Review KDrama TVN: True Beauty (Lakonan Moon Ka Young, Chae Eun Woo, Hwang In Yup, Park Yoo Na)

Review Korean Drama: True Beauty (Starring Moon Ka Young, Chae Eun Woo, Hwang In Yup, Park Yoo Na) || hi there, yeay berakhir sudah drama kesukaan aku. 16 episod yang aku rasa sangat menarik. Jalan cerita setiap episod best, sentiasa buat hati aku berdebar untuk tahu sambungan cerita episod seterusnya.


Korean Drama True Beauty (Starring Moon Ka Young, Chae Eun Woo, Hwang In Yup, Park Yoo Na)



Senarai Pelakon Korean Drama True Beauty

Title: 여신강림 / True Beauty

Genre: Romance, Comedy, School
Episodes: 16 (To Be Confirmed)
Broadcast network: tvN
Broadcast period: 2020-Dec-09 to 2021-Jan-28
Air time: Wednesday & Thursday 22:50

Main Cast


Moon Ka Young as Im Joo Kyung
Cha Eun Woo as Lee Soo Ho
Hwang In Yup as Han Seo Joon
Park Yoo Na as Kang Soo Jin

Joo Kyung’s family


Im Se Mi as Im Hee Kyung (Joo Kyung’s older sister)
Park Ho San as Im Dae Soo (Joo Kyung & Hee Kyung’s father)

Soo Ho’s family


Jung Joon Ho as Lee Joo Hun (Soo Ho’s father)

Others


Kang Min Ah as Choi Soo Ah
Oh Eui Sik as Han Joon Woo
Lee Sang Jin (이상진) as Ahn Hyun Kyu
Shin Jae Hwi (신재휘) as Lee Sung Yong
Jeon Hye Won as Park Sae Mi

Cameo


Kang Chan Hee as Yoon Se Yun

Production Credits


Production Companies: Studio Dragon, Bon Factory, Studio N
Director: Kim Sang Hyup
Screenwriter: Lee Shi Eun

Jalan Cerita Korean Drama True Beauty

Watak utama dalam cerita ni ialah Joo Kyung lakonan Moon Ka Young, seorang pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah kerana bagi rakan-rakan buli dia tu, Joo Kyung ni perempuan hodoh.

Fuh, dia kena buli tu sampai dia terfikir nak bunuh diri. Dan satu hari tu dia dah naik atas bangunan berfikir nak terjun tapi end up dia batalkan niat dia tu.

Kesian jadi mangsa buli sampai boleh rasa tertekan. Lagi-lagi kena bash oleh rakan-rakan kerana hodoh. Lebih kurang macam body shaming la kan. 

Waktu dia atas bangunan tu, kebetulan Soo Ho datang dan ternampak Joo Kyung, jadi dia cepat-cepat tarik Joo Kyung supaya tak bunuh diri.

Berlaku keadaan tidak diingini apabila cermin mata Joo Kyung pecah dan dia tak dapat cam pun siapa yang selamatkan dia. Lepas tu sewaktu mereka turun bangunan, lif pula rosak, maka mahu tak mahu Soo Ho dukung Joo Kyung hingga ke bawah dan lepas tu hantar Joo Kyung dapatkan teksi untuk balik rumah.

Dipendekkan cerita, pada malam yang sama, mak bapa Joo Kyung terpaksa membuat keputusan untuk berpindah balik ke rumah lama mereka kerana masalah kewangan yang berpunca daripada bapa si Joo Kyung.

Apalagi, gembira tidak terkatalah si Joo Kyung pasal dia dah boleh bebas dari si kaki buli sekolah  tu.

Sebelum masuk sekolah baru, Joo Kyung belajar bagaimana untuk solekkan wajah dia agar tiada siapa yang tahu kulit muka sebenar dia.

Dan bila masuk sekolah baru, dia happy sangat kerana semua orang baik dengan dia. Dan di sekolah baru, Joo Kyung bersahabat baik dengan Yoo Jin dan Soo Ah.

Di sekolah baru tu juga, rupa-rupanya Soo Ho bersekolah. Mereka menjadi rakan sekelas, namun malangnya Joo Kyung mulanya tidak mengecam siapa Soo Ho padahal Soo Ho awal-awal lagi dia cam Joo Kyung ni pelajar yang dia selamatkan di atas bangunan tu beberapa waktu dulu.

