10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy - MrsPip || The Reviewer

10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy

10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy. hi there. Memandangkan aku tak jumpa susun ayat yang sedap untuk translate tajuk entry ini dalam BM, jadi aku pinjam tajuk guna dalam English. Hehe. 

Dalam hidup ini, ada masa kita rasa 'burnt out dan cramp', hidup jadi lesu. Terlalu banyak benda nak fikir, terlalu banyak masalah nak hadap dan hadam. Terlalu banyak perkara kena settle. 

Ada masanya , kita jadi kecewa kerana life sucks. Kita lupa akan hal-hal kecil yang boleh buat kita rasa happy. No matter how sucks this life, it is unfair not to give the happiness to our ownself. 

Jadi mari kita lihat 10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy. 

We are human, after all.

10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy


#1. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Senyum dan Ketawa.


Korang tahu, semakin kita dewasa, semakin kita kurang nak senyum dan ketawa. 

Cuba tengok pada kanak-kanak kecil, mereka mudah senyum, mudah juga ketawa.

Kenapa?

Kerana life dorang tiada apa sangat nak difikirkan. Well, kids is kids.

Tapi kita yang dewasa?

Ada masa kita sampai lupa untuk senyum. Apatah lagi nak ketawa.

Kerana terlalu banyak benda dalam fikiran. Terlalu banyak kerja yang perlu kita selesaikan.

Cuba senyum untuk hari ini. Cuba ketawa untuk saat ini.

Watching a comedy drama or movie is not a waste of time when you need to get yourself out of your congested world. Get some fresh air. Go meet friends. Smile and Laugh.


#2. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Cari Masa Untuk Bersenam


Cuba untuk luangkan masa untuk bersenam. 10 minit sehari pun jadilah kalau kamu sangat sibuk dengan urusan harian.

Bersenam boleh membantu kamu untuk rasa gembira. 

How?

8 sebab bersenam buat kamu bahagia , antaranya ialah 

bersenam membantu untuk mengurangkan perasaan stress

bersenam membantu buat mood kita lebih tenang

bersenam membantu untuk menjadikan mental kita lebih kuat

bersenam membantu untuk menjadikan kita rasa hidup ini lebih nyaman

bersenam meningkatkan imun sistem badan

bersenam buat kita happy, bila kita happy kita lebih engange dengan hidup, jadi kita lebih so called participate with life

bersenam membantu kita tidur dengan lebih nyenyak

bersenam membantu increase energy dalam hidup


#3. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Ucap Terima Kasih 


Sama ada hal kecil atau besar, ucaplah terima kasih pada setiap bantuan yang kita terima.

Bila kita duduk di restoran, dan pelayan menghantar makanan, ucaplah terima kasih.

Small things could lead to a better life.

Bila orang lain memberi laluan kepada kita, ucaplah terima kasih.

Ada banyak cara untuk ucap terima kasih selain dari ucapan lisan.

Hantarlah hadiah pada orang yang kita sayang sebagai tanda terima kasih kerana dia selalu ada dalam susah dan senang.

Bertanya khabar dengan rakan-rakan yang lama tidak dihubungi sebagai tanda terima kasih kita kerana mereka sentiasa ada bersama kita walaupun jarang bersua.


#4. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Luangkan Masa Dengan Orang Yang Tersayang


Definisi orang yang tersayang ini sangat luas. It depends on how you define it.

Mak, bapa, adik beradik, pasangan hidup, sahabat, jiran, anak, saudara mara, etc semuanya boleh masuk kategori orang yang tersayang - cuma mungkin berada pada level yang berbeza-beza.

Luangkan masa dengan orang yang tersayang.

Mungkin saja temankan mak pergi klinik.

Memancing bersama bapa.

Lepak makan roti canai bersama adik-beradik.

Tengok movie dengan pasangan.

Shopping dengan anak-anak.

Hulurkan bantuan pada jiran yang perlukan pertolongan.

Dan ada banyak lagi cara untuk luangkan masa dengan orang yang tersayang.

No matter how busy you are. Now matter how you feel your life so hard, just give some of your time to the person who is in you living list.


#5. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Pilih Makanan Yang Berkhasiat


Makanan yang berkhasiat membantu untuk menjadikan hidup anda sihat dan juga happy.

Penting untuk kita jaga pemakanan kita.

Kita tak nak sakit kerana makanan yang kita ambil.

