Bukan untuk produk ini saja malah untuk produk apa sekalipun.

Sebelum mula ambil apa-apa produk untuk diminum, dimakan dan diguna, kita sebagai pengguna perlu ambil tahu segala maklumat mengenainya dulu.

Setelah itu barulah boleh minum dengan rasa yakin dan jika tak mendapat hasil yang sepertinya sekalipun, tidaklah kita salahkan sesiapa. Begitu juga dengan Jus Dara Vogue ini.

Dan antara perkara yang penting yang aku ambil tahu ialah tentang pengeluar dan sijil halal produk. Mestilah kena ambil tahu juga kan. Risau oi kalau terjumpa macam produk timbang kilo tu… (tak sanggup).

Dan antara info yang aku berjaya perolehi tentang jamu moden dengan nama Jus Dara Vogue ini adalah seperti di bawah ini.

#1. Jus Dara Vogue dikeluarkan oleh Syarikat Bumiputera Tempatan - dikenali sebagai Syarikat Tejja Herbs

Produk Jus Dara Vogue dikeluarkan oleh Syarikat Tejja Herbs, sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435 -D berlokasi di Seri Kembangan Selangor.

Selain Jus Dara Vogue, Tejja Herbs juga terkenal dengan produk lain mereka iaitu Dr. Beau yang terdiri daripada cleanser, foundation dan serum Vitamin E.

Dan produk Tejja Herbs juga mendapat tempat di kalangan selebriti tempatan seperti Sharifah Shahora, Liswadati dan Amyza Adnan Kalau tengok Lisdawati, walaupun anak ramai, tapi badan maintain macam anak dara. Jeles I. Rupa-rupanya, Jus Dara Vogue lah rahsia kecantikan pelakon berpengalaman ini.

Jus Dara Vogue selain menggunakan bahan semulajadi, ianya juga lulus KKM dan Halal, dan ianya tergolong di bawah FDI, iaitu formulasi bahan makanan yang mempunyai bahan aditif seperti vitamin, herba, mineral, etc.

#2. Isi Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Jus Dara Vogue

Dan seperti biasa, apabila aku mengambil apa-apa produk supplemen atau kesihatan, aku memang sangat mementingkan kandungan produk yang terdapat di dalamnya kerana aku memang mahu tahu apa yang aku makan itu baik atau tidak untuk tubuh aku.

kandungan halal jus dara vogue

Jamu wanita Jus Dara Vogue ini dikatakan mempunyai 12 jenis ramuan yang sememangnya sangat baik untuk kesihatan diri amnya, dan untuk wanita khususnya.

  • Buah delima
  • Kunyit hitam
  • Madu
  • Kurma
  • Kacip fatimah
  • Epal
  • Manjakani
  • Vitamin C
  • Akar serapat
  • Sireh
  • Pegaga
  • Lobata

Dan ini antara sebahagian kebaikan kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Jus Dara Vogue dengan perincian info yang lebih detail dan padat.

Khasiat MADU

  • Dengan mengambil madu secukupnya, ia dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh sakit.
  • Madu terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh.
  • Dengan mengamalkan madu, ia dapat meningkatkan kesuburan, baik untuk lelaki atau perempuan.

Khasiat DELIMA

  • Ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.
  • Kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau.
  • Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.

Khasiat KUNYIT HITAM

  • Mengubati dan menetang serangan penyakit kanser,penyakit kulit, cacing dalam badan, bagus untuk awet muda,sangat baik untuk membuang lemak di dalam perut dan menurunkan berat badan,menambah daya antibodi, melawan penyakit
  • Menghilangkan jerawat dan jeragat,membantu merawat lenguh badan,sendi dan tulang
  • Membantu penyembuhan diabetes,mengubati penyakit katarak,mengubati asam urat(kejang betis), dan mampu menolak aura negatif dalam badan.

Khasiat KACIP FATIMAH

  • Mengembalikan tenaga semasa dalam pantang,
  • Meningkatkan nafsu seks, ,
  • Mengurangkan masalah kesakitan semasa haid dan mengurangkan gejala menopaus atau putus haid.
  • Dapat merawat angin dalam perut (kembung perut), cirit-birit berdarah, penyakit kelamin dan buasir, awet muda kerana kacip fatimah mampu mencegah penuaan.

