Hello November

Hello November. hi there, kejap sajakan masa berlalu. pejam celik kita dah pun masuk bulan November. Lepas tu kejap saja nanti sampai pula hujung tahun.

Tahun ni antara tahun yang agak mencabar bagi kita semua kerana COVID-19. Dengan terpaksa PKP bulan Mac hari tu, lepas tu kena kawalan rentas daerah semula apabila kes COVID meningkat semula gara-gara kluster pilihanraya Sabah dan juga kluster lain seluruh Malaysia.

Tahun ni juga ramai yang kehilangan pekerjaan  kerana syarikat atau tempat bekerja terpaksa ditutup menyebabkan tiada pendapatan yang boleh menggajikan pekerja. 

Pekerja kontrak tidak mendapat sambungan kontrak kerja, dan mr.Husband juga terpalit sama tidak mendapat sambungan kontrak pekerjaan.

hello november

Walaupun begitu, aku tetap bersyukur kita semua masih berada dalam keadaan yang selamat dan sihat. 

Memang tahun ni tahun yang sukar buat aku sekeluarga, dan menguji mental dan emosi juga. Tapi aku tetap bersyukur masih ada rezeki untuk aku suami isteri dan anak-anak meneruskan kelangsungan hidup.

Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Yakin dengan setiap aturan yang Dia tentukan , beserta usaha dan doa, Insya Allah rezeki untuk kita semua masih ada.

November ni antara bulan yang aku suka kerana our Amin lahir dalam bulan ni. Macam masih teringat ingat aku lahirkan Amin 6 tahun yang lepas. 

Dia ni bayi songsang, dan aku jalani proses pusingkan baby di hospital wanita dan kanak-kanak Likas. Sakit untuk pusingkan bayi songsang ni, Allah sahaja yang tahu.

Sakit sangat. Sakit dia tu rasa macam lebih sakit dari kau bersalin teran bayi keluar.

Pengalaman kita berbeza-beza. Aku kena pusingkan dua kali baru bayi mau turun bawah dan duduk elok elok. 

Memang berdoa banyak-banyak supaya bayi tak pusing songsang balik pasal aku prefer bersalin secara normal time tu.

Hello November, semoga ada berita baik untuk kami semua. Semoga COVID mampu dilawan. 

Semoga kita semua menjadi lebih baik dan lebih bersyukur dengan hidup yang kita ada sekarang.


Appreciate all that you have.


Semoga kalian semua mendapat rezeki yang berkat.

Stay healthy stay happy.

Jaga diri.

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. tahun 2020 memang memcabar...ramai yang terksan dengan Covid-19.

    bukan kerana virus itu sendiri tetapi kerana ekonomi yang tidak menentu..

    moga keadaan pulih seperti biasa tidak lama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah, terkesan kerana ekonomi x menentu.
      covid lagi.
      politik negara lagi.
      hurm.

      Delete
  2. yes la. 2020 tahun yg sukar bagi most of us, kan. sure ada perkara yg stucked :(
    lain org, lain dugaan. sendiri je tahu deritanya. moga covid19 ni cecepat nyah dari muka bumi. aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan lain-lain bagi semua orang, semua kita tabah menghadapi tahun ni dengan penuh sabar.

      Delete
  3. Semoga november ni ada sinar buat kita semua..

    ReplyDelete
  4. Semoga November akan lebih baik. Stay safe semua.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.