Selain Soo Ho yang merupakan pelajar pintar dan menjadi pujaan hati ramai, Seo Joon juga merupakan pelajar yang hot di sekolah, tapi dia ni jenis rebel.

Satu hari kebetulan sangat si Joo Kyung terserempak dengan Seo Joon yang sedang dikejar oleh sekumpulan orang, dan dia tolong selamatkan Seo Joon.

Jadi bila Seo Joon masuk sekolah dan nampak Joo Kyung, dia terus cam budak baru tu lah yang selamatkan dia.

Seo Joon tak suka dekat Soo Ho. Dia memang benci gila-gila dekat Soo Ho, manakala Soo Ho ni jenis dingin dengan semua orang, dan dia tak kisahpun Seo Joon tu benci dekat dia.

Persahabatan Yang Terputus

Soo Ho dan Joo Kyung ni ada satu persamaan hobi iaitu mereka suka baca buku horror comic, dan bila dorang melepak di kedai komik Prince untuk baca buku komik terbaru, dan Joo Kyung ni kalau pi sekolah saja dia pakai make up, tapi kalau setakat keluar baca komik, dia jadi diri dia sebenar.

Soo Ho pula bukan kisah pun Joo Kyung make up atau tidak. Dan dia memang kenal pun Joo Kyung ni sama ada bermake-up atau tidak.

Tapi Joo Kyung fikir Soo Ho mesti tak kenal dia bila bertemu di kedai komik Prince tu so dia menyamar jadi orang lain tapi awal-awal lagi dia checkmate oleh Soo Ho.

Sebenarnya, sewaktu dorang kecil, Soo Ho dan Joo Kyung ni memang secara tidak sengaja bertemu di kedai komik Prince tu dan dorang jadi kawan, cuma waktu tu dorang kecil lagi so bila dah besar memang saling tidak mengenali.

Soo Ho dan Seo Joon pula awalnya adalah bersahabat baik, tapi kerana insiden membunuh diri kawan baik dorang, Seo Joon lepaskan marah dia dekat Soo Ho dan akhirnya persahabatan pun terputus.
 

Cinta Tiga Segi


Dalam Korean Drama True Beauty ni, aku suka persahabatan mereka semua di dalam kelas. Dan perlahan-lahan percintaan wujud antara Soo Ho dan Joo Kyung. 

Namun malangnya, Seo Joon juga sukakakan Joo Kyung. Dan Soo Jin, kawan lama Seo Ho yang juga bersahabat baik dengan Joo Kyung turut mencintai Seo Ho.

Tapi, Joo Kyung dan Soo Ho saling suka di antara satu sama lain tapi ambil masa juga untuk mereka saling berterus terang.

Aku happy bila tengok dorang bersama, dan Seo Joon akur dengan keadaan dia terpaksa melupakan hasrat dia untuk mencintai Joo Kyung.

Berbeza dengan Soo Jin, dia agak obses dengan Soo Ho dan sanggup memalukan Joo Kyung dengan mendedahkan rupa sebenar Joo Kyung.

Soo Ho dan Seo Joon Kemalangan dan Persahabatan Kembali Baik

Soo Ho dan Seo Joon kemalangan, dan terpaksa dimasukkan ke wad. Selama ini Soo Ho pendam rasa marah dia dekat bapa dia sendiri kerana bapa dia ada kaitan dengan kematian sahabat baik dia.

Seo Joon terdengar perbualan Soo Ho yang marahkan bapa dia, dan selama ini Seo Joon bersalah kerana membenci Soo Ho selepas terdengar perbualan mereka, dan akhirnya Seo Joon berbaik semula dengan Soo Ho.

Soo Ho dan Joo Kyung Berpisah 

Soo Ho mendapat khabar sedih apabila bapa dia yang berada di USA perlu dibedah , dan mahu tidak mahu dia perlu terbang untuk melawat bapa dia.

Memandangkan kesihatan bapa dia tidak baik, maka dia perlu stay lebih lama untuk menjaga bapa dia. Hubungan jarak jauh menyebabkan Soo Ho mengambil keputusan untuk berpisah dengan Joo Kyung.

