Tonton Forest Korean Drama (Starring Park Hae Jin dan Jo Bo Ah) - MrsPip || The Reviewer

Tonton Forest Korean Drama (Starring Park Hae Jin dan Jo Bo Ah)

Tonton Forest Korean Drama (Starring Park Hae Jin dan Jo Bo Ah). hi there, aku baru selesai tonton KDrama Forest, yang telah ditayangkan pada 29 Januari 2020 hingga 19 Mac 2020 sebanyak 32 episod dan setiap episod berdurasi selama 30 minit.

Jalan cerita KDrama Forest menarik untuk ditonton, dan mampu membawa aku sehingga ke final episod. Apa yang paling aku suka dalam drama ini ialah lokasi penggambaran yang mungkin 70%-80% adalah di dalam sekitar hutan yang cantik, sangat buat aku rasa enchanted, dan magical.

Lokasi drama Forest ini dibuat adalah di sekitar Gangwon Province. Hutannya yang menghijau, dan berbukit bukau. So calm. 

Sebelum aku review jalan ceritanya, mari kita berkenalan dengan pelakon-pelakon yang hebat menjayakan Forest Korean Drama ini.


Barisan Pelakon Forest Korean Drama

  • Main Cast
Park Hae Jin as Kang Sun Hyuk
Jo Bo Ah as Jung Young Jae
Jung Yun Joo as Oh Bo Mi
Noh Kwang Shik (노광식) as Choi Chang

  • 119 Rescue Team
Ryu Seung Soo as Bong Dae Yong
Woo Jung Kook as Ki Pil Young
Keum Kwang San (금광산) as Yang Chul Shik
Kim Eun Soo as Kook Soon Tae

  • Miryeong Hospital
Ahn Sang Woo as Park Jin Man
Go Soo Hee as Nurse Kim
Lee Nam Hee as Hospital director

  • Young Jae’s family
Park Ji Il as Young Jae’s father

  • Miryeong village
Lee Do Kyung as Choi Jung Mok

  • Red Line Investment
Lee Shi Hoon as Park Hyung Soo
Kim Soo Hyun (김수현) as Chairman Chang
Jung Soo Kyo as Han Ji Yong

  • Taesung Group
Choi Kwang Il as Kwon Joo Han
Kim Young Pil as Jo Kwang Pil

  • Others
Yoon Bok In
Choi Seung Hoon
Lee Go Eun
Min Joon Hyun
Kwon Ye Eun

  • Production Credits
Production Companies: iHQ, Gazi Contents, Star Force
Director: Oh Jong Rok
Screenwriter: Lee Seon Young
source: http://www.koreandrama.org/forest/

Review Forest Korean Drama (Starring Park Hae Jin dan Jo Bo Ah)


Jalan Cerita Forest Korean Drama (Starring Park Hae Jin dan Jo Bo Ah)

Terus terang aku onton Forest Korean Drama ini hanyalah semata-mata aku rooting for Park Hae Jin. Drama dia yang aku pernah tonton so far tidak pernah mengecewakan aku kerana semua watak yang dia lakonkan ada elemen misteri (you insist you want to know him more).

So far ini ialah drama Park Hae Jin yang aku sudah layan iaitu Seo Young My Daughter, Doctor Stranger, Cheese in The Trap, Forest, dan Kkondae Intern. 

Jalan cerita Kdrama Forest ni agak sukar untuk kita faham pada awal awal episod pasal selain drama ini berkaitan dengan perebutan perniagaan antara dua syarikat, ianya juga ada flashback memori lama yang kita kena cantum into pieces untuk kita tahu the puzzle of the drama.

Forest Korean Drama ni menceritakan tentang Kang San Hyuk (Lakonan Park Hae Jin), seorang lelaki yang sangat fokus dalam pekerjaannya, dan punya matlamat yang satu iaitu setiap business deal yang dia buat perlu berjaya. Dan dia tidak pernah mengecewakan syarikat pelaburan tempat dia bekerja , Red Line Investment (RLI), dan dia adalah orang penting di dalam RLI.

Dalam usaha Kang San Hyuk untuk mendapatkan sebuah projek pembangunan di Miryeong Forest, dalam masa yang sama menjadi perebutan Taesung Company, Kang San Hyuk perlu mencari jalan bagaimana dia boleh memujuk penduduk Miryeong untuk menjual tanah mereka, dan dia perlu memindahkan pusat operasi 911 special rescue di Miryeong.

korean drama forest 2020

Kang San Hyuk perlu masuk ke Miryeong Forest untuk membuat research terhadap forest berkenaan, dan cara untuk dia menyelinap masuk ialah dengan menjadia salah satu anggota penyelamat 911 Miryeong Forest. Dia berjaya melalui semua ujian untuk menjadi ahli 911 dan diserap masuk sebagai salah seorang anggota penyelamat.

Manakala, seorang doktor yang baik hati prihatin terhadap pesakitnya dibuang ke hospital terpencil yang terletak di Miryeong Forest. Doktor tersebut bernama Jung Young Ae (lakonan Jo Bo Ah).

Kang San  Hyuk dan Jung Young Ae bertemu di dalam Miryeong Forest dalam keadaan tidak tersangka. Dan dipendekkan cerita, Jung Young Ae terpaksa berkongsi rumah (connecting house) dengan Kang San Hyuk.

Kang San Hyuk sebelum ini mempunyai masalah phantom pain pada tangan dia. Dan semakin lama dia berada di Miryeong Forest, ingatan zaman kanak-kanak dia yang selama ini hilang, semakin lama semakin datang kembali, dan satu-satu memori silam dia terbongkar di Miryeong Forest.

Manakala Jung Young Ae mempunyai masa lalu yang menyakitkan apabila mak bapa sengaja memandu kereta untuk dia terjun ke dalam laut untuk membunuh diri, namun Jung Young Ae berjaya diselamatkan oleh rescuer 911 dan rescuer tersebut menjadi bapa angkat Young Ae.

park hae jin forest drama

Sebahagian daripada jalan drama ini ialah 'healing drama', di mana watak utama masing-masing mempunyai trauma tersendiri, dan dalam keadaan tidak dijangka, mereka saling memerlukan di antara satu sama lain untuk menjadi kuat secara emosi. 

Percintaan bukanlah sesuatu yang ditekankan di dalam drama ini. Drama ini masih lagi menekankan perebutan dua syarikat untuk mendapatkan Miryeong Forest, dan masing-masing akan menggunakan apa juga cara untuk mencapai matlamat mereka.

Plot twist menarik dalam Forest Korean Drama apabila Chairman Taesung Company terbabit dengan memori duka masa silam Kang San Hyuk yang menyebabkan San Yoo, adik perempuan San Hyuk terbunuh dalam satu insiden kebakaran hutan.

park hae jin forest drama

Selain mempamerkan jalan cerita ahli perniagaan, cerita Forest Korean Drama ini juga menceritakan kerjaya sebagai ahli penyelamat. Para penyelamat ada masanya menggadai nyawa untuk menyelamatkan orang awam baik yang tersesat di dalam hutan belantara, mahupun menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kebakaran hutan. Dan drama ini juga menunjukkan latihan-latihan yang perlu dilalui sebagai seorang penyelamat. 

Sementara mengenai Doktor Jung Young Ae, drama ini juga menunjukkan sisi pekerjaan sebagai seorang doktor, bagaimana seorang doktor juga selain merawat pesakit di dalam klinik, perlu membuat rondaan kesihatan di sekitar kampung, memberikan nasihat perubatan, dan berdepan dengan orang kampung yang tidak mahu mendapatkan rawatan di klinik.

Di sebalik Miryeong Forest yang tenang, tersembunyi satu rahsia kenapa Taesung Company bersungguh sungguh ingin mendapatkan hak untuk membangunkan Miryeong Forest.

Selama 25 tahun Taesung Company berusaha untuk cuba mengeksploitasi Miryeong Forest, dan pada saat Kang San Hyuk berjaya mendapatkan Miryeong Forest, semuanya sia-sia apabila Chairman kepada RLI kemudiannya menjual hak kepada Taesung Company demi kepentingan duit semata-mata.

Dan dalam masa yang sama, Doktor Jung mendapati air daripada Miryeong Forest mempunyai bahan cemar yang tinggi dan dia perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan penduduk Miryeong Forest.

Seperti yang aku bagitau tadi, plot twist drama ni menarik. Korang kalau suka nature, suka jalan cerita 'healing drama', kena tontong drama ni tau.

Dan satu lagi watak yang aku suka dalam drama ni ialah watak Park Hyung Soo (dilakonkan oleh Lee Shi Hoon), iaitu orang kanan kepada Kang San Hyuk. 

Park Hyung Soo seorang yang cekap dalam mengendalikan semua arahan big boss dia si Kang San Hyuk, dan dia sangat setia berkhidmat apapun demi Kang San Hyuk. 


Ending Cerita Forest Korean Drama

Biasanya drama korea yang aku layan, ending dia tergantunglah, blurry ending lah, etc. Tapi untuk Forest Korean Drama ni, ending dia sangat jelas. 

Korang rasa adakah Kang San Hyuk jadi tak develop Miryeong Forest? Tapi for sure, Kang San Hyuk dan Doctor Jung stick together dalam drama ni.

Happy ending. Tapi korang kena tengok drama ni macam mana Kang San Hyuk balas dendam dekat Taesung Company selepas apa yang Taesung dah buat dekat dia. Fuh!

Free watching di Viki apps.

cheers.

2 comments:

  1. mau tengok, tapi tak la tertengok ni bah. Heroin nya tu Adooo kurang gemar laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heroin dia tu cute, cuma yg Masa first2 tu rambut dia style x cantik so nampak mcm tak cute. Nnt kat hujung2 drama tu, heroin dia luruskan rambut, terus nampak syantik. Ekeke.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.