Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama. hi there, drama ni dah quite sometime, baru ada peluang dapat tengok semua full episode.

Ada 6 pelakon utama untuk drama ni. Well aku rasa ada yang korang memang familiar muka-muka pelakon dalam kdrama cinderella and the four knights ni kan.

Macam aku, cuma Ahn Jae Hyun dan Lee Jung Shin tu sajalah yang aku familiar. Yang lagi empat orang pelakon tu, macam first time pula aku tengok dorang. Tapi lead actress Park So Dam tu cute! suka tengok muka dia.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama

Sebelum aku review jalan cerita drama ni, aku listkan senarai penuh pelakon untuk drama ni. 

Senarai Pelakon Cinderella And The Four Knights Korean Drama

Cast

Main Cast

Jung Il Woo as Kang Ji Woon
– Park Min Soo as Kang Ji Woon (young)

Ahn Jae Hyun as Kang Hyun Min
– Jeon Jin Seo as Kang Hyun Min (young)

Park So Dam as Eun Ha Won
– Lee Na Yoon as Eun Ha Won (young)

Lee Jung Shin as Kang Seo Woo
– Hong Dong Young as Seo Woo (young)

Choi Min as Lee Yoon Sung
– Jo Yong Jin as Lee Yoon Sung (young)

Son Na Eun as Park Hye Ji
– Park Ji So as Park Hye Ji (young)

Heavenly house

Kim Yong Gun as Chairman Kang
Kim Hye Ri as Ji Hwa Ja

People around Ha Won

Seo Hyun Chul as Eun Gi Sang
Choi Eun Kyung as Park Soo Kyung
Go Bo Kyul as Choi Yoo Na
Jo Hye Jung as Hong Ja Young

Others

Jo Mi Ryung
Kang Ui Sik
Jin Joo Hyung
Kim Hyun Bin
Jung Young Joo
Choi Kyu Hwan
Jung Min Sung
Kim Ji Sung as Ji Woon’s mother

Cameo

Shin Dong Mi as Ha Won’s mother
Lee Ah Hyun as Seo Woo’s mother
Kim Kang Hyun as Seo Woo’s manager
Sun Woong as Hyun Min’s friend
Park Young Soo as Butler Kim (ep 1)
Park Hyo Joon as guy who complained at car repair shop (ep 1)
Choi Dae Sung as fabric seller (ep 1)
Park Eun Ji as TV reporter (ep 1)
Jo Kyung Hoon (조경훈) as car repair shop’s owner (ep 1, 2)
Moon Se Yoon as convenience store’s manager (ep 1, 2)
Chun Yi Seul as Kang Hyun Min’s blind date (ep 4)
Jung Soo In as Hye Ji’s senior (ep 14, 15)

Production Credits

Production Company: HB Entertainment
Director: Kwon Hyuk Chan, Lee Min Woo
Screenwriter: Min Ji Eun, Won Young Shil

http://www.koreandrama.org/cinderella-and-four-knights/


Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Ahn Jae Hyun sebagai Kang Hyun Min


Dalam drama ni, Hyun Min ialah seorang yang terpelajar graduan dari luar negara, tapi menghabiskan masanya dengan berpoya-poya.

Dia ni nampak saja macam jahat, aku pun rasa menyampah dengan dia ni pada mulanya, tapi sebenarnya dia ni seorang yang prihatin.

Apa yang menyebabkan dia suka berpoya-poya ialah kerana dia sukar untuk melupakan kekasih pertama dia yang dia dump macam tu saja.

Tapi ada sebab kenapa dia buang first love dia tau. 

Dan Hyun Min merupakan sepupu yang pertama mendiami Sky House, tempat Kang's cousin tu tinggal sebumbung.


Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Jung Il Woo sebagai Kang Ji Woon


Ini pula cucu kedua Chairman Kang bernama Kang Ji Woon.

Keluarga mak Ji Woon ni bekerja dengan Chairman Kang, tapi bila Chairman Kang dapat tahu yang anak dia (bapa JI Woon) bercinta dengan pekerja sendiri, memang Chairman Kang tak bagi restu.

