Akibat Ketagih Coke

Cerita aku dan masalah ketagihan coke coca-cola. hi there, entah kenapa aku craving coke. Tapi aku dah janji dekat diri sendiri berusaha takkan sentuh coke ni lagi. Aku dan coke, ada cerita tersendiri.

Dalam banyak-banyak minuman bergas, aku rasa coke coca-cola adalah yang paling aku suka minum ssatu ketika dulu. Aku rasa setiap kali aku layan minum coke, ia berikan aku satu rasa gembira dan kepuasan.

Dan ada satu ketika, coke jadi minuman harian aku. Wajib ada coke, kalau tidak hari yang aku lalui akan rasa moody.

coke coca cola


Ketagih Coke Sejak High School

Seingat aku, aku mula suka minum coke bila masuk high school. Mula-mula minum sesekali, tapi lama-kelamaan aku minum coke setiap hari.

Mak bapa aku ada kedai runcit, kalau nak minum setiap hari memang kena sound. Mana boleh minum setiap hari, lepas tu free pula. Boleh bankrup bisnes kedai runcit mak bapa aku.

Dan kalau aku bayar pun guna duit belanja sekolah aku, mak aku memang marah kalau dia tahu aku minum coke setiap hari.

Addicted coke aku makin teruk bila aku start masuk kolej. Berada jauh dari mak bapa buat aku rasa lagi senang untuk dapat minum coke.

Dan pasal aku seorang yang malas makan, jadi aku kenyangkan perut aku dengan melayan minum coke.

Sehinggalah aku masuk uni. Kawan aku cakap aku dan coke berpisah tiada. Dan room-mate aku pun perasan setiap hari mesti ada tin coke di atas study table aku.

Kerana Tidak Minum Coke , Aku Demam 

Satu hari tu aku demam, jadi aku pesan dekat roommate aku untuk belikan aku coke bila dia balik bilik.
Tapi dia tak belikan aku coke , sebaliknya dia suruh aku ambil panadol dan rehat.

Tapi dia tak tahu yang aku demam bukan kerana aku sakit, tapi kerana aku addicted coke dan waktu tu aku tak sempat mahu top up stok coke aku.

Lepas tu aku paksa seorang BFF untuk keluar belikan aku coke. Bila dia bawa saja coke tu, aku gulp gulp setin, rasa memang happy gila.

Guess what? Demam aku hilang beberapa jam kemudian lepas minum coke. Sampai macam tu sekali aku punya addicted dengan coke.

Coke ni ada banyak jenis sekarang. Ada original coke, ada diet coke, ada vanilla coke. Tapi aku paling suka coke original yang dalam tin, bukan yang dalam botol plastik tu.

Yang dalam botol plastik tu, aku rasa macam gas dia kurang power berbanding yang dalam tin. Tapi kan, over the time, gas pada setin coke dah kurang power! tidak macam yang dulu-dulu punya coke.

akibat ketagih coke

Korang ada tak minuman kegemaran yang korang memang rasa addicted untuk minum setiap hari?


Oh ya, waktu aku belajar di kolej, aku ada masalah gastrik agak teruk juga pasal aku selalu skip makan. Dan berat badan aku susut sehingga 43kg waktu tu.

Dan ditambah lagi dengan pengambilan minuman bergas, gastrik aku makin menjadi-jadi teruk. Hampir setiap bulan aku pergi klinik kerana gastrik. 

Bila aku start masuk kerja, aku still ambil coke. Sampailah satu hari aku sakit gastrik yang agak teruk dan sukar untuk bangun. Mahu tidak mahu terpaksa pergi klinik.

Dan doktor terpaksa bagi suntikan untuk tahan sakit.

Masalah Sakit Tulang Mungkin Disebabkan Pengambilan Diet Yang Tidak Sihat 

Selain tu aku juga ada masalah tulang lutut mula sakit dan kalau aku berjalan, boleh dengar tulang lutut aku tu macam ada bunyi.

Doktor bagitau aku kemungkinan ada masalah kekurangan kalsium.

Bukan itu sahaja, tulang tangan aku juga mula sakit dan ada masanya akan rasa ngilu tiba-tiba.

Aku teringat guru kelas mengajar subjek Kimia pernah beritahu yang coke adalah antara minuman yang agak power untuk merosakkan tulang badan.

