Siapa Kamala Harris? Tiba-tiba sahaja nama Kamala Harris menjadi trending apabila TV3 diminta untuk membuat permohonan maaf kerana memanggil wanita ini sebagai "daughter of an illegal immigrant".

Berikutan menamakan Kamala Harris sebagai anak kepada pendatang tanpa izin, nama Kamala Harris menjadi perhatian umum.


Saluran televisyen tempatan TV3 telah meminta maaf terhadap kenyataan salah mereka terhadap Kamala Harris, wakil naib timbalan presiden (vice president elect) United States of Amerika. 

Merujuk kepada Buletin 1.30 pada 8 Nov 2020, TV3 telah dengan cuai menggunakan perkataan yang tidak seharusnya kepada Kamala Harris.


Kenali Kamala Harris Yang Jadi Trending Kerana Kecuaian TV3

Sebenarnya, Kamala Harris bukanlah anak kepada pendatang tanpa izin seperti dalam kenyataan buletin berkenaan. 

Untuk pengetahuan, Kamala Harris merupakan anak kepada pendatang yang berasal dari Jamaica dan India.

In this April 1965 photo, Donald Harris holds his daughter, Kamala
In this April 1965 photo, Donald Harris holds his daughter, Kamala

Kamala Harris berusia 55 tahun menjadi sejarah di dalam tampuk pemerintahan Amerika apabila menjadi wanita pertama dicalonkan sebagai timbalan presiden USA.

Selain menjadi wanita pertama yang dicalonkan sebagai timbalan presiden, Kamala Harris juga memecah tradisi apabila menjadi wanita kulit hitam pertama berkhidmat sebagai peguam negara California (Attorney-General of California).

Kamala, lulusan Universiti Howard dan University of California, dipilih sebagai peguam negara California pada tahun 2010 dan dilantik semula pada tahun 2014.

Pada tahun 2016, Kamala terpilih menjadi Senat AS, menjadi wanita kedua keturunan Afrika Amerika dan Amerika Selatan pertama yang berkhidmat di Dewan Atas (upper house).


Ibu dan Bapa Kamala Harris Merupakan Pelajar Pintar

Ibu dan bapa Kamala Harris juga bukanlah calang-calang orang walaupun mereka adalah pendatang ke bumi Amerika.

Ibu Kamala Harris bernama Shymala Gopalan merupakan seorang saintis biomedical dan berpindah dari India ke Amerika untuk menyambung pelajarannya ketika berusia 19 tahun pada tahun 1958.

Shymala Gopalan diterima masuk ke dalam masters program dalam nutrisi dan endokronilogy di University of California, Berkeley.

Shymala kemudian bertemu dengan Donald J. Harris, pelajar ekonomi yang berasal dari Jamaica yang kemudiannya menjadi professor di Standford University.

Dan bapa Kamala Harris juga pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada bekas perdana menteri Jamaica, Michael Manley.

Manakala Shymala pula menjadi saintis di Lawrence Berkeley National Laboratory yang bereputasi tinggi.

Pengguna Twitter menggesa TV3 untuk membetulkan kesilapan terhadapa Kamala Harris


“Buletin TV3 just called Kamala Harris’ parents illegal immigrants, you need to get your facts right.”

“Illegal immigrants? Buletin TV3 needs to make an open correction.”

“Mother was a research scientist in cancer and was offered a place to work in a prestigious university... not an illegal immigrant.”

Kamala Harris dipanggil sebagai wakil naib presiden terpilih setelah hasil pemilihan diproyeksikan menunjukkan bahawa dia dan presiden terpilih Joe Biden telah lulus 270 suara pilihan yang diperlukan untuk menang.

Pengajaran buat semua, janganlah sesuka hati membuat memanggil atau menggelarkan seseorang dengan gelaran yang kurang enak di dengar.

Kalaupun mak bapa Kamala merupakan pendatang tanpa izin (walhal dalam kes ini, mak bapa Kamala ialah pendatang / mereka yang berhijrah ke Amerika), TV3 atau mana-mana pihak sekalipun jangan mengkaitkan hal yang kurang enak kepada seseorang yang tidak seharusnya memikul bebanan orang lain.

Jangan mencemar nama baik orang hanya kerana mungkin sejarah keluarga dia yang kurang menyenangkan.

Dan dalam hal Kamala Harris, ternyata mak bapa dia merupakan seseorang yang berpendidikan dan juga mempunyai kedudukan yang baik sebagai pendatang di bumi Amerika.

Semoga kejayaan Kamala Harris menjadi inspirasi kepada wanita lain.

sumber: 
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/11/09/tv3-says-sorry-for-calling-kamala-harris-039daughter-of-an-illegal-immigrant
http://jamaica-gleaner.com/article/news/20201109/browns-town-celebrates-history-making-kamala-harris

13 Comments

  1. bukan calang-calang orang Kamala Harris ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang anak beranak mereka ni orang yang hebat kan.

      Delete
  2. Replies
    1. Hebat. Suka tengok dan baca cerita wanita berjaya.

      Delete
  3. Bukan calang2 orang beliau ni. Dari keluarga yg berpendidikan tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ana. Mak bapa dia orang berpendidikan tinggi.

      Delete
  4. Sedap2 ja panggil org illegal immigrants.. Apo la tv3 ni😂

    ReplyDelete
  5. Wah! Orang-orang hebat rupanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamala Harris ni mak bapa dan dia sekali hebat.

      Delete
  6. Dorang tak habis kaji lagi ni. Mujurlah lepas tu ada minta maaf kan. kalau buat tak tahu je lagi parah

    ReplyDelete
  7. Cemana tv3 boleh silap.tak buat research dulu ke

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.