Terima Kasih Menteri Kewangan | Sah RM10,000 Akaun 1 KWSP Boleh Dikeluarkan | Permohonan i-Sinar Secara Online Sahaja Bermula 21 Disember 2020

Terima Kasih Menteri Kewangan |  Sah RM10,000 Akaun 1 KWSP Boleh Dikeluarkan | Permohonan i-Sinar Secara Online Sahaja Bermula 21 Disember 2020| hi, terima kasih Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana melonggarkan syarat bagi pencarum KWSP untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 daripada Akaun 1.

8 juta pencarum KWSP kini boleh berlapang dada kerana dibenarkan untuk membuat memohon mengeluarkan akaun 1 tidak kira sama ada disebabkan hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.

Dan begitu juga dengan aku, berasa sedikit lega kerana ada peluang untuk permohonan mengeluarkan akaun 1 KWSP diluluskan. 

Tahun ini antara tahun yang agak mencabar buat aku dan mr.Husband kerana kita sedia maklum serangan COVID-19 sangat menjejaskan sumber pendapatan ramai orang, dan kami antara yang tidak terkecuali terkena kesannya.


Terima Kasih Menteri Kewangan |  Sah RM10,000 Akaun 1 KWSP Boleh Dikeluarkan | Permohonan i-Sinar Secara Online Sahaja Bermula 21 Disember 2020


Sebelum ini, aku dan mr.Husband mengeluarkan akaun 2 KWSP melalui i-lestari , dan aku berharap dengan sedikit penambahan duit melalui pengeluaran akain 1 nanti, akan membantu mengurangkan beban ekonomi keluarga kami.

Diharap pengeluaran akaun 1 KWSP mampu membantu ramai orang yang kesempitan atau terjejas sumber kewangan kerana kehilangan punca pendapatan. 

Akaun 1 KWSP Boleh Dikeluarkan

Sah RM10,000 Akaun 1 KWSP Boleh Dikeluarkan

Untuk pengetahuan, pengelaran akaun 1 KWSP melalui i-sinar boleh dibuat bermula bulan Disember 2020, sama ada memohon di pejabat KWSP atau boleh memohon di atas talian laman web rasmi KWSP.

Pencarum KWSP yang lulus permohonan i-sinar kelak , wang akan dikreditkan secara berkala selama 6 bulan dari tarikh pertama pengkreditan dilakukan ke akaun bank pencarum.

Update Terkini : Permohonan i-Sinar Untuk Semua Pencarum KWSP

Permohonan i-Sinar Secara Online Sahaja Bermula 21 Disember 2020
Alhamdulillah bila semua pencarum dibenarkan untuk memohon mengeluarkan Akaun 1 KWSP akibat krisis Covid-19.

Walaupun KWSP sudahpun mengemaskini maklumat berkaitan i-sinar, namun masih ada lagi segelintir kita yang tidak begitu faham berkaitan i-sinar.

Malah beberapa hari yang lalu ketika aku sedang mengambil parcel di ABX collection center Membakut, ada dua orang ketika itu sedang berbicara berkaitan i-sinar.

Salah seorang tu seperti tidak berpuashati dengan kwsp kerana syarat-syarat yang dikenakan memungkinkan dia tidak dapat mengeluarkan duit dari Akaun 1 beliau.

Well, mungkin dia tidak begitu faham berkaitan i-sinar. Jadi sama seperti aku yang terkeliru sedikit berkaitan i-sinar, maka aku sendiri melihat laman web KWSP untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan hal tersebut.

Permohonan i-Sinar Secara Online Sahaja Bermula 21 Disember 2020

Menurut kefahaman aku, ada dua kategori yang dinyatakan. Ada kategori 1 dan kategori 2. Seperti aku, 
berada di dalam kategori 1 , iaitu ahli yang sudah lama tidak mencarum dan aku adalah surirumah.
 

Permohonan i-Sinar Secara Online Sahaja Bermula 21 Disember 2020

Tips Perlu Ada Untuk Memohon I-Sinar

Untuk pendaftaran memohon i-sinar nanti, ada 3 hal yang sangat penting untuk korang lakukan iaitu

  • Pastikan anda telah mendaftar i-Akaun 
  • Pastikan nombor telefon bimbit anda dikemaskini
  • Pastikan akaun milik anda adalah aktif

Yang belum mendaftar i-Akaun, silalah berbuat sekarang sementara menunggu permohonan i-sinar dibuka. 

Nombor telefon adalah sangat penting untuk dikemaskini kan memandang semua transaksi akan diupdate melalui nombor telefon pemohon.

Bank perlulah aktif untuk KWSP membuat pembayaran apabila permohonan diluluskan.

Dan sila ambil perhatian, i-Sinar dipohon secara ONLINE SAHAJA pada 
  • 21 Disember 2020 (untuk kategori 1) dan 
  • 11 Januari 2020 (untuk kategor 2).

Link untuk memohon i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/

Semoga bermanfaat untuk semua.

cheers.

Gambar: kredit Google

Post a Comment

7 Comments

  1. alhamdulillah.. semoga dgn kelonggaran ni dapat kita semua gunakan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan segala urusan buat Mrs Pip sekeluarga. Diharap dgn bantuan sebegini mampu meringankan beban kita semua Insha Allah

    ReplyDelete
  3. Wak kerja sendiri, takde akaun KWSP.

    ReplyDelete
  4. ALhamdulillah, plan nak langsaikan mana yang tertunggak. banyak sangat terkesan dengan dua2 suami isteri kehilangan pekerjaan

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah boleh bantu pada pencarum2 yang ramai terjejas sebabkan COVID ni..

    ReplyDelete
  6. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.