Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu. hi there, entry lambat post. Sekadar memori di masa depan. Family gathering ni dibuat time Hari Raya Haji hari tu. 

Dah agak lama lah juga perap dalam draft sebelum tekan butang publish.

Idea buat gathering ni terjadi bila kebetulan brother-in-law (BIL) bawa anak-anak dia balik lawat kampung lawat mak mertua. 

Almaklumlah time raya aidilfitri hari tu kan PKP, jadi nak bergerak bawa anak-anak agak sukar, so bila dapat kelonggaran PKP ditamatkan, maka BIL pun ambil kesempatan balik Membakut all the way dari Selangor.

Mulanya kami plan mau gathering dekat pantai cantik di pantai cantik Tempurung Seaside Lodge. Memang cantik dan bersih sangat tempat tu. Tapi bila kami sampai dekat pantai tu, masya allah ramai sangat keluarga bercuti di sana. Penuh parking lot, dan crowded.

Jadi tak nak ambil sebarang risiko COVID-19, kami cari pantai lain pula. Mulanya mrs pip cadangkan pergi ke Tempurung Beach (ni nama hampir sama dengan Tempurung Seaside Lodge kan. Tempat ni kena drive atas lagi for few kilometres), tetapi family member tak nak drive jauh ke atas pasal tak nak buang masa perjalanan nanti, kalau tempat tu pun full terpaksa turun balik ke pekan.

Jadinya, semua sepakat untuk ambil jalan coastal road dan tengok mana-mana nice spots untuk our picnic dan sesuai untuk family gathering.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu 

Sebelum tu, ni gambar time dalam kereta tengah tunggu kereta family lain bergerak. kitorang follow belakang.

Seperti, benda harus dibuat ialah kita wefie dulu dalam kereta. Dan biasanya bila kitorang wefie, kitorang suka buat macam-macam mimik muka, dan trademark memang anak-anak suka buat mulut dinosaur nganga luas-luas ... kah kah kah.

Sekarang dah berjangkit dekat mommy! Banyak-banyak gambar wefie, mrs pip tepek gambar yang ni, just a random photos from pip family.

Korang ada tak perangai macam ni suka wefie buat mimik macam-macam? Ni sekadar kenangan lah kan, esok-esok tengok balik post ni, mesti senyum sorang-sorang mrs pip ni.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


so waktu drive cari tempat nak gathering ni (semua pun impromptu plan) , ternampak Blue Eyes Beach Resort ni secara kebetulan. 

Sebelum tu tidak jauh dari tempat ni ada kawasan camping tapi lupa nama tempat tu. Nampak banyak kereta parking di sana, jadi cancel nak masuk tempat tu.

Then bila tengok parking lot Blue Eyes Beach Resort ni kosong, kitorang pun drive masuk. Then ada staff datang dekat kereta kami dan tanya kalau kitorang mau lepak sini.

Then bila kami cakap YA, dia pun explain bayaran masuk (RM5.00 for dewasa, KIDS kalau tak silap RM2.00 / RM3.00 - lupa la pula).

Lepas kami parking dan angkat barang, then staff tu datang collect payment. Bagus juga staff tu datang , ndak perlu mau pigi kaunter pembayaran yang terletak dekat main entrance dorang.

Mudah Selfie Wefie Guna Tripod With Bluetooth

Well, bila kau mu bergambar, paling penting ada photographer kan. Tapi menyusahkan pula bila setiap kali mabil gambar kena panggil siapa siapa untuk tangkap gambar.

Sekarang ni setiap kali kami keluar jenjalan, serius benda yang wajib mrs pip bawa ialah tripod dan selfie stick.

Untuk tripod yang just ok untuk ambil gambar biasa-biasa (bukan heavy duty tripod), dan ada bluetooth button, mrs pip guna YUNTENG tripod for photography. Ada banyak dijual di Shopee (ni bukan sponsored post tau).

Harga pun makin murah YUNTENG tripod ni. Hari tu mrs pip beli harga RM36.00 (tidak termasuk caj pengeposan).

Untuk selfie stick pula, mrs pip guna HUAWEI selfie stick with bluetooth button. Harga time beli ni RM59.00 (mahal kan), tapi nowadays pun harga selfie stick ada banyak yang murah di Shopee.

Lepas ni , mrs pip target mau beli selfie stick dji-osmo pula. Sesuai untuk youtuber juga kan. Senang nak handle kamera phone tukar depan belakang.

Kita menabunglah dulu. Sementara tu, biarlah masuk wishlist dekat Shopee. Dah aim seketul. Now tunggu cukup duit hasil blogging. Insya Allah next year. 

Dan insya allah next year kita buat youtube channel juga. Doakan mrs pip ok.

Banyak sangat plan, tapi tengoklah mana yang Allah permudahkan, itulah yang kita buat. Amiin.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Tempat ni agak luas juga, cumanya tidaklah secantik di Tempurung Seaside Lodge tu. Tapi mrs pip lagi suka tempat ni pasal rasa lebih PRIVATE.

