Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)

Review Korean Movie Penny Pinchers. hi there, ada sesiapa yang peminat Song Joong Ki? Boleh layan movie Penny Pinchers, gandingan bersama Han Ye Seul. Aku layan movie ni di VIU apps. 

Kebetulan nampak movie ni baru di upload di VIU, ingatkan movie terbari Song Joong Ki, lepas aku dah habis siap tengok movie ni, then baru aku Google pasal movie ni, oooo ni movie release Nov 2011. 

Kira movie lama la kan. No wonder aku pelik phone yang dorang guna dalam movie penny pinchers ni very the old model! kah.

Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)

Sebelum aku review movie ni, jomlah kita tengok senarai pelakon. Movie ni tak ramai pelakon pun, tu pun watak lain keluar sekejap sekejap saja. Memang fokus untuk watak utama Song Joong Ki dan Han Ye Seul saja.


Senarai Pelakon Korean Movie Penny Pinchers

Han Ye-seul as Gu Hong-sil
Song Joong-ki as Chun Ji-woong
Shin So-yul as Ha Kyung-joo
Lee Sang-yeob as Yang Gwan-woo
Lee Jae-won as Tae-woo
Lee Yong-joo as Chang-geun
Kim Dong-hyun as Hong-sil's father
Moon Se-yoon as Sysop
Ra Mi-ran as Ji-woong's landlady

Jalan Cerita Korean Movie Penny Pinchers


Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)


Ji Woong (watak yang dibawa oleh Song Joong Ki) ialah college graduate yang tengah struggle nak cari kerja. Dia menyewa di rooftop sebuah apartment murah dan masih bergantung dengan mak dia untuk bayar sewa tempat dia tinggal, dan dia dah 5 bulan tertunggak bayaran sewa rumah.

Tapi kan Ji Woong ni dia happy go lucky, macam dia tak kisah pun dengan masalah dia tiada duit tau. Siap boleh pergi happy hours dengan kengkawan scooter dia. 

Hong Sil (lakonan Han Ye Seul) tinggal di rooftop bersebelahan dengan blok Ji Woong. Dia ni jenis suka simpan duit, kedekut tak nak belanja duit. Sanggup jalan kaki 10KM semata-mata berjimat untuk bayar tambang bas.

Hong Sil akan buat apa saja kerja yang boleh bagi dia duit. Even kutip botol kosong yang nilainya 5 sen satu pun dia buat. Tapi jangan tak tahu, Hong Sil ni dah berjaya savings hampir 200K dalam masa 5 tahun!

Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)

Satu hari tu, Hong Sil dapat tahu yang kawasan kejiranan dorang ni akan buat redevelopment dan semua penyewa akan dapat 6000 USD dollar untuk proses pemindahan. 

Jadi Hong Sil dapat cara untuk dapatkan extra duit simpanan. Dia tahu yang lelaki tinggal sebelah rooftop dia tu ada masalah bayaran sewa, so Hong Sil pergi kawtim sama landlady tu untuk keluarkan nama Ji Woong dari senarai penerima duit pampasan. 

Dan dengan syarat Hong Sil akan bayar duit tunggakan sewa si Ji Woong, dan kemudian masukkan nama bapa si Hong Sil untuk dia dapatkan duit 6000 dollar tu.

Bijak betul si Hong Sil ni untuk dapatkan extra duit kan. Lepas tolak duit bayaran sewa si Ji Woong tu, dia still ada extra baki tau. Tapi sayang, cara dia tu sah-sah dah salah!

Si Ji Woong ni pula tidak tahu menahu tentang wang pampasan tu tau. So bila landlady dah terima bayaran dari Hong Sil, dia halau si Ji Woong ni, dan dia bawa penyewa baru. 

Hong Sil ambil kesempatan ajak Ji Woong tinggal di depan rooftop dia pakai khemah. Dan dia siap umpan Ji Woong bagi 5000 dollar tapi dengan syarat Ji Woong kena ikut apa saja Hong Sil cakap dalam masa dua bulan.

Dan duit 5000 dollar tu, masuk dalam akaun Ji Woong, tapi penama Hong Sil. Dan Hong Sil siap siap cakap jangan keluarkan duit tu sehingga cukup tempoh matang.

Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)


Ji Woong ni dia jenis ikut saja cakap si Hong Sil. Tapi dia tak tahu niat si Hong Sil ni apa sebenarnya. Sebenarnya Hong Sil ni nak capai impian dia untuk ada saving sebanyak 200K dollar, tapi dalam kes dia, untuk simpan duit sebanyak tu, dia kena pakai 'borrower name'.

Jadi, dia perlukan details si Ji Woong ni untuk dia daftarkan akaun untuk Ji Woong dekat syarikat dia invest duit dia. 