Dia halau keluarga mak Ji Woon keluar dari Sky House tanpa pengetahuan bapa Ji Woon. Memang mengamuklah bapa Ji Woon bila dapat tahu kekasih dia kena halau kan.

Dan mak Ji Woon ni mati dalam tragedi kebakaran apartment. Dan mak Ji Woon memang tak pernah cerita pun tentang siapa keluarga bapa Ji Woon yang sebenarnya.

Cuma, entah macam manalah si Chairman Kang tu boleh cari Ji Woon ni dan paksa Ji Woon tinggal di Sky House.

Ji Woon ni kerja di bengkel kereta jadi mekanik dan dia tak berapa suka dengan datuk dia si Chairman Kang.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)


Lee Jung Shin sebagai Kang Seo Woo


Antara sebab aku nak tengok drama ni pasal Jung Shin ni lah. Dia kan CNBlue punya team member. Dan aku ni memang suka CNBlue. Jadi kiranya aku ni rooting for CNBlue la konon.

Dalam Cinderella And The Four Knights Korean Drama ni, Kang Seo Woo ni penyanyi terkenal. Dia ni dalam Kang's cousin tak banyak songeh.

Bagi dia, macam tak layak pun dia nak duduk dekat Sky House tu pasal mak dia ni perempuan simpanan anak Chairman Kang. 

Jadi dia rasa macam kedudukan dia tak relevan pun untuk jadi cucu Chairman Kang.

Tapi bagi Chairman Kang, asalkan zuriat tu lahir daripada anak-anak dia, maka Chairman Kang akan jaga cucu-cucu dia sebaik-baiknya.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Choi Min sebagai Lee Yoon Sung


Kalau korang biasa layan korean drama, selalunya dalam cerita yang melibatkan ahli konglomerat, atau keluarga chaebol ni, mesti chairman atau president dia ada seorang secretary yang sangat setia dan akan sentiasa bersama big boss dorang kan.

Dalam cerita ni, Yoon Sung bekerja sebagai chief secretary untuk Chairman Kang.

Dia jugalah hyung untuk the Kang's cousin.

Dan Kang's cousin ni takut dengan si Yoon Sung ni pasal dia kan orang kanan datuk dorang.

Dalam drama ni, si Yoon Sung ni aku rasa macam elok dia jadi model daripada jadi chief secretary. Muda sangatlah jadi chief seretary untuk seseorang setua Chairman Kang.

Yoon Sung ni sentiasa kelihatan kemas dan segak. Aku perasan semua yang jadi chief secretary ni memang level-level segak bergaya dan ala-ala model gitu. Kah!
 
Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Park So Dam sebagai Eun Ha Won


Jadi, ini dia watak si cinderella yang dipegang oleh Park So Dam sebagai Eun Ha Won.

Dalam cerita drama ni, Ha Won tinggal bersama mak dan kakak tiri dia.

Bapa dia pula bekerja dan jarang balik rumah.

Pendek cerita mak dan kakak tiri dia memang jahat dan pentingkan diri. 

Menyampah aku. Korang layan cerita ni nanti korang bolehlah menyampah sama dengan aku dekat mak dan kakak tiri si Ha Won.

Ha Won ni high school student yang buat banyak part time work untuk kumpul duit mau masuk kolej. 

Tapi pada waktu dia cukup duit untuk masuk kolej, dia terpaksa guna duit tu untuk bayar duit sewa persemadian abu mak dia. 

Sedih sikit bila tengok life Ha Won kena sailang oleh mak dan kakak tiri dia.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Son Na Eun as Park Hye Ji


Watak Hye Ji ni aku macam menyampah pada awalnya.

Dia ni kekasih pertama si Hyun Min the playboy tu. Hyun Min reject dia lepas Hyun Min balik dari belajar luar negara, tapi si Hye Ji ni tak pernah putus asa untuk tawan hati Hyun Min kembali.