Kitorang ambil tempat lepak kat atas tu. Ada tempat berteduh dan bersambung dengan tempat yang non-shade area.

Kami kan ramai, berbelas-belas orang, jadi dapat tempat yang luas mcm ni memanglah rasa selesa dan happy.

Waktu kami sampai, air laut tengah pasang. Jadi anak-anak kesayangan semua tidak dibenarkan mandi laut. Kena tunggu sampai air laut surut.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Sebelah pondok kami tu, ada pondok cantik ni.

Bolehlah main naik-naik anak tangga. Tapi mrs pip ndak naik pun pergi pondok ni. Tengah dukung baby Nami kan, sementara mr.Husband jaga anak yang dua lagi tu.

Nampak cantik pondok ni, ada beberapa pelawat kelihatan naik dan ambil gambar dekat pondok ni.

Ndak apalah, kita ambil gambar dari bawah sajalah pun ok.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Amin dan sepupu.

Ni anak-anak ndak sabar mau mandi, tapi air laut masih pasang dan ombak pula agak kuat. Jadi dorang main dekat-dekat pantai saja sambil tunggu uncles aunties siapkan makanan.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


ni chef jemputan kitorang yang sediakan makanan hari tu.

BIL yang terbang all the way dari kejauhan dan juga my sister-in-law yang dari TELUPID tu pun balik kampung selepas kena hasut ramai-ramai supaya balik bercuti, padahal dia barulah juga few  weeks ago balik kampung.

Ok lah kan , the more the merrier. Rajin dorang panggang ayam. Sedap pula perapan yang dorang buat. Rasanya BIL yang sorang lagi tu yang sediakan perapan kalau tak silap.

I tukang makan saja.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Our little small family.

Ni gambar yang lepas Iman dan Amin mandi laut. Baju pun dah tukar. Lama juga dorang berendam dalam air laut tu. 

Iman kalau boleh ndak mau keluar dari air laut. Hurm, mau jadi dugong ke apa berendam lama-lama sampai kecut kulit dalam air laut.

Muka pun banyak masam.

Amin macam biasa, sentiasa patuh arahan. Dan kena kenyangkan dia supaya mood happy berpanjangan. Kalau dia lapar, muka dia cepat betul mencuka.

Nami pula asyik mau berkepit dengan mommy. Mana bagi chance mommy mandi laut. Dan tak bagi Nami mandi pasal hari tu rasa a bit cold. Takut dia selsema pula.

Ragam anak-anak kan.



mr.Husband dan yours truly bersama Nami.

since anak-anak sibuk main dengan sepupu dorang, jadi gambar kami berlima memang sekeping tu sajalah tadi.

It is ok. Yang ni di mana ada I, di situ ada mr.Husband. Kami kan BFF. haha. Saling ganti berganti dukung baby Nami.



Untuk Blue Eyes Beach Resort ni, ada beberapa pondok untuk letak barang. 

Lepas tu ada buaian dan gelongsor untuk anak-anak main. Ada canopy walk juga tau. Boleh tahan tinggi canopy walk tu.

Eh, I is takut tempat tinggi, jadi jangan harap mrs pip mau naik tu canopy walk.



ni anak-anak buah yang mau naik tu canopy walk.

Setakat dekat tangga saja lah jadi model untuk bergambar. Tapi yang niece di atas tu, rasanya dia naik canopy walk tu. Bdak-budak kan, semua pun adventurous.

Canopy walk


Yang Iman dan Amin pun sama lah juga.

Setakat naik dekat tangga saja. Si Amin tu ok lagi boleh naik sampai tangga di atas, tapi si Iman ni dua kali lima macam mommy, takut tempat tinggi.

Iman ni kami perasan dia tidak suka tempat tinggi since dia baby. Dan bila dia membesar, kami perhatikan memang dia cuak ni kalau panjat tempat tinggi yang terbuka macam ni.

So it is good dia pandai ada rasa takut, kalau tidak dia ni memang terlebih adventurous betul.

Hammock black


mrs pip nampak Amin tengah main hammock. Nampak hammock macam ni terus rasa mau beli seketul hammock.

mr.Husband pun sudah bagi green light kalau mrs pip betul-betul mau beli hammock, tapi masalahnya di mana mau pasang tu hammock.

Kalau kawasan luar rumah, so far tiada tempat yang sesuai unless dekat parking lot kitorang.

Jadi, next time kita beli hammock bila sudah ada tempat available dekat kawasan rumah.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Tapi kan, mrs pip perasan juga yang resort ni kurang diselenggara dengan baik pada bahagian pondok yang disediakan.

Tengok gambar pondok di atas tu, atap pun berlubang. sad lah juga. Kita masuk bukan free kan, kena bayar. Jadi hopefully ada penambahbaikan dilakukan dalam masa terdekat.

