Tonton KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || Cerita Sekumpulan Pelajar Universiti di Akhir Semester - MrsPip || The Reviewer

Tonton KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || Cerita Sekumpulan Pelajar Universiti di Akhir Semester

Tonton KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || Cerita Sekumpulan Pelajar Universiti di Akhir Semester


hi there, Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) merupakan cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester || drama cheese in the trap lakonan mantap park hae jin dan kim go eun merupakan korean drama yang disiarkan pada awal tahun 2016 dan merupakan antara korean drama yang mendapat rating yang tinggi , lakonan hebat park hae jin dan kim go eun bersama seo kang joon dan lee sung kyung dan dibantu oleh park min ji dan nam joo hyuk dan bersama barisan pelakon yang lain.

kalau korang sukakan kim go eun, korang kena nantikan drama terbaru dia bersama lee min ho yang dijangka akan keluar pada bulan April ini, dan dijangka akan menjadi drama hit untuk tahun ini. 

dan yang sukakan seo kang joon, korang bolehlah layan drama when the weather is fine yang sedang bersiaran , bersama gandingan hebat park min young.

dan yang minat dekat si nam joo hyuk ni, bolehlah layan the school nurse file (edisi korea), bersiaran di netfilx (eh tapi I tak da netflix , so not sure kalau drama ni dah ke udara atau belum) ... tapi suka lakonan dia dalam movie the great battle bersama zo in sung :))

eh, panjang pula membebel , jomlah kita baca review cheese in the trap ni. ekceli mrs pip tengok drama ni kan pasal terbaca review yang kim go eun berlakon best dalam drama ni. so tergeraklah hati nak rooting for kim go eun. dan since quite sometimes tak tengok park hae jin, so hahaha bar tahu dia ni lead actor untuk drama ni, so yeah happy la dapat tengok dorang jadi lead actor actress dalam drama ni.

KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||  cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester
KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||
cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester


Review Menarik KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) 


Yoo Jung (Lakonan Park Hae Jin) merupakan pewaris Taerang Group, kiranya dia ni anak orang berada, tapi tak ramai yang tahu status sebenar dia. Yoo Jung ni jenis pendiam sikit, tak banyak sangat nak masuk campur hal orang, dan pelajar straight A.

Hong Seol (Lakonan Kim Go Eun) pula pelajar dari keluarga biasa-biasa. Dia ni hardworking sangat sama ada dalam study mahupun part time job dia. Dia buat part time job untuk support study dia. Dan bila buka sem baru, si Hong Seol ni satu kelas dengan si Yoo Jung, dan dia perasan yang si Yoo Jung ni macam nak rapat rapat dengan dia. Hong Seol ni takut dengan senior dia si Yoo Jung, macam macam dalam otak dia fikir yang Yoo Jung ni ada niat jahat ke apa kat dia. Adeh.

Yoo Jung ni pula, dia suka dekat Hong Seol. Ada sebab kenapa dia boleh sukakan si Hong Seol dalam ramai-ramai student yang dia kenal. Salah satunya sebab si Hong Seol ni jenis bukan ambil kesempatan dekat kekayaan yang dia miliki. Tapi kalau korang layan drama ni, nnt ada satu episod tu ceritakan macam mana si Yoo Jung boleh suka si Hong Seol.

KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||  cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester
KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || 
cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester

Yoo Jung ni selain pendiam, dia jenis kalau tak suka orang, dia akan singkirkan orang tu dengan cara tidak terduga. Dia jenis kalau marah, kau nampak jak dia relax, tapi dia punya idea nak singkirkan orang memang daebak. Padan muka orang yang suka ambil kesempatan kat dia.

Yoo Jung ni waktu dia kecik kecik, dia membesar bersama dua rakan lain yang ayah dia ambil jadikan anak angkat, iaitu In Ha dan In Ho. In Ha dan In Ho ni adik beradik yang kematian ibubapa, so makcik dia yang jahat tu yang jaga dorang, dan satu hari tu kebetulan bila ayah Yoo Jung datang melawat dorang, In Ha dan In Ho keluar lari dari rumah dan bertemu ayah Yoo Jung ni.

Datuk kepada In Ha dan In Ho ni ialah doktor yang merawat bapa Yoo Jung (kalau aku tak silap la). Bapa Yoo Jung ni ada masalah sukar untuk menahan marah, so yang rawat dia ni arwah datuk si In Ha dan In Ho. Nak balas kebaikan datuk budak-budak ni, ayah Yoo Jung bawa lah budak budak ni balik rumah dan tinggal bersama-sama.

KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||  cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester
KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || 
cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester

cerita pelajar kampus. biasalah kan, ada student yang rajin, ada yang suka jadi parasit asyik nak copy paste kerja orang. ada pula yang asyik mengharap satu orang jak buat semua dari A sampai Z kalau kerja berkumpulan. Yang dorang tahu, nanti markah kita share-share! hiks.

kesian dekat Hong Seol yang selalu kena ambil kesempatan. dan selalu sangat si Yoo Jung ni berada dalam keadaan wrong time wrong place sampaikan si Hong Seol selalu blame si Yoo Jung, padahal si Yoo Jung ni bukan jenis yang suka kenakan orang.

KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||  cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester
KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || 
cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester

ni lah childhood friend si Yoo Jung. In Ho ni pemain piano, manakala kakak dia si In Ha tu suka arts, tapi yang dia tahu hidup bermewah-mewah , satu kerja apapun tak reti nak buat.

tapi In Ho lari dari rumah kerana salah faham dengan Yoo Jung. Lama juga aku tunggu untuk tahu kisah sebenar kenapa Yoo Jung tiba-tiba ketepikan si In Ho dalam hidup dia sehingga putuskan persahabatan. Mula-mula aku macam nak blame si Yoo Jung tu, tapi kalau tengok karakter si Yoo Jung ni, dia bukan jenis yang suka benci orang tanpa sebab.

Lepas tu, si In Ha tu jenis yang suka mengikis harta ayah dia. Mula-mula dia macam tak kisah sangat, tapi dia fikir sampai bila si In Ha ni nak berdikari, so end up dia mulakan misi untuk sekat kemewahan si In Ha.

KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||  cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester
KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || 
cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester

Hong Seol ni ada dua kawan baik, si Bora dan Eun Taek. Bora ni aku suka pasal dia jenis kawan yang sangat caring kat Hong Seol. Si Eun Tak pula khadam si Bora, hahahaha. Dia ni sukakan si Bora, tapi si Bora ni takut kalau dorang bercinta nanti,dorang gaduh lepas tu break up. So dia tak nak la break up , jadi end up dia pura-pura lah ndak suka si Eun Tak. Hati bilang mau, mulut bilang tidak. Hiks.

Kalau korang layan movie the Great Battle, si Eun Tak ni la lead actor dia bersama Zo In Sung :)) ... 

KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) ||  cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester
KDrama Cheese In The Trap (Park Hae Jin dan Kim Go Eun) || 
cerita sekumpulan pelajar universiti di akhir semester

Si In Ho ni suka kat si Hong Seol juga, tapi dia just keep for himself jak la since si Hong Seol memang dah bercinta dengan si Yoo Jung.

Ada banyak watak lain dalam drama ni, dan fokus untuk setiap watak tu berkembang mengikut setiap episod. Tak bosan tengok. 

TAPI, ending drama ni aku serius unhappy sangat. Aku rasa dorang patut buat EXTRA EPISODE tau untuk ending sebenar drama ni (eh , memandai pula aku kan!).

Korang kalau nak tengok watak si Park Hae Jin romantik dalam diam, korang patut layan drama ni. Kim Go Eun memang bawa watak dia best sangat, dengan rambut keriting macam tu, dia dapat nama panggilan MAD HAIR oleh si In Ho.

In Ho pun best, watak gila-gila sikit. Berbeza betul watak dia dalam drama When The Weather is Fine, tapi aku lagi prefer watak dia dalam drama When The Weather is Fine berbanding dalam drama ni ... 

Aku harap lepas ni kot-kot ada gandingan bersama Park Hae Jin lagi dengan Kim Go Eun dalam drama atau movie lain. Just love both of them.

apapun, korang pigi lah layan drama ni. aku layan dekat VIU apps. 

cheers.

4 comments:

  1. Dah lama juga tak layan KDrama ni.. Ermmm... Tengok nanti dah settle kan semua kerja, kalau dah takde pape,bolehlah layan k drama ni kan3x.. Tq..

    ReplyDelete
  2. pelakon dia best.. tak tengok lagi drama nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni bagi mrs pip recommended to watch. best.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.