Dia berasa bersalah kerana tidak ada di sisi Joo Kyung apabila Joo Kyung perlukan bantuan. 

Sedilah pula part ni sekejap. 

Pertemuan di Namsan Tower Pada Hari Pertama Salji Turun

Joo Kyung pernah menyatakan pada Soo Ho ketika mereka kecil dulu yang dia akan pergi tempat paling tinggi ketika salji turun kerana dia mahu yang terawal sekali untuk mendapatkan salji agar permintaan dia terkabul.

Pada tahun ke-tiga perpisahan Joo Kyung dan Soo Ho, dan kebetulan salji pula baru turun. Joo Kyung pergi sendiri ke Namsan Tower, dan mulanya dia ingat dia terlihat seseorang seperti Joo Ho, ternyata dia tersilap orang.

Joo Kyung terpaksa naik semula ke atas apabila dia tertinggal dompet dia yang ada tiket keluar dari Namsan Tower, dan di sana dia terlihat Soo Ho.

Soo Ho terlihat Joo Kyung , dan dia menyatakan dia terus ke Namsan Tower sebaik sahaja mendarat, namun Joo Kyung yang agak terkejut pergi meninggalkan Soo Ho.

Seo Joon berusaha untuk memikat Joo Kyung dan meluahkan perasaan dia namun dia tahu Joo Kyung masih mencintai Soo Ho.

Soo Jin pula selepas kejadian memalukan Joo Kyung dulu, dia berpindah sekolah namun tiada sesiapa yang tahu Soo Jin pindah ke mana.

Joo Kyung dan Soo Ho Kembali Bersama

Apabila Seo Joon bagitau Joo Kyung yang Soo Ho akan balik semula ke USA, Joo Kyung bergegas ke rumah Soo Ho. 

Dan sesampainya dia di rumah Soo Ho, dia melihat Soo Ho sedang mengemaskan beg pakaiannya. Joo Kyung meminta Soo Ho untuk tidak pergi ke mana-mana.

Soo Ho sedikit terkejut kerana sememangnya dia hanya unpacking barangan dia, bukannya mengemas pakaian untuk kembali ke USA.

Seo Joon sengaja menipu Joo Kyung kerana hanya dengan cara ini sahaja Joo Kyung akan menerima Soo Ho dan Seo Joon boleh settled down dengan perasaan dia yang kena reject oleh Joo Kyung.

Dan Soo Jin berjaya mencari Joo Kyung dan meminta maaf atas kesilapannya di masa lalu. Dan Soo Jin bagitau, mak bapa dia dah bercerai dan selepas itu, dia berpindah dengan mak dia ke tempat lain dan dia aktif melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan.

Perkara Yang Boleh Diambil Iktibar / Pengajaran melalui Korean Drama True Beauty


1. Jangan body shaming orang lain / nilai seseorang daripada paras wajah kerana siapapun kita, bukan hak kita untuk menghina kawan atau orang sekeliling kita

2. Jangan biarkan diri menjadi mangsa buli - kena bagitau ahli keluarga / orang yang kita percaya bahawa kita dibuli untuk mengelakkan kita menjadi stress / depress

3. Jangan cepat salah faham dan menyalahkan orang lain - seperti kes Seo Joon yang marahkan Soo Ho kerana menyalahkan Soo Ho atas kematian rakan baik mereka. Kalau ada yang tak clear dalam persahabatan, kenalah face-to-face dan bagitau masalah sebenar.

4. Ahli keluarga adalah orang yang berharga dalam diri masing-masing - jadi elakkan pertengakaran dan usaha perbaiki hubungan antara satu sama lain. Seperti kes Soo Ho yang bencikan bapa dia namun pada waktu bapa dia sakit terlantar di hospital, dia sangat bertanggunjawab menjaga bapa dia di hospital.

5. Jangan cepat buat keputusan untuk berpisah tanpa sebab yang kukuh - ni kes untuk mereka yang bercinta, jangan pentingkan diri sendiri untuk berpisah kalau tiada sebab. Bercinta ni melibatkan emosi yang sangat dalam, kalau terluka memang ambil masa untuk pulihkan perasaan tu.

Untuk jalan cerita True Beauty ni, aku bagi 4 star. Jalan cerita yang baik dan gandingan pelakon yang menarik.

That's all. Thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

5 Comments

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.