Dalam masa yang sama, Hye Ji bersahabat baik gila-gila sama si Ji Woon. 

Memang Ji Woon caring gila sama si Hye Ji. Baiklah dorang berdua yang bercinta kan.

Korang kena layan drama ni kalau nak tahu kenapa Ji Woon baik gila dekat si Hye Ji.

Tapi dorang bukan bercinta pun.

Jalan Cerita Cinderella And The Four Knights Korean Drama


3 orang sepupu (Hyun Min, Ji Woon dan Seo Woo) dipaksa untuk tinggal sebumbung atas arahan datuk mereka yang merupakan seorang konglomerat yang berkuasa.

Namun, walaupun mereka serumah, mereka tidak pernah sehaluan dan menjalani kehidupan mereka mengikut cara mereka sendiri. 

Bayangkan, nama saja tinggal serumah, tapi makan semeja tak pernah! Selain tu, dua daripada mereka punya perangai yang sedikit biadap.

Datuk mereka , Chairman Kang mempunyai seorang setiausaha (chief secretary) yang akan melaporkan segala kegiatan dan aktiviti The Kang's Cousin ni

Dan bagi The Kang's Cousin, chief secretary yang bernama Lee Yoon Sung ni mereka lebih mesra panggil Hyung dan anggap Yoon Sung ni seperti abang mereka sendiri.

Chairman Kang ni pula , bakal berkahwin buat kali kelima, dan perkahwinan kali ini ditentang oleh cucu sulung dia iaitu Kang Hyun Min , watak yang dipegang oleh Ahn Jae Hyung.

Hyun Min nampak Ha Won waktu hantar makanan dan budak yang pesan makanan tu nak kenakan Ha Won, tapi silap besarlah pasal Ha Won ni handal dalam martial arts. 

Dan Hyun Min bagitau dia, perempuan pertama yang masuk ke kelab malam tu akan jadi partner dia untuk majlis perkahwinan datuk dia.

So bila dia nampak Ha Won, nak tak nak dia kena tunaikan kata-kata dia untuk jadikan Ha Won partner dia untuk majlis kawin Chairman Kang.

Kan Ha Won penghantar makanan, jadi perkara kecil bagi dia untuk cari si Ha Won ni. Bila dia jumpa Ha Won, dia pun buatlah deal untuk pinjam masa Ha Won selama 3 jam dan akan bayar Ha Won sejumlah duit.

Memandangkan Ha Won memang perlukan duit untuk masuk kolej, jadi dia pun setuju untuk jadi partner si Hyun Min.

Dipendekkan cerita, sewaktu majlis perkahwinan Chairman Kang tu, si Hyun Min berniat nak rosakkan perkahwinan datuk dia , tapi si Ha Won ni bukan typical girl yang akan ikut cakap Hyun Min.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)


Bila Ha Won rasa Hyun Min ni salah, dia pi karate si Hyun Min di depan Chairman Kang dan suruh Hyun Min minta maaf pasal rude sangat.

Chairman Kang rasa si Ha Won ni lain dari yang lain. Dia suruh Yoon Sung siasat latar belakang Ha Won dan bila dapat tahu Ha Won perlukan duit untuk sambung belajar, Chairman Kang minta Ha Won bekerja untuk dia.

Kerja dia senang saja, jadi live-in butler di Sky House. Dan Ha Won wajib berjaya laksanakan setiap misi yang Chairman Kang. Kalau dia gagal, bermakna dia kena keluar dari Sky Castle.

Dan kebetulan sangatlah si Ha Won ni kena buang keluar dari rumah dia dan memang dia tiada tempat nak pergi, so dia pun acceptlah tawaran si Chairman Kang.

Tapi, ada satu syarat lagi yang Ha Won kena ikut, iaiatu dia tak dibenarkan bercinta dengan mana-mana cucu Chairman Kang.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

3 orang bersepupu, masing-masing dengan perangai gila-gila. 