Tapi waktu tu aku bukan peduli pun. Well, you know lah kan, zaman teenagers ni kita suka rebel.

Satu lagi, aku paling suka ambil coke dengan kacang goreng. Dan selalunya bila aku minum coke, aku akan letak sedikit garam di dalamnya. Bagi aku, rasa coke lebih sedap dengan sedikit campuran garam.

Tapi, kerana gastrik aku semakin teruk, dan sampai satu masa doktor terpaksa prescribed kan aku dengan ubat gastrik yang agak kuat dan kena ambil setiap hari - maknanya aku bergantung dengan ubat untuk hilangkan gastrik, jadi aku slowly mula kurangkan ambil coke.

Dan sejarah keluarga aku juga - datuk (bapa kepada mak aku) passed away kerana masalah gastrik walaupun sudah melalui pembedahan. Benda ni antara sebab buat aku berfikir untuk jaga kesihatan.

Selain tu , aku seorang yang tidak suka minum air putih, padahal pekerjaan aku yang selalu masuk site dan kena berjemur di bawah mentari, perlukan aku selalu stay hydrated.

One of my bosses tempat bekerja perasan aku jarang minum air (boss yang quite observant), jadi dia advice aku untuk rajin minum air putih demi kesihatan ...

Well, semakin meningkat dewasa, semakin kurang rebel dan selalu dengar advice yang baik-baik. Dan bila gastrik semakin teruk, akhirnya aku pun pilih untuk berpisah dengan coke.

Kali Terakhir Minum Coke ...

Aku rasa, kali terakhir aku minum coke sekitar lapan tahun yang lalu ketika 1st time preggy dan aku ada kencing manis (GDM) .

Dan gastrik aku pun dari setiap hari kena makan ubat, nowadays dah lebih baik. Jarang sangat aku dapat gastrik, hanya once in a blue moon. 

Aku pernah buat OGDS, dan alhamdulillah usus aku  berada dalam keadaan yang sihat.

Kalaulah aku berhenti lebih awal minum coke, mungkin aku tidak akan berdepan dengan masalah gastrik teruk, tulang sakit, dan kulit kusam kerana dehydrated.

Sebenarnya, bukan coke tu yang salah membuatkan aku gastrik teruk. Tapi kerana aku yang pilih untuk jadi coke addicted waktu tu.

Sekarang ni, aku memang agak berhati-hati untuk ambil apa sahaja minuman. Aku takut aku addicted pada mana-mana minuman seperti aku pernah addicted dengan coke.

Aku lebih suka minum air putih 8 gelas sehari sekurang-kurangnya, dan aku juga berpisah dengan semua minuman gas. Cuma sesekali aku layan 100 Plus.


Sewaktu aku sakit teruk ketika bekerja kerana gastrik, aku berada jauh dari mak bapa aku. Dan waktu aku sakit tu, mak bapa akulah orang yang paling aku rindu.

I wish they were there for me when I get sick.

That's one of the reason juga kenapa aku perlu jaga kesihatan kerana mak bapa kita takkan boleh stick dengan kita selalu. 

Hope korang pun jaga kesihatan.

It's priceless.

Thanks for reading.

cheers.

**Republished 

Post a Comment

8 Comments

  1. Jarang2 dh minum coke, dlm setahun boleh kira bbrapa kali..ketagih kopi je skrg ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, kopi pun sejenis minuman yg bikin ketagih..

      Delete
  2. Waaahh, Mrs.Pip cerita pasal coke terus rasa macam eh, bila last aku minum coke ni. Haha Sekali sekala mungkin boleh kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, coke ni minuman berhantu buat mrs pip satu ketika dulu.

      Delete
  3. uish..seram saya baca mrspip punya ketagihan ni. Bahaya betul. dulu mana ada diet coke ke apa. dulu kalau coke tu , yang tinggi gula tu la.

    Tapi sekarang pun ramai yang bantah iklan coke yang claim kata less sugar la apa. Diaorang kata coke tipu. dia punya less tu tak berapa nak less la jugak.tetap merbahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke, tu dulu. dah tak minum dah coke ni gara2 gastrik teruk.
      tapi less sugar pun memang still high sugar kan coke ni.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.