Kerana makanan juga merupakan antara punca kenapa kita boleh sakit.

Sekurang-kurangkan cuba buat one healthy food daily.

Sama ada ketika sarapan, makan tengahari ataupun makan malam.

Kalau sukar sangat untuk sediakan makanan berkhasiat sekali sehari, sekurang-kurangnya ambil air yang mencukupi untuk tubuh badan.

Kerana air juga memainkan peranan dalam melindungi tubuh agar sihat.


#6. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Recharge life


Yes, recharge life daily.

Bukan smartphones korang saja yang perlu dicaj setiap hari ketika bateri berkurangan.

Hidup kita ni pun sama juga.

Perlu dicaj setiap hari.

Caj lah hidup anda setiap hari supaya sentiasa dalam mood yang baik.

5 minit ketika bangun pagi, mungkin boleh dimulakan dengan bertafakur. 

5 minit sebelum tidur, mungkin boleh diakhiri dengan menilai apa yang kamu buat pada hari ini, dan bersyurkur dengan nikmat yang Tuhan berikan.



#7. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Jangan Terlalu Membandingkan Diri Kamu Dengan Orang Lain


stop comparing life


Elak untuk banding-bandingkan diri kamu dengan orang lain.

Tidak salah untuk mencari perbezaan untuk memprbaiki diri. It's a good thing to do.

Tapi kalau terlalu membandingkan diri dengan orang lain sehingga mengganggu diri kamu, please stop.

Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jadi, lihat pada diri sendiri.

Tanya pada diri tentang hal yang kamu mampu buat dan limit yang kamu tidak mampu lakukan.

Be awesome to your ownself.


#8. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Do One Small Thing Yang Boleh Buat Diri Progres Ke Life Goal Yang Besar


Bak kata yang selalu kita dengar, one small thing at one time.

Do it slowly.

But never stop.

Let's progress.

Contohnya kita mahu buat berblog. 

Ada banyak perkara yang kita perlu belajar bila berblogging.

Tulis satu entry sehari.

Tulis 3 entry seminggu.

Perbaiki cara penulisan.

Susun ayat dengan baik.

Belajar guna Heading Tag.

Belajar guna Meta Description.

Belajar guna Google Search Console, Google Analytics, Bing Webmaster Tools.

Don't stop learning. Don't give up easily.

Dalam setahun , kalau kamu belajar dan fokus tentang blog, kamu akan jana trafik. Kemudian boleh cuba monetize blog. 

So ini yang kita panggil do one small thing yang boleh buat diri progress ke life goal yang besar.

Aku juga dalam mode sebegini. Sedang belajar untuk perbaiki blog untuk dapatkan trafik yang tinggi.


#9. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Let Go Regrets Dan Berhenti Mengeluh


Cuba tanya diri sendiri.

Ada tak apa-apa yang kamu rasa regrets saat ini?

Kenapa kamu regrets?

Just let the regrets go away.

You yourself are not deserve the regrets.

Be positive.

Lupakan regrets dan bangkit perbaiki diri.

Berhenti mengeluh.

Mengeluh takkan berikan apa-apa hasil pada diri sendiri.

Be a fighter to your own life!

Apa yang kamu pernah buat di masa lalu sehingga kamu rasa regrets yang sangat besar, jangan ulang untuk hidup pasa saat ini.


#10. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Bersyukur Selalu


Bersyukur selalu.

Sama ada pada hal yang kecil atau besar, selalu bersyukur.

Sama ada pada hal yang menyenangkan atau menyusahkan, just bersyukur.

Semakin kita bersyukur, semakin kita akan rasa lebih tenang pada diri kita.

Bersyukur buat kita rasa empati pada diri sendiri.

Dan empati akan membantu kita untuk jadi lebih baik pada orang sekeliling.


Sesiapapun yang baca entry ini, aku doakan korang semua bahagia. Sad is a part of life, hence the happiness as well. Tapi aku harap, whenever you have sadness, don't keep it too long ya.

Semoga hari ini baik baik saja untuk semua.

lots of love.

cheers.

3 comments:

  1. thanks Mrs.Pip atas reminder. bagus ni utk kita² yang duduk di rumah saja :)

    ReplyDelete
  2. Bila bersenam memang tidur nyenyak. Tidur nyenyak pun boleh buat kita gembira jugak.

    ReplyDelete
  3. Zumal kalau start ketawa confirm sukar dikawal untuk berhenti

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.