Kerana Ha Won, sedikit sebanyak tiga orang bersepupu ni dari yang jenis pentingkan diri bertukar jadi superhero untuk Ha Won.

Jalan cerita dia best. Nak satukan kepala tiga budak ni memang bikin pening.

Tapi antara tiga orang ni, yang si Seo Woo tu jenis mudah diurus, cuma yang dua orang tu memang tidak sebulu betul. 

Tapi bagi aku, lakonan dorang bertiga ni memang a great combo. Tambah lagi hyung kesayangan dorang, memang serasi dorang berempat tu.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Hyun Min dan Hae Ji.

Dorang ni bercinta dari kecik. Keluarga Hye Ji memang kenal dengan Chairman Kang. Tapi ada satu insiden yang buat Hyun Min melarikan diri dari Hye Ji.

Dia rasa bersalah dan sukar maafkan diri dia dengan apa yang berlaku dalam insiden tu. Jadi, selepas dia pulang dari belajar luar negara, dia try hard untuk reject Hye Ji.

Tapikan, semua orang sekeliling si Hyun Min ni tahu yang dia cintakan Hye Ji.

Nak tahu apa yang terjadi, kenalah tengok Cinderella And The Four Knights Korean Drama.

Aku pun ternanti-nanti kenapalah si Hyun Min ni nak escape dari si Hye Ji dan siap buat alasan yang Hae Won tu tunang dia.

Tapi Hae Won pun tahu dan boleh rasa yang si Hyun Min cuma sukakan Hye Ji dan takkan mampu suka perempuan lain. 

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Ha Won dan Ji Woon.

Ha Won dan Ji Woon ni develop perasaan cinta , dan masing-masing tidak bertepuk sebelah tangan.

Tapi Ha Won kan terikat dengan kontrak tak boleh nak bercinta dengan mana-mana Kang's cousin, so dorang bercinta secara rahsia.

Tapi jeng jeng jeng, Chairman Kang nampak dorang bersama!

Jadi terpaksalah si Ha Won keluar dari Sky House.

Tapi kan, ada insiden yang buat Chairman Kang terima Ha Won semula.

Yang tu korang kenalah tengok.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Seo Woo.

Dia ni pegang watak sebagai penyanyi terkenal.

Jadual dia padat, so macam memang busy kerja dan kerja.

Tapi dalam diam, dia suka Ha Won.

Seo Woo ni antara the Kang's cousin yang paling baik hati dan senang nak click jadi kamceng Ha Won.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Chairman Kang dan hyung Yung Sung.

Yung Sung ni setia betul dengan chairman Kang.

Dan wanita yang Chairman Kang kawin tu, ada kaitan dengan Yung Sung. Dan wanita tu ada rancangan tersendiri kenapa dia berkahwin dengan Chairman Kang ni.

Hish. Menyampah sikit dekat perempuan tu. Dah lah Chairman Kang ni jenis sweet dan tak kedekut, tapi boleh pula dia ada niat jahat dekat Chairman Kang.

Dan siap Yung Sung pun terlibat sama.

Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Dalam Cinderella And The Four Knights Korean Drama ni, Chairman Kang tu rupa-rupanya ada penyakit yang dia sembunyikan dari cucu-cucu dia.

Dan bila cucu-cucu dia dapat tahu , dorang ni walaupun tak begitu suka datuk dorang, tapi dorang tetap ambil berat.

Dan waktu datuk dia tengah tenat, guess what bini dia buat?

Dia try nak lucutkan jawatan chairman tu dan bagi jawatan tu kat chief secretary si Yung Sung.

Hiks! gila kuasa nak ambil alih syarikat time laki tengah tenat. Menci tau.

Dan antara tiga cucu Chairman Kang tu, siapa korang rasa akan selamatkan syarikat tu daripada peralihan kuasa?

Si playboy Hyun Min tu la yang pergi selamatkan syarikat datuk dia. Dan dibantu oleh Seo Woo.

Dan si Ji Woon yang benci gila-gila dekat datuk dia tu jugalah yang selamatkan nyawa datuk dia.

