Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin Berkesan Dengan Serum Oil Ini!

Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin Berkesan Dengan Serum Oil Ini! Anda perlu mencubanya. || hi, memang bercinta mau hilangkan stretch marks (kesan regangan) selepas bersalin. Sewaktu mengandung anak pertama dan kedua, tiada pun kesan regangan yang jelas, setakat garis-garis halus saja. Perut pun nampak cantik seperti sebelum bersalin. 

Tapi selepas bersalin anak ketiga, kesan regangan di bahagian perut memang ndak payah cakaplah, bukan setakat nampak garis jelas saja tau, siap boleh rasa kasar apabila disentuh. Sedihnya rasa. Jadi, jom kita hilangkan stretch marks selepas bersalin dengan serum oil ini.

Apa itu stretch marks?


Stretch marks, atau dalam bahasa melayunya kesan regangan adalah garis-garis parut pada kulit dan biasanya tidak berwarna (off-color hue). Ianya juga dikenali sebagai Striae or Striae distensae.

Stretch marks ni boleh terjadi kepada sesiapapun tanpa memilih jantina atau umur. Stretch marks berlaku apabila kulit menjadi kurang elastik kerana peningkatan kortison yang menghalang fibroblas membentuk serat kolagen dan elastin. Ini akan menyebabkan kulit kurang bahan sokongan dan apabila kulit meregang, kulit seperti tertarik (di tarik / koyak) dan akan meninggalka parut yang dikenal sebagai stretch marks.

tips hilangkan stretch marks selepas bersalin dengan berkesan

Contoh paling senang ialah kita guna sebiji belon. Kita tiup belon sebesar-besarnya dengan cepat, kemudian kita lepaskan udara kat dalam belon tu. Dan kalau kita perhatikan, ada kesan regangan pada kulit belon tadi. 

Jadi, macam tu lah juga dengan stretch marks dekat kulit. Bagi ibu ibu yang mengandung, perut semakin lama semakin besar, jadi semakin lama kulit semakin meregang. Dan bila semakin meregang, tu yang boleh tinggalkan kesan stretch marks. 

Ada juga yang berkongsi pengalaman ketika mengandung, yang perut mereka terasa gatal sangat, dan terpaksa menggaru kulit perut untuk mengurangkan rasa gatal. Menggaru perut juga boleh meninggalkan stretch marks yang buruk pada kulit. 

Tu sebab sewaktu preggy, kalau garu garu perut pun bukan nampak sangat kan stretch marks, dan bila dah bersalin, mak oi boleh terkejut beruk tengok bekas regangan tu kan! Kalau boleh, halang diri daripada menggaru perut ketika mengandung kerana kesan stretch marks akan lebih kelihatan dengan jelas selepas bersalin. 

Stretch marks juga boleh berlaku di kawasan lain kulit seperti di pinggang, paha, pinggul, punggung, bahu dan betis selain di bahagian perut.

Stretch marks bukan berlaku sewaktu mengandung sahaja, tetapi ada juga keadaan lain yang menyebabkan stretch marks seperti:-

Punca lain yang menyebabkan stretch marks


  • Obesiti
Ya, obesiti atau kegemukan yang berlaku mendadak boleh menyebabkan stretch marks berlaku pada kulit. Dan biasanya stretch marks akan terbentuk pada bahagian perut, paha, dan pinggul. Stretch marks mungkin kelihatan sama ada ketika kenaikan berat badan yang mendadak, atau mungkin nampak lebih jelas apabila berat badan kembali menyusut atau berkurangan selepas obes.

  • Melalui zaman akil baligh 
Apabila anak anak sedang melalui zaman akil baligh, kemungkinan berlaku pertumbuhan mendadak seperti kurus ke gemuk, cepat tinggi atau cepat kurus. Pertumbuhan sebegini juga boleh menyebabkan stretch marks terjadi dengan banyak.

  • Hamil dan Bersalin
Ini biasa berlaku pada setiap wanita yang hamil. Peningkatan berat badan mungkin bukanlah punca utama namun yang jelas kulit meregang pada kawasan perut menyebabkan stretch marks dan kawasan berdekatan yang lain juga seperti paha dan pinggul yang turut meregang boleh menerima efek stretch marks tersebut. 

  • Bina badan
Untuk kamu yang sedang dalam usaha membina otot, dan kemudian memperlekehkan untuk menjaga tubuh sehingga kulit kembali kendur, maka jangan hairan kalau stretch marks muncul.

  • Pengambilan ubat 
Dikatakan pengambilan ubat yang mengandungi steroid juga boleh menyebabkan stretch marks kerana steroid boleh menyebabkan peningkatan hormon tertentu sehingga kulit mengalami peregangan dan seterusnya menyebabkan stretch marks pada tubuh.

