6 Ahli Keluarga Aku Sah Jadi Pesakit Covid-19 || Doakan Mereka Kembali Sihat

6 Ahli Keluarga Aku Sah Jadi Pesakit Covid-19 || Doakan Mereka Kembali Sihat. hi there. Aku tertanya-tanya, apa perasaan orang yang diserang COVID19. Aku juga agak curious untuk tahu apa perasaan kaum keluarga apabila ada ahli keluarga mereka dijangkiti virus ini? Apa yang mereka lalui ketika dijangkiti virus Covid19?

Ketika kes kematian pesakit Covid-19 terjadi dan ditunjukkan cara frontliners berdepan dengan pesakit tersebut, dan ahli keluarga pula tak boleh nak menghampiri pemakaman ahli keluarga yang meninggal dunia kerana virus ni, terdetik rasa sedih dalam diri aku, walhal mereka bukan aku kenal pun. Ya, begitulah kita manusia semua, ada rasa simpati dan empati kan.

Ahli Keluarga Aku Sah Jadi Pesakit Covid-19

Sebaik mana pun kita bersungguh-sungguh untuk mengelak daripada terkena virus covid-19, ikut SOP dan jaga jarak, tapi kalau sudah tercatat untuk kita terkena virus ni, maka kita takkan dapat mengelak. Tapi ya, sesungguhnya kita sudahpun berusaha untuk mengelak kan.

6 Ahli Keluarga Aku Sah Jadi Pesakit Covid-19, Dugaan Sangat, Semoga Mereka Kembali Sihat


6/12/2020, 

aku dikejutkan dengan berita Uncle H kesayangan aku sakit dan dimasukkan ke hospital. Dia demam hampir seminggu dan hilang rasa untuk makan dan minum. Jadi, dia berdepan dengan masalah dehidrasi.


Mahu tidak mahu,dia akur untuk dimasukkan ke wad, dan doktor menjalankan ujian Covid ke atasnya. Dan ternyata uncle H positif!


Dan esoknya pula, aku terima sekali lagi berita yang kurang enak. Sister-in-law aku pula disahkan positif Covid!


8/12/2020, 

sis-in-law aku pergi interview kerja, dan dia dapat job tu. Dan kerana dia kena merentas negeri, maka dia diminta untuk buat ujian Covid dekat Hospital Rafflesia Kota Kinabalu (7/12/2020). Esoknya pihak hospital hubungi dia yang keputusan ujian Covid positif.


Bila aku dapat tahu berita macam ni, aku rasa sedih sangat. Sis-in-law aku dah 6 bulan tak kerja. Banyak tempat panggil dia interview, tapi no rezeki.


Adik aku pula (achik) , dia dapat kerja selepas PKP hari tu, kemudian habis saja pilihanraya Sabah, terus PKPB kan pasal gelombang kedua Sabah jadi red zone. Maka, company tu tutup sementara sehingga keadaan betul-betul ok.


Jadi, buat masa ni, adik aku buat kerja FoodPanda. Dia bagitau income dia cecah 4 angka juga sebulan, plus ada masa dia dapat tips dan makanan percuma dari pengorder, so adalah extra duit lagi. 


Tapi aku risau bila buat FoodPanda dalam keadaan hujan lebat. Orang yang pesan tu mesti tengah lapar tertunggu-tunggu makanan dorang sampai dengan selamat. Korang pun faham kan bawa motor dalam hujan lebat macam mana. Lagi-lagi kena cepat bawa pesanan orang. 


Adik pula pulun ambil long working hours buat FoodPanda ni. Kalau sis-in-law (wife adik aku) aku dapat kerja, at least dorang laki bini boleh share burden untuk pulihkan kewangan dorang kan.


9/12/2020, 

bila dah ada pesakit Covid di rumah, wakil KKM datang buat test untuk semua penghuni rumah. Anak buah aku sorang umur 4 tahun pun kena buat, alhamdulillah dia ok saja tak nangis pun. 


Aku risau mak aku lah, dia kan ada kencing manis dan masalah sakit yang lain. Lepas tu risaulah kalau dia kena tahan hospital, nanti terbayang-bayang mak aku sendirian dalam wad. 


