Tahan Sports Hijab Membantu Misi Saya Buang 10kg Lemak Degil!

Tahan Sports Hijab Membantu Misi Saya Buang 10kg Lemak Degil! . hi there, sihat tak? Mrs Pip unhappy sangat dengan berat badan yang bertambah selepas wean off Baby Nami. Bayangkan, dalam masa 3 bulan sahaja, berat badan naik 12kg! Woha. Stress nak turunkan berat badan semula. 

Mrs Pip ada terbacalah, ada juga mommies yang memang ada masalah naik berat badan selepas cerai susu, dan antara sebabnya ialah kerana metabolisme kembali rendah menyebabkan pembakaran kalori badan menjadi perlahan.

Jadi, sebaiknya ketika dalam fasa cerai susu badan, para ibu dinasihatkan untuk menjaga pemakanan, dan jika perlu elok mengurangkan sedikit jumlah pengambilan makanan sehingga tubuh boleh menyesuaikan diri dengan perubahan.

Fuh, ni bukan kali pertama. Ketika cerai susu dengan Amin dulu pun, masalah yang sama juga, naik berat badan mendadak sampaikan mr.Husband yang risau berat mrs pip naik extra sehingga 10kg waktu tu.

Tahan Sports Hijab Membantu Misi Saya Buang 10kg Lemak Degil!

Tapi berat naik meroket ni akan berhenti berdasarkan pengalaman mrs pip lah. Now berat badan mrs pip dalam fasa 'plateau', berat tengah stop naik dan berada dalam fasa 'kekal tenang'. 

Jadi, last week mrs pip start diet 'low carbs intake' , dan dalam 4 hari, berat susut 2kg. Alhamdulillah.

Tapi, tak boleh bergantung dengan diet kurang karbo ni juga, nak berat turun lagi cepat, kenalah ditambahkan dengan senaman. Yes, sekarang dalam mood bersenam untuk percepatkan pembakaran lemak badan.

Biasanya buat indoor exercise seperti simple workout / pilates saja. Cumanya , ada masa tu rindulah nak pergi jogging atau buat outdoor activities. So sesekali kita keluar bersenam jogging di luar, sambil menghirup udara segar kan. 

Dan bila nak jogging tu, elok juga kalau guna pakaian yang selesa, mudah serap peluh, cepat kering. Lagi-lagi penggunaan hijab yang selesa, tak da lah alasan nak menggaru kepala kerana terasa gatal akibat dek kepala berpeluh kan.

tahan sports hijab selesa untuk senaman

Macam mrs pip ni, kalau nak jogging kita prefer guna tudung dari Tahan Sports Hijab, memang selesa untuk aktiviti senaman. Kalau berpeluh, tak da lah menggaru-garu kepala kegatalan.

Tahan sports hijab is a good and recommended running hijab. Kalau korang yang mencari tudung / hijab yang sesuai untuk bersukan, termasuklah mencari swimming hijab, mrs pip suggest korang untuk cuba Tahan sports hijab.

Ciri-ciri Tahan Sports Hijab ialah 

  • Breathable 
  • Sejuk 
  • Ringan 
  • Cepat kering 
  • Mudah dipakai 
  • Tidak berbau 
  • Sangat selesa 
  • Bebas kedut 
  • Sesuai untuk aktiviti luar 
  • Stretchable
  • Bahan: 90% Polyster + 10% Spandex

mrs pip pakai Tahan Sports Hijab ni, memang suka sangat. Senang terbentuk, tak perlu nak adjust awning tu banyak kali. Material kain pun lembut, dan tak perlu risau kedut-kedut kain, wrinkle free bah ni kain. memang fall in love sangat dengan hijab jenis dri fit sebegini.

saiz tahan sports hijab untuk muslimah

Selain Tahan Sports Hijab ni jenis dri fit hijab yang mudah kering, ringan dan lembut serta sangat mudah disarungkan ke kepala, ianya juga menutup bahagian depan dada, jadi bagi mrs pip , I'll say this hijab suits for Muslimah to wear.

Yang mrs pip pakai tu warna all black, tapi korang boleh tengok kat website Tahan Sports Hijab ni untuk pilihan warna yang lain.

Oh ya, Tahan Sports Hijab ni dikeluarkan oleh PTT Outdoor, yang fokus kepada produk sports untuk kegunaan baik lelaki mahupun wanita. 

Berbalik kepada masalah berat badan naik mendadak selepas cerai susu Baby Nami, semoga mrs pip berjaya hilangkan extra 10kg untuk capai berat badan ideal 57kg ya dengan melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari, dan sekarang ni dah tak perlu risau tudung senget ke apa time jogging kerana Tahan Sports Hijab kan ada, just nice terletak kat kepala. Tiada masalah tudung senget benget ke apa time berlari.

Kalau korang berminat nak beli sehelai dua Tahan Sports Hijab ni, bolehlah layari laman web di bawah yang tertera dan jangan lupa guna Discount Code untuk dapatkan 10% diskaun pembelian.

Website: 

Discount Code: 
PIP10

ok, jom buang lemak! My mission is to eliminate this extra 10kg body weight. Wish me luck tau.

cheers. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Mudah ada hijab sebegini. Dapatlah buat aktiviti fizikal dengan selesa tanpa rasa terbatas pergerakan kita.

    All the best for you Misi Buang Lemak Degil, Mrs Pip!

    ReplyDelete
  2. Good luck mrs pip. kita pun nak kurangkan lelemaks degil ini hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.