Dinding Asal Kapal Bahtera Nabi Nuh 6000 Tahun Dijual

Dinding Asal Kapal Bahtera Nabi Nuh 6000 Tahun Dijual. hi there, so aku nampak benda ni di tweet oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Korang rasa, berapa harga jualan untuk dinding kapal Nabi Nuh ni?

Aku tertanya-tanya juga, ada tak yang nak beli produk jualan dinding kapal Nabi Nuh ni? Korang kalau TERBELI, aku speechless gais!

Dinding Asal Kapal Bahtera Nabi Nuh 6000 Tahun Dijual

Aku pun nak tahu juga kat mana kapal Nabi Nuh tu berlabuh sebenar-benarnya sehinggakan si penjual boleh jumpa dinding kapal ni? 

Padahal banyak betul teori tentang pendaratan kapal Nabi Nuh selepas banjir besar yang berlaku. 

Tapi bagi aku, cerita kapal Nabi Nuh tu, bukan penting kat mana dia nak berlabuh. Yang Maha Mengetahui adalah Allah SWT.

Tapi apa yang penting ialah pengajaran yang kita boleh dapat daripada cerita Nabi Nuh. 

Kita tak perlulah nak ambil tahu sangat Nabi Nuh tu buat kapal berapa besar, berapa lama, di mana dia mendarat, tapi yang kita perlu tahu apa pengajaran yang kita dapat di sebalik cerita kapal Nabi Nuh tu.

Dinding Asal Kapal Bahtera Nabi Nuh 6000 Tahun Dijual

Kita ni, mudah tertipu dengan benda-benda jualanyang kononnya dikaitkan dengan sunnah. Mudah sangat kena scamming.

Fikir dulu sebelum nak beli benda-benda macam ni. Jangan bazirkan duit. Orang yang jual dinding kapal ni, ada laporan yang disahkan kebenaran sumbernya tak? 

Betul kah tu memang dinding kapal Nabi Nuh? 

Ada mana-mana jabatan yang berkaitan sahkan kayu tu memang dari dinding kapal nabi Nuh?

Dinding Asal Kapal Bahtera Nabi Nuh 6000 Tahun Dijual



Korang bolehlah baca kat twitter Akhi ni. 

Betullah cakap Akhi tu, gila tak gila gais. 

Lepas ni akan muncul pula produk-produk merapu seperti yang Akhi nyatakan , antaranya ialah

  • Tanah yang digunakan untuk mencipta Nabi Adam
  • Batu yang digunakan Nabi Ibrahim baling syaitan
  • Sisik ular yang berubah dari tongkat Nabi Musa
  • Air Laut Merah yang terbelah saat Nabi Musa dan Bani Israel menyeberanginya
  • Generasi cucu cicit ulat yang berada di badan Nabi Ayub saat baginda sakit
  • Kuku buroq yang membawa Nabi Muhammad SAW malam Isra Mikraj
  • Bulu kibas yang Nabi Ibrahim sembelih
  • Pelepah 3 ekor burung yang Nabi Ibrahim cincang dahulu
  • Gigi unta Nabi Saleh
  • Batu telaga yang menempatkan Nabi Yusuf saat masih kecil

Jangan mudah ditipu oleh scammer ya.

Jangan cepat terpedaya dengan barang-barang merapu.

Harap korang Google dulu kalau rasa ada benda yang pelik-pelik kena jual.

Sekarang ni ramai yang akan share review atau info kan secara online, so agak mudah juga untuk dapatkan maklumat dan pendapat orang lain.

Cari source yang boleh dipercayai. Kat Twitter ramai yang rajin kongsi maklumat bermanfaat.

Kat blog pun sama. So do not hesitate untuk Google kalau korang perlukan maklumat. 

Tu saja mau membebel.

Geram betul dengan kaki scammer ni.

Semoga kita semua tak kena scam.

thanks for reading.

cheers.

2 Comments

  1. then klau dapat beli tu untuk buat saja-saja buat koleksi sejarah takpe, klau dibuatnya tangkal, ramai jer yang dangkal pasal benda ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, orang kita ni macam2 idea dorang ada...

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.