10/12/2020, 

keputusan Covid dah keluar untuk famili aku. 

  • Mak aku positif.
  • Abang long aku positif.
  • Adik ngah aku positif.
  • Abang lang aku positif - ni abang angkat kitorang yang mak bapa aku jaga selepas dia habis SPM. Anak yatim, dulu duduk rumah anak yatim. Lepas dia habis SPM, dia kerja sama tempat dengan abang long aku, then abang aku bawa dia stay dengan kitorang since dia sebatang kara.


Jadi, dah 6 orang ahli keluarga aku positif Covid termasuk sis-in-law aku dan Uncle H!


Now tengah tunggu kalau-kalau ada update lagi untuk sis-in-law aku yang sorang lagi (wife adik ngah aku), anak buah aku (anak adik ngah) dan juga cousin aku sorang yang tinggal dengan famili aku.


Mereka tiada tanda-tanda menghidap Covid-19

Bila aku tanya dorang kot-kot ada any signs of covid tak, dorang bagitau last week dorang demam ganti-ganti kecuali adik bongsu aku dan wife dia yang memang langsung tidak demam.

Dan semua dah hilang demam. So dorang ingat maybe demam biasa saja.

Dan bila disahkan Covid pun, dorang memang sihat-walafiat. Langsung tiada sebarang gejala yang menunjukkan dorang ni pesakit Covid. 


Terkini tentang ahli keluarga aku pesakit Covid19: 

10/12/2020

  • sis-in-law aku (wife adik bongsu aku) dah dibawa ke pusat kuarantin.
  • pihak KKM sahkan mak aku akan dibawa ke hospital memandangkan dia warga emas dan ada sakit kronik, padahal mak aku langsung tiada tanda-tanda covid19.

11/12/2020
  • abang long dan mak aku dah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I
  • adik ngah aku dah masuk pusat kuarantin
  • Uncle H masih di hospital sehingga sihat dari Covid19

16/12/2020

  • sis-in-law dibenarkan balik dari pusat kuarantin Menggatal

18/12/2020

  • mak dibenarkan balik dari hospital
  • adik ngah, abang lang dibenarkan balik dari pusat kuarantin Likas


Kami tinggal berlainan daerah

Buat pengetahuan semua, aku tak tinggal bersama-sama famili aku.

Dorang di KK, aku pula di Membakut. Lain-lain daerah.

Aku sedih bila ahli keluarga aku disahkan Covid-19.

Aku risau. Doa yang baik-baik sahaja.

Oh ya, syarikat sis-in-law aku tahu yang dia ada Covid, dan dorang pun faham so dorang minta sis-in-law aku bertenang dan lalui hari kuarantin dengan baik. Lepas semua dah settle, baru sis-in-law aku start kerja baru dia. Alhamdulillah.


Doakan ahli keluarga aku semua sembuh ya.

Semoga Uncle H boleh discharge hospital selepas habis tempoh kuarantin, begitu juga dengan yang lain, semoga baik-baik sahaja.

Korang semua pun, stay healthy dan take care ya.

:(( 

8 Comments

  1. Allahu..stay healthy and strong kak dan keluarga, harap family akak sihat dan discaj dengan cepat

    ReplyDelete
  2. semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  3. Keep strong.... semoga semua baik² sahaja... Moga Allah beri kesembuhan dan permudahkan semua urusan...

    ReplyDelete
  4. semoga semua ahli keluarga mrspip akan pulih drp covid 19. In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  5. Mpy sedih pulak aku baca ni, semoga semuanya kembali pulih, mak ni buat ndak boleh tidur kita fikir ni.

    ReplyDelete
  6. Allah.. Semoga keluarga kak pip kembali sembuh seperti sedia kala

    ReplyDelete
  7. Semoga diberikan kesembuhan.. InsyaAllah semuanya akan baik2 saja.. jaga diri ya kak ..

    ReplyDelete
  8. allahu kak pip, stay strong ya. Kesian dekat mak kak pip lah sebab ada sakit kronik. Semoga dia kuat hadapi ujian ni. Stay safe kak pip dan keluarga

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.