Khasiat SIREH

  • Mengubati penyakit asma,Menyembuhkan radang tekak,Mengubati luka dalaman,
  • Mengubati demam atau suhu badan tinggi,
  • Mengelakkan rabun mata,melancarkan haid,
  • Mengatasi keputihan dan Menghilangkan bau mulut

Khasiat MANJAKANI

  • Membantu melambatkan proses penuaan,
  • Mencantikkan kulit
  • Membantu mencegah jerawat
  • Mencegah diabetes dan asma,
  • Mencegah kanser serviks dan payudara,
  • Membantu merawat keputihan dan bau tidak menyenangkan,
  • Menegangkan oto-otot faraj,mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina,
  • Menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah,
  • Membantu memberi tenaga dan Memperbaiki tahap penglihatan mata.Ia juga dapat menguatkan gigi dan tulang
  • Memelihara kebersihan mulut
  • Sangat mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaranKhasiat LOBATA

Khasiat LOBATA

  • Melangsingkan badan, melambatkan proses monopaouse, meremajakan sel kulit, membesarkan dan memperindah bentuk payudara
  • Menegangkan dan memperindah bentuk punggung,
  • Merapatkan otot rahim, melancarkan haid
  • Menghitamkan serta menyuburkan rambut, Mengurangkan migrain
  • Mengatasi masalah sukar tidur, menghalang pertumbuhan sel kanser serta mengurangi berat badan serta meningkatkan pembakaran lemak.
  • Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
  • Menghalangi penyakit pada vagina dan saluran kencing (bladder)
  • Mengetatkan vagina.
  • Menghilangkan bau badan dan bau peluh.
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’,mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara),menegangkan kulit yang kendur.
  • Melambatkan proses penuaan.

Khasiat KURMA

  • Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
  • Membantu mengatasi masalah pencernaan dalam tubuh,mencegah penyakit jantung dan diabetes.
  • Bermanfaat bagi ibu menyusui,Mencegah usus terkena bakteria, mencegah osteoporosis dan menjaga kesehatan tulang.
  • Dapat digunakan untuk penurunan berat badan, membantu untuk meningkatkan libido dan membantu untuk mengatasi penyakit anemia.
  • Dengan Bahan Yang Bagus, Terdapat Banyak Kelebihan & Keistimewaan Dalam Jamu Moden Jus Dara Vogue Ini 

Kelebihan & Keistimewaan Dalam Jamu Moden Jus Dara Vogue

Ada banyak kelebihan yang tersedia dalam jamu wanita Jus Dara Vogue ini untuk wanita, ianya diformulasikan untuk membantu merawat atau memperbaiki masalah dalaman wanita. Antaranya ialah:-

  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan
  • Memelihara kesihatan dalaman wanita
  • Mengetatkan otot faraj dan merawat kentut faraj
  • Menganjalkan punggung dan payudara
  • Mengempiskan perut
  • Menambah susu badan
  • Merawat keguguran rambut
  • Memelihara keremajaan kulit
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mencegah simptom menopause
  • Membantu mengatasi masalah angin dan bisa badan
  • Mengatasi bau badan
  • Memulihkan tenaga selepas bersalin  
  • Merawat masalah keputihan, senggugut dan kitaran haid tidak stabil

Hasilnya, Jus Dara Vogue Berjaya Mendapat Testimoni / Review Yang Positif Dari Ramai Pengguna

Aku ni kalau ambil apa-apa produk, aku mesti suka cari pengalaman orang yang pernah guna produk ni. Pendek kata, aku suka baca testimoni dan review dari mereka semua sebanyak yang boleh. Nak tahu jugakan , produk ni beri kesan yang elok atau tak kepada pengguna.

Dan aku pun stalklah beberapa pengguna yang kongsikan testimoni mereka.

review pengguna jus dara vogue



Bila dah lihat, memang menarik betul testimoni yang mereka berikan selepas menggunakan Jus Dara Vogue ini. Antara testimoni review pengalaman tentang kesan selepas minum Jus Dara Vogue yang paling aku suka adalah:

- perut sudah semakin kempis selepas guna Jus Dara Vogue
- haid kembali teratur dan lancar
- angin dalam badan keluar dan berkurangan
- berat badan semakin kurang walau hanya selepas seminggu menggunakan Jus Dara Vogue
- masalah bau Miss V hilang hingga keyakinan diri menjadi semakin bertambah

Dan selain itu, aku juga Google mereka yang menulis review berkaitan jamu wanita Jus Dara Vogue ni. Antara review yang menarik dan aku suka baca ialah :


Cara Pengambilan Jamu Wanita Moden Jus Dara Vogue Yang Disyorkan


Jamu moden rasa delima Jus Dara Vogue sememangnya rasa sangat sedap sekali. Aku sendiri dah cuba dan saat pertama kali minum sudah mula jatuh cinta. Rasanya ternyata amat berbeza dengan jamu tradisional yang pernah emak suruh aku minum ketika remaja dulu.


Jus Dara Vogue ini rasanya masam-masam manis persis delima sebenar dengan campuran bahan-bahan yang lain yang juga berkhasiat.


review jus dara vogue


Dan cara pengambilan jamu moden wanita ini sangat mudah sekali sepantas ABC, iaitu :

1. Ambil 2 sachet setiap pagi & malam.
2. Minum banyak air putih bagi mempercepatkan kesan penggunaan.
3. Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

review jus dara vogue



Kalau dulu Jus Jamu Vogue disediakan di dalam botol, sekarang ini packaging dah diperbaharui. Dan lagi best, ianya sangat mudah diminum dengan hanya koyakkan sahaja sachet di dalam kotak tersebut.

Dah tak perlu bawa sebotol nak ke sana ke mari kan. Cukup beberapa sachet yang diperlukan, sangat travel friendly. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Hanya perlu kemam minum sehingga habis. Kejap je dah habis telan sebab sedap sangat-sangat.

Kaum lelaki Pun Boleh Minum Jus Dara Vogue Ni Tau!!

Biasanya, jamu memang sinonim dengan kaum wanita sahaja. Tapi, jangan terkejut pula kalau aku bagitau yang Jus Dara Vogue ni boleh diminum oleh kaum lelaki juga.

Dan antara kelebihan Jus Dara Vogue untuk lelaki ialah :-


  • Bantu beri tenaga pada tubuh badan
  • Kurangkan rasa penat dan lesu
  • Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah
  • Bantu masalah kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala
  • Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan
  • Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan
  • Bantu Kempiskan perut yang boroi
  • Boleh bantu turunkan berat dengan amalan pengambilan yang betul
  • Menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Memancarkan seri wajah

Hah, lelaki yang nak jaga kesihatan diri tu, bolehlah cuba minum Jus Dara Vogue. Suami isteri boleh minum bersama. Lepas ni bolehlah aku ajak suami minum bersama jamu moden rasa delima, nanti sama-sama lebih sihat dan lebih bahagia.

Suami aku pun kalau tak sedap dia tak layan. Tapi pasal Jus Dara Vogue sedap, confirmed dia suka.

Sila Ambil Perhatian: TIDAK DIGALAKKAN bagi wanita yang sedang mengandung dan ketika dalam haid untuk mengambil Jus Dara Vogue.

Untuk wanita mengandung, sila dapatkan saranan doktor perubatan untuk mengambil apa sahaja bentuk supplemen atau makanan tambahan untuk mengelakkan terjadi perkara yang tidak diingini. Nanti daj bersalin, boleh ambil Jus Dara Vogue untuk bantu lancarkan air susu (insya Allah) dan bantu sihatkan kembali badan lesu selepas bersalin.

Manakala untuk wanita yang datang haid pula, biarlah haid keluar lancar tanpa sebarang gangguan. Nanti bila dah selesai haid, boleh consume seperti biasa.

Review Testimoni & Pengalaman Sendiri Selepas Amal Jamu Wanita Moden Jus Dara Vogue Yang Sedap

Sejak dari hari pertama cuba hingga sekarang, aku mengambil Jus Dara Vogue mengikut apa yang disarankan iaitu dua kali sehari pagi dan petang serta minum air secukupnya. Aku yang tidak terkecuali untuk mencuba sendiri Jus Dara Vogue ini sememangnya suka kerana ia bukan saja sedap semata-mata tetapi boleh bantu tubuh di waktu usia 40an seperti aku ini.

pengalaman minum jus dara vogue


Dan ini adalah perkongsian jujur tentang apa yang aku rasa pada diri aku sekarang ini selepas mengamalkan Jus Dara Vogue.

- Biasanya aku suka craving minum manis, dan kalau aku stay-up late untuk siapkan kerja-kerja blog aku, mesti aku akan layan secawan kopi untuk hilangkan rasa ngantuk.

- Aku memang suka menulis di waktu malam ketika semua anak-anak sudah tidur nyenyak. Waktu inilah banyak idea masuk untuk menulis, dan sebab tu aku layan secawan kopi untuk aku stay awake.

- Aku juga perasan yang sekarang ni aku boleh jadi lupa untuk minum kopi seperti selalu bila siapkan penulisan blog aku lewat malam. Sedangkan kalau dulu, aku dan kopi memang tak boleh berpisah bila perlu berkerja lewat hingga selepas tengah malam.

- Aku juga boleh katakan yang aku kini sudah kurang rasa letih dan cepat penat berbanding sebelum ni. Sekarang ini aku boleh cakap badan aku dah kurang rasa lesu seperti sebelumnya dan aku juga terasa lebih bertenaga dan kurang moody.

Orang yang paling nampak perubahan ketara aku ni, siapa lagi kalau bukan suami aku sendiri. Jika dulu dia nampak aku agak moody tapi sekarang aku dah berubah dan nampak lebih ceria.

Suami pun ikut gembira bila tengok perubahan positif pada diri aku. Macam tak percaya pula tapi itulah apa yang telah berlaku, hanya kerana aku minum dan amalkan Jus Dara Vogue dengan rasa delima yang sedap ni.

Sebenarnya pada awal mula minum jamu moden ni, aku risau juga kalau-kalau Jus Dara Vogue ini hanya bersifat indah khabar dari rupa, tapi ternyata sangkaan aku tu silap sebenarnya.

Memang kena cuba dulu, baru tahu kesannya. Tak cuba mana nak kenal produk Jus Dara Vogue ni. Aku sendiri, dah kenal terus jatuh hati dengan jamu wanita moden yang sedap ni. Memang tak rugi mencuba dan hasilnya aku sendiri dah rasa!

Aku rasa berbaloi ambil Jus Dara Vogue buat diri sendiri untuk cergaskan badan. Dan lepas ni aku niat nak teruskan pengambilan kerana rasa gembira sangat-sangat bila melihat kesan perubahan yang baik ke atas badan aku sendiri. Orang yang merasa je tahu dan aku adalah salah seorang daripadanya.

Nak minum jamu tapi risau tak sedap? Cuba ambil Jus Dara Vogue, kerana ini memang jamu moden dengan rasa yang sedap dan diformulasikan untuk merawat masalah dalaman wanita.

Kembali Bertenaga Dan Sihat Bersama Jus Dara Vogue Sambil Jana pendapatan! Pencarian Dropship & Agent Diperlukan


Sambil minum sambil jual, boleh bantu kembalikan rasa bertenaga dan cergas sambil jana pendapatan untuk mereka yang suka berbisnes. Peluang menjadi dropship atau agent memang dialu-alukan dan ianya tanpa perlu sebarang modal pun.

Bolehlah korang pertimbangkan kalau nak join team Tejja Herbs nanti. Mana tahu, nak kembali vogue dan tambah duit poket dalam satu masa.

Dan sesiapa yang berminat nak dapatkan Jus Dara Vogue ni, ini details harga Jus Dara Vogue dan jika perlukan info yang lebih banyak mengenai produk jamu moden rasa delima ini, bolehlah hubungi Team Tejja Herbs melalui detail di bawah ini.



JUS DARA VOGUE - by Tejja Herbs
Jamu Moden Rasa Sedap Banyak Khasiat Untuk Wanita & Lelaki

Harga:
SEM RM49 / S/S RM59 (15 paket x 20ml)

Alamat:
Teja Herbs, No.16-1 Jalan Equine 10C Taman Equine
43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat 10am - 8pm

Email:


Telefon:
016-963 3443 / 012-649 3639
Call: 9.00 am - 6pm Isnin-Sabtu / Whatsapp & SMS setiap hari 24 jam

Cara Pembelian:


Laman Web & Media Sosial


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

cheers.


9 Comments

  1. Suka sangat rasa dia.. Klau jamu sedap gini nak teruskan consume pun syok.. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka sangat dengan rasa JDV ni.

      Delete
  2. Baru tau yg ni packaging baru. Yg baru senang sikit nak consume

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, buat dalam bentuk sachet senang nak bawa pi mana-mana, travel friendly berbanding yang dalam botol.

      Delete
  3. Mcm nak cuba jugaklah .. sbb ada kunyit hitam tu org ckp baguih

    ReplyDelete
  4. Seplah kena try juga ni, sebab dah masuk 40 serries semua kena jaga dan amalkan pemakanan yang sihat.

    ReplyDelete
  5. Liez 1st time minum rasa mcm pelik tau.. maybe sbb rasa masam tu tapi next sachet terus ok.. jadi suka.

    ReplyDelete
  6. okey, boleh masuk dlm list untuk cuba sebab saya penggemar jamu. tambah macam ni jamu yang travel friendly, nak bawa ke mana pun senang. tak yah nak bancuh2..praktikal sangat..khasiat dia yg penting tu untuk dalaman & luaran kita sebagai wanita.

    ReplyDelete
  7. waaa... perkongsian yg menarik.. sgat details reviewnya.. sy pun dah cuba juga..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.