Dan dalam masa yang sama, Hong Sil ajar Ji Woong semua cara untuk dapatkan duit, dan dalam beberapa hari saja Ji Woong click dengan Hong Sil ni, dia dapat duit few hundred dollars. Dan setiap kali dia dapat duit, mesti si Hong Sil ni suruh Ji Woong pi simpan duit dalam bank.

Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)

Gambar di atas: persahabatan Ji Woong dan Hong Sil, dorang saling berkongsi cerita 

Dah hari-hari bersama cari duit, dorang pun develop a kind of friendship relationship. Sedikit sebanyak Ji Woong tahu pasal past life si Hong Sil.

Bapa Hong Sil ni kaki judi, mak dia dah passed away dan dia tabur abu mak dia kat sebatang pokok. Dan setiap kali dia ada masalah, dia akan lawat pokok tu dan meluahkan perasaan dia.

Dipendekkan cerita, satu hari tu kawasan pokok tu akan dibangunkan untuk resort dan pokok kesayangan Hong Sil tu akan dipindahkan.

Dan sebelum tu pula, syarikat tempat Hong Sil save duit dia tu didapati scam orang, dan lesap semua duit si Hong Sil tu. Duit yang dia masukkan guna nama Ji Woong tu dia dah keluarkan sebelum tu  dan tinggal sedikit duit yang dia tinggalkan untuk Ji Woong sebagai tanda terima kasih pinjamkan nama untuk buka akaun (tanpa pengetahuan Ji Woong)

Dan Ji Woong pun dah tahu pasal duit pampasan yang Hong Sil ambil bagi pihak dia. Mengamuk si Ji Woong ni. Tapi bila dia tahu yang duit Hong Sil semua lesap oleh syarikat investment tu, timbul pula rasa kesian dekat Hong Sil.

Dan lagi kesian bila dia tahu yang pokok kesayangan Hong Sil tu akan dipindahkan. Tapi macam mana nak tolong Hong Sil untuk dapatkan pokok tu balik?

Dan Hong Sil pun dah pindah ke bangunan lain memandangkan tempat dia tinggal tu akan dibangunakan. Depan tempat dia tinggal tu dia buat tanda nak tanam pokok mak dia tu, tapi duit dia semua dah hilang. Memang down gila Hong Sil time ni sampai nak bunuh diri terjun sungai.

Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)


Dalam Movie ni kan, walaupun si Song Joong Ki tu budak jobless, tapi aku perasan lah, pakaian dia semua kemas, tak da yang selebet selebet. 

Gambar atas: Ni cara Hong Sil nak jimat duit, dia ajak Ji Woong jalan kaki balik rumah. 

Korang rasa dapat tak Ji Woong Tolong Hong Sil beli pokok kesayangan dia tu?

Ji Woong kejar kontraktor yang alihkan pokok tu. Dia siap deal dengan kontraktor tu untuk bawa duit beli pokok tu sebelum kontraktor tu tanam pokok tu tempat lain.

Kontraktor tu bagitau kena bayar sebelum jam 9malam, kalau tak dorang terpaksa tanam pokok tu kat tempat yang disediakan.

Ji Woong keluarkan semua duit yang Hong Sil save untuk dia sebelum ni, kemudian dia jual semua barang yang dia ada untuk cukupkan duit dia termasuk jual scooter kesayangan dia tu.

Berjaya juga dia beli pokok tu walaupun last minute. Dan Ji Woong Siap tanam pokok tu kat tempat yang Hong Sil dah tanda siap siap depan rooftop baru dia.

Review Korean Movie Penny Pinchers (Lakonan Song Joong Ki dan Han Ye Seul)

Bila esoknya Ji Woong datang jumpa Hong Sil, dan bagitau dia dah belanjakan semua duit yang Hong Sil bagi dia untuk simpan selama ni, Hong Sil mulanya rasa macam nak marah tapi bila dia nampak pokok mak dia tertanam di depan rooftop tu, happylah Hong Sil.

Gambar atas: Pokok kesayangan si Hong Sil yang berjaya dibeli oleh Ji Woong dari pemaju pembinaan.

Dan Ji Woong siap cakap dekat Hong Sil, dia akan tolong Hong Sil kumpul semula duit yang dah lesap tu. Kalau Hong Sil boleh kumpul duit tu dalam masa 5 tahun seorang diri, dia yakin kalau dia tolong Hong Sil, dorang berdua boleh kumpul duit sebanyak tu dalam masa 3 tahun, atau 2 tahun katanya.


Gambar di atas: Ji Woong lakonan Song Joong Ki (bawa scooter pun nampak gojes) 


So the end.

And yes, dorang bercinta akhirnya. Happy ending.