Soon lepas COVID-19 berjaya dihilangkan, mesti rama yang akan datang bercuti. Kalau bukan outsider, local people will come. Jadi mesti tempat ni pun akan terima ramai pengunjung tempatan.

Hoping pengurusan Blue Eyes Beach Resort boleh improve fasiliti yang ada ni kan.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


mr.Husband with nephew Ebstarr. Happy bah si Nami main buaian.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


Amin with kazen, Edvarde.

Dorang ni lahir tahun sama. Edvarde 7 bulan lebih tua dari Amin.

Kamceng kalau dorang berjumpa.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


mak mertua I, half Chinese-Kadazan.

Semua cucu-cucu memang sayang dekat mak. Semua pun manja dengan poh-poh dorang ni. Si Nami pun sama. 

Kalau Nami bosan-bosan di rumah bila abang-abang dia pergi sekolah, dia mulalah ajak mrs pip jalan pergi rumah poh-poh.

Startlah mantra dia tu sebut poh-poh ulangbalik non stop sampai mommy pun kesian. Senang betul Nami pujuk mommy supaya bawa dia lepas]k di rumah poh-poh kan.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu

kiri kanan is my adik ipar.

Yang kiri tu menetap di Telupid since husband dia orang sana. Now dah jadi baker dekat Telupid.

Selalu terima tempahan buat kek, kuih dan buns.

Semoga bisnes baking dia berjaya. 

Dan yang kanan tu, adik ipar paling bongsu. 4 orang anak, semua boys. Now tengah preggy anak ke-5, dan hari tu dorang update yang dalam perut tu pun boys juga.

Ok, lepas ni dah boleh buat team futsal. Iman dan Amin jadi pemain simpanan dorang.

Nami jadi anak bulan.

Aci tak? hehe.


BFF


Gembira Dapat Jumpa BFF 

Hari tu time gathering kan, my BFF datang! yeah.

So it made my day tau.

BFF yang sebelah kiri, Linda nama dia. Kami kawan since matriks 1997. Count the years of friendship dah lebih 20 tahun kan.

Dan sebelah kanan tu pula her sister, Rozie. Kita kawan-kawan ni pun memang biasa dengan Rozie. 

Linda bawa anak-anak dia, 2 boys. Tapi time ambil gambar ni, all kids tengah busy mandi laut, so mak-mak sajalah yang sibuk bergambar.

Kebetulan Linda balik Kuala Penyu since kampung mommy dia di Janang Kuala Penyu. Kan cuti raya haji.

Jadi tahu Linda balik Kuala Penyu, terus ajak dia datang lepak dengan mrs pip.

Kami pun lama ndak lepas jumpa minum-minum. Paling last jumpa si Linda ni tahun 2016 lepak minum dengan kengkawan lain dekat Upperstar Damai.

Now dapat jumpa after so many years, memang rasa happy. Non stop cerita, banyak sangat. 

Masing-masing busy dengan life kan, bukan boleh lepak melepak selalu. 

Bila COVID-19 ni berlalu, hope to invite few friends datang rumah makan-makan time Raya / Xmas kelak.

Tahun ni most probably tidak celebrate Xmas. 

Raya pun hari tu mana ada celebrate sangat. Memang stay at home saja.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu


ni dekat entrance Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu. Sayang sangat ndak ambil gambar dekat belakang sikit yang ada payung -payung tu, instagrammable bah.

Tandas dan tempat mandi (shower room) bersih. 

Tempat ni kalau kamu datang, MAKE SURE kamu bawa makanan minuman sendiri ya. Tiada cafe di dalam kawasan ni, dan pekan pula agak jauh untuk kamu keluar beli barang, dalam 15 minutes drive la gitu.

Gonna end here.

Family Gathering di Blue Eyes Beach Resort Kuala Penyu

Tak banyak share gambar family member yang lain. Since dorang semua jenis low profile bukan expose di sosial media, jadi I just shared a few sajalah.

Nak share kena minta izin dorang pula kan. hehe.

Ok lah, overall gathering was good and fun. Nextime maybe kena buat games such as cari harta karun or simple sukaneka between family members untuk ADD the MORE FUN.

Kena tunggu ipar-ipar yang tinggal jauh balik kampung baru boleh plan what's next gathering pula.

thanks for reading.

cheers.

5 Comments

  1. wah! dah maju Kuala Penyu skrg. semasa sy mengajar di Papar kira2 20 thn lps x sempat melawat ke sana. Cuma gi Beaufort aje.

    ReplyDelete
  2. bestnya! nampak happy semuanya, mesti rasa segar dapat refresh ;)

    ReplyDelete
  3. bestnya resort ni. suka pondok atas pokok tu, tempat favourite budak2 untuk panjat tu..hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak resort kuala penyu ni. macam macam kemudahan ada kat tepi pantai. Syoklah dok lepak kat hammock. Pondok tu memang comel :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya,, teringin juga nk ke sabah tp belum ada rezki dn kesempatan lg

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.