Cara Berkesan Hilangkan Stretch Marks


Ada beberapa tips, petua atau cara mengatasi stretch marks yang boleh dicuba oleh sesiapa yang menghadapi masalah ini. Antaranya ialah:-

  • Mengambil makanan yang mengandungi zink untuk memperbaiki sel kulit, dan seeloknya mempunyai magnesium dan Vitamin B6 untuk serapan yang sempurna. Dalam erti kata yang lain, kalau susah untuk mendapatkan sumber makanan yang kaya zink, magnesium dan B6, bolehlah ambil multivitamins yang cukup segala kandungan yang diperlukan tubuh untuk mengatasi stretch marks.
  • Lembapkan kulit dengan krim yang kaya kandungan Vitamin E dan C , dan pengambilan Vitamin C membantu memelihara keanjalan kulit.
  • Pastikan mengambil air minum secukupnya yang dieprlukan tubuh
  • Makan makanan yang seimbang
  • Bersenam
  • Elakkan badan mengalami berat badan yang sangat mendadak 
  • Untuk yang ingin menurunkan berat badan, juga elakkan menurunkan berat badan yang mendadak kerana penurunan berat badan yang mendadak juga memberi kesan terhadap pembentikan stretch marks pada kulit.
  • Menyapu minyak zaitun, gel aloe vera, madu, oat, putih telur dan sebagainya juga dikatakan mampu membantu merawat masalah stretch marks pada kulit 
  • Pengambilan produk yang berkesan hilangkan stretch marks selepas bersalin dengan stretch marks serum oil All About Coco

Mrs Pip dulu sewaktu mengandung anak pertama dan kedua memang sangat prihatin betul jaga kulit perut, hari hari sapu minyak supya kengkonon no stretch marks gitu. Tapi kan apabila hamil baby ke-3 ni, diakui kurang penjagaan kulit perut menyebabkan stretch marks kerana waktu tu busy lah uruskan anak pertama dan kedua sampai terlupa nak jaga diri sendiri. Very the-mak-mak style la bah kan.

Cara Hilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin Berkesan

Jadi, apabila Mrs Pip diperkenalkan dengan produk serum oil untuk merawat stretch marks keluaran All About Coco, memang kena mencuba sendiri untuk melihat keberkesanannya. 

Produk menghilangkan stretch mark serum oil All About Coco juga mempunyai fungsi lain yang baik untuk kulit , antaranya ialah

  • Membuang angin dalam badan
  • Membantu memudahkan senang kentut dan buang air besar 
  • Membantu memecahkan lemak dan menukar menjadi bahan tenaga
  • Meratakan warna kulit
  • Membantu memudarkan parut
  • Menganjalkan kulit supaya kelihatan muda & halus
  • Membantu melindungi & menyerikan kulit
  • Melembapkan kulit & menghindarkan kegatalan
  • Mengelakkan kejang dan melegakan lenguh pada kaki

Isi utama produk merawat stretch marks serum oil All About Coco ialah


  • Cold Pressed VCO (Minyak Kelapa Dara) 
- minyak kelapa dara membantu mencegah kesan rekahan, melembapkan kulit, 

  • Vitamin E 
- membantu untuk menghilangkan garis garis halus atau kedut pada kulit selain memperbaiki kulit agar kelihatan lebih muda dan sihat

  • Ekstrak Halia 
- kalau korang biasa guna krim halia lepas bersalin kerana dikatakan halia membantu untuk memecahkan lemak kan, namun selain itu, halia juga membantu menghilangkan angin perut dan memperbaiki pencernaan. 

  • Temulawak 
- Temulawak ni seakan akan kunyit namun berbeza dengan kunyit. Dan biasanya tumbuhan ini banyak terdapat di Indonesia. Temulawak membantu meningkatkan kecerahan kulit, menghilangkan kesan hitam dan bekas luka, menghaluskan kulit dan menutrisikan kulit. Jadi tidak hairan kalau temulawak banyak digunakan di dalam perawatan kulit dan membantu hilangkan stretch marks.

produk berkesan hilangkan stretch marks selepas bersalin dengan berkesan

Produk stretch marks serum oil All About Coco selain menggunakan bahan semulajadi berkualiti premium, ianya telah diuji dan diluluskan selamat oleh KKM, selamat untuk ibu hamil dan menyusu, disahkan halal oleh Jakim, dan tempoh keberkesanan dengan penggunaan yang konsisten boleh dilihat seawal sebulan (namun tempoh berkesan ini berbeza-beza dengan individu yang lain).

stretch marks serum oil berkesan pudarkan garis regangan

Bagi Mrs Pip , produk stretch marks serum oil All About Coco ini memang sangat membantu merawat garis-garis stretch marks yang wujud pada perut dan pinggul. Memang happy apabila guna hampir empat minggu, boleh nampak keberkesanan yang positif terhadap bekas-bekas regangan di kulit. Selain itu, kulit pun rasa lembap dan licin.

Sebenarnya selain stretch marks, Mrs Pip juga mempunyai masalah kulit kering pada sekitar kawasan lengan, dan memandangkan stretch marks serum oil All About Coco ni boleh merawat kulit kering, so Mrs Pip guna saja produk all-in-one ni. Memang mujarab.

Dan biasanya bau minyak kelapa dara ni kuat, dan kadang kala ada sesetengah produk tu boleh rasa dia bunya ‘greasing’ kan dan bila pakai macam tidak selesa , tapi untuk produk stretch marks serum oil All About Coco ni, tiada bau