Time ni memang best tengok dorang jadi the real cousins yang stay together dan help each other.


Review Cinderella And The Four Knights Korean Drama (Starring Park So Dam, Jung Il Woo, Ahn Jae Hyun & Lee Jung Shin)

Aku suka jalan cerita percintaan si Ha Won dan Ji Woon pasal kematian mak Ha Won dan Ji Won tu ada kaitan. 

Selain tu, aku suka juga bagaimana si Hye Ji pujuk Hyun Min supaya tidak perlu rasa bersalah dengan masa silam yang dia lalui.

Cerita ni happy ending.

Bapa Ha Won yang selama ni berburuk sangka pada mendiang mak Ha Won, dan mak tiri dan kakak tiri Ha Won yang jahat tu, semua dah jadi baik dan terima Ha Won. 

Suka tengok cerita family yang boleh sentiasa memaafkan satu antara yang lain, dan berusaha untuk tidak ulang kesilapan yang sama.

Isteri si Chairman Kang tu pun dah insaf. Dia tinggalkan Chairman Kang kerana rasa bersalah, tapi Chairman Kang kan baik hati dan sweet. Dia pujuk dan maafkan isteri dia.

Dan Yung Sung yang terlibat dengan kerja kotor isteri Chairman Kang, pun dah kembali bekerja semula.

Pengajaran Dari Cinderella And The Four Knights Korean Drama


Ini pendapat peribadi akulah selepas tengok drama ni.

1. Kaya macam mana pun kita, kalau kita buang ahli keluarga atau abaikan mereka , satu hari bila kita susah, yang akan stay dengan kita ialah darah daging kita sendiri. So , hubungan kekeluargaan tu jagalah sebaik-baiknya. Air yang dicincang takkan putus.

2. Duit bukanlah segala-galanya. Ya betul kita boleh dapatkan apa yang kita nak kalau kita berduit, tapi belum tentu duit tu boleh berikan kita apa yang kita perlukan. Hidup ni kena balance , dan kena sentiasa bersyukur serta jangan lupa diri dan jangan sesekali ambil hak orang.

3. Hidup perlu memaafkan. Dah buat salah, pergilah minta maaf dan janganlah ulang kesalahan yang sama. Hidup saling memaafkan akan buat kita rasa lebih bahagia. Well untuk kesalahan yang besar, memang sukar untuk kita memaafkan. Well , terpulang pada individu masing-masing. Tapi bagi aku, let's forgive and forget walaupun ianya agak sukar untuk dibuat.

4. Pilih jalan yang betul untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau nak kaya banyak duit, kenalah kerja keras dan kumpul duit. Kalau nak masuk kolej, kenalah belajar betul-betul untuk lulus peperiksaan. Jangan terbiasa asyik pilih jalan singkat. No shorcut to success.

5. Jagalah hubungan persahabatan dengan baik. Hidup lebih baik punya rakan yang sedikit tapi sentiasa ada semasa kita susah senang berbanding punya kawan yang ramai tapi semua fake. Dan kawan kau tu miskin atau kaya, susah atau senang, jangan judge dorang. Aku suka tengok cara Seo Woo yang melayan baik BFF si Ha Won.

Aku layan Kdrama Cinderella And The Four Knights ni secara percuma di VIKI apps. So kalau korang nak tengok drama ni, korang pun bolehlah download VIKI dan stream drama-drama menarik yang lain.

Dan soundtrack OST untuk Cinderella And The Four Knights Korean Drama ni pun best.

Thanks for reading.

cheers.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kenal Jung ll Woo je ebab baru lepas tengok episode kat running man.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun 1st time lakonan dorang semua ni.

      Delete
  2. Dah tengok drama ni dulu tapi tak habis sebab tengah2 dia macam bosan je. Hahahah... Sampai part yang diaorang dah duduk serumah tu rasa , slow sangat ceritanya..

    Tengok drama ni la baru kenal park So Dam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. tengok drama ni baru kenal park so dam.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.