Yang Menarik Tentang Korean Movie Money Pinchers

Dalam movie ni, hubungan antara Hong Sil dan Ji Woong memang tiada adegan percintaan antara dorang berdua sehingga ke ending movie ni baru dorang bercinta.


  • 1. Belajar berjmat - cermat

Jadi, fokus movie ni memang cerita Hong Sil kaki gila cari duit, dan Ji Woong yang banyak belajar dari Hong Sil macam mana nak buat duit.

So dalam masa yang sama, aku pun terbelajar sama hal-hal jimat cermat. Cumanya , kenalah tahu jimat cermat dan kedekut tu berbeza. Aku tak rasa si Hong Sil ni kedekut, tapi memang dia jenis beli hanya untuk keperluan.

Selagi boleh jimat, dia akan jimat kaw kaw duit dia.


  • 2. Nak simpan / melabur duit, pilihlah tempat invest yang sah

Selain tu, kalau nak buat savings atau investment, pilihlah syarikat yang betul dan memang syarikat pelaburan yang sah.

Jangan terlalu taksub nak savings dan dapat pulangan simpanan yang tinggi.

Janganlah menipu dan mempergunakan orang untuk dapat apa yang kita nak. 

Dalam movie penny pinchers ni, nasib baiklah si Ji Woong ni berhati perut. Sanggup tolong Hong Sil walaupun Hong Sil dah mempergunakan dia.


  • 3. Kena faham erti setia kawan. 

Macam dalam movie ni, walaupun Hong Sil dah buat salah, Ji Woong yang pada mulanya memang marah , tetapi dia sedar Hong Sil yang banyak bantu dia selama dia susah. Hong Sil yang ajar dia macam mana nak cari duit dan jimat duit.

Life is suck tanpa duit, tapi lagi suck kalau kita tiada kawan susah senang kan. 

Macam si Ji Woong ni, dia ada beberapa kawan lain, tapi bila dia susah tiada siapa yang nak tolong dia kecuali si Hong Sil ni.


  • 4. Jangan mudah percaya dengan orang yang tiba-tiba baik dengan kita

Kah. Aku memng jenis cepat sangat suspicious kalau orang tu tetiba baik dengan aku.

Mesti aku cuba cari sebab kenapa dia baik dengan aku ni.

Eh, korang ada perasaan macam aku kah?

Mungkin pasal aku pernah lalui keadaan yang orang tetiba baik dengan aku, then end up aku dapat tahu manusia tu lah penyebar fitnah ... woha! sakit hati tau.


  • 5. Nak cari duit? Buatlah apa kerja sekalipun, asalkan ianya halal lagi baik.

Aku percaya kalau kita cari rezeki, kenalah cari rezeki yang halal lagi baik. 

Kaya kepok-kepok tapi duit haram, tak takut balasan di hari akhirat?

Lagipun hati kita akan lebih tenang dan senang kalau rezeki kita datang dari sumber yang halal kan.

Macam kes si Hong Sil ni lah, tak patut dia guna nama bapa dia untuk dapatkan duit pampasan perpindahan tu kan. 

Tengok apa jadi? end up si Ji Woong juga yang tolong dia bila dia susah. 


Happy watching.

Worth to watch walaupun korean movie Penny Pinchers ni merupakan filem tahun 2011.

cheers.

Post a Comment

12 Comments

  1. Replies
    1. kan , jarang betul selekeh selebet dorang ni.

      Delete
  2. menarik jugak cite ni...kot terrajin nanti umi boleh tonton hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah umi, untuk happy2 ... cerita santai2 ...

      Delete
  3. Aisemen....baru ja BW rmh Zumal tadi, dia pun review drama ni jg. Mesti best betul kan... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita santai2 , bolehlah layan.
      lagipun part2 cinta tak byk, so oklah.
      kalau byk scene cinta2 ni, alahai malas lah nak layan sangat.

      Delete
  4. OK. Nak add dalam wishlist. :)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok filem ni. Selalunya kalau filem cinta2 jarang tengok. Drama cinta2 ok pulak, boleh layan. Filem je tak berapa masuk.

    Baca review rasa nak tengok pulak. Nanti dah habis tonton, saya pulak review . heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau movie korea ni, tak suka yg cinta2...
      kalau cinta2 , layan drama dorang best.

      Delete
  6. ehee tak ingatla da penah tengok ke x citer ni.. nampak storyline menarik tapi kurang minat Joongki jadi kalo masuk list pun lewat2 sikitlah hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, saya ni kalau joong ki biasa2 saja. tapi tengok jalan cerita macam ok boleh layan, tu yang layan tengok cerita ni. nak juga tahu macam mana nak jadi money pincher ni, ekekeke. tapi macam tak mampu nak tiru pula untuk jadi seorang very the money pincher. adeh.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.