14 December 2020

Try Out The Best Made In Malaysia Chinese Dishes

Try Out The Best Made In Malaysia Chinese Dishes | hi there. Aku antara mereka yang sukakan masakan Cina. Dan antara menu kegemaran aku ialah Hainanese chicken rice, dimsum, sizzling mee, rice claypot, kungpao chicken dan banyak lagilah.

Memandangkan kita ni di Malaysia yang semestinya terbiasa dengan hidup harmoni berbilang bangsa, jadi tidak hairanlah kalau aku yang bukan berbangsa Cina boleh suka makan menu dari kaum lain termasuklah Chinese food.

Kalau nak senaraikan Chinese food ni, memang banyaklah sangat, tapi jom kita lihat beberapa sajian masakan cina yang sedap dan digemari ramai. Ini hanyalah sebahagian sahaja. Dan pilihan menu di bawah adalah berdasarkan pendapat peribadi aku sendiri.

Try Out The Best Made In Malaysia Chinese Dishes


1. Dim Sum


chinese food dim sum sedap kl

Dim Sum merupakan salah satu sajian Chinese food yang pada asalnya dihidangkan bersama teh. Biasanya dim sum dihidangkan pada waktu pagi sehinggalah waktu tengahari. Namun sekarang, dim sum menjadi trend untuk di makan pada bila-bila masa sahaja.

Dim sum dihidangkan di dalam bakul kukusan kecil dan ianya terdiri daripada pelbagai jenis yang bahan utamanya ialah daging, makanan laut, dan juga sayur-sayuran.

Biasanya kalau aku memang suka makan dim sum yang ada isi udang dan juga dim sum sayur-sayuran. Dan aku suka makan sambil cicah dengan sos cili kerana rasanya lebih sedap , tak pun letak sedikit sos thai.

Korang pula, suka dim sum yang macam mana?

2. Hainanese Chicken Rice


chinese food Hainanese Chicken Rice sedap

Hainanese chicken rice atau ada yang hanya memanggilnya nasi ayam atau nasi ayam stim, merupakan antara menu chinese food yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Menunya kelihatan sangat simple, dan cepat disediakan. Tapi hanya mereka yang memasak menu ini sahaja tahu sama ada ianya susah atau mudah disediakan. Betul tak?

Tapi apa-apapun, ini menu yang selalu menjadi pilihan aku kalau pergi ke kebanyakkan restoran kerana walaupun menunya kelihatan simple dan mungkin kurang menarik bagi korang, tapi rasanya yang sedap dengan potongan ayam yang lembut, serta nasinya yang wangi membuatkan aku suka pada Hainanese chicken rice. Dan hirisan ayamnya sedap dicicah bersama sos lada putih dan kicap cair.

3. Szechuan Chicken


chinese food Szechuan Chicken sedap

Masakan Szechuan atau Sichuan adalah berasal daripada wilayah Sicuan di barat daya China. Biasanya, masakan yang Sichuan mempunyai rasa tajam dan pedas yang kuat kerana menu mereka banyak menggunakan bawang putih, cili dan lada Sichuan yang menjadikan masakan tersebut berasa tersendiri.

Lada Sichuan mempunyai aroma yang bukan pedas seperti cili, dan bukan serdak seperti lada hitam, tetapi sedikit rasa seperti limau dan meninggalkan rasa kebas lidah dan nama lain bagi lada ini juga dikenali sebagai flower pepper.

Kalau korang yang suka makan makanan pedas, korang bolehlah mencuba szechuan chicken. Dan sekarang ini, resepi sebegini sudah banyak yang ditiruvasi mengikut citarasa masing-masing.

Selain ayam, ianya juga sesuai untuk diganti dengan daging, udang, dan satur-sayuran, asalkan masih menggunakan rempah lada Sichuan.

Kung Pao chicken adalah di antara menu yang termasuk di dalam menu Szechuan. Dan Kung Pao ni memang antara salah satu resepi yang aku suka, cumanya memang aku kurangkan rasa pedas tu kalau masak.

4. Peking Duck


chinese food peking duck foodpanda

Siapa yang suka makan itik, mesti kenal dengan menu peking duck ni kan. Ada juga yang memangillnya dengan nama Beijing duck. Beijing sekarang dikenali dengan Peking satu ketika dahulu.

Peking duck ini di-roasted, kulitnya rangup,dipotong dengan hirisan yang nipis, selalu dihidangkan bersama timun, daun bawang (spring onions / scallions) dan juga sweet bean sauce (Tianmian sauce) bersama Mandarin pancake.

5. Claypot Chicken Rice


chinese food Claypot Chicken Rice sedap

Salah satu chinese food kegemaran aku sudah semestinya claypot chicken rice. Dan biasanya aku prefer yang ada black pepper beef.

Satu hal yang aku suka tentang claypot rice ialah, rasa panas nasi ketika sampai ke meja makan, kemudian nampaklah asap keluar dari celah-celah nasi tu kan, rasa excited part yang itu.

Dan sudah semestinya, claypot rice jarang mengecewakan aku kerana saat ini sudah ramai yang tahu cara untuk menyediakan masakan sedemikian.


Kalau korang, chinese food apa yang korang PALING suka makan?  Jom kongsi menu kegemaran korang. Kalau ada resipi , bolehlah share juga di ruang komen, manatau boleh dicuba resipinya buat sendiri.

cheers.

10 comments:

  1. Replies
    1. Saya pun suka nasi ayam Hainan.. lagi2 ayam yg lembut bersama sos kicap yg sedap.

      Delete
  2. suka nasi ayam hainan dgn dim sum

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Dan rambang mata nak pilih apa kan, banyak sgt pilihan dimsum.

      Delete
  4. Hadoii.. lapoo plak tengok semua menu tu...sedap² semuanya...

    ReplyDelete
  5. Omg kak. Semua fav kita. I love Chinese foods.haha tapi kalau dipilih, dim sum number one!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dim sum byk sangat pilihan, kadang2 rasa mcm nak makan semua ...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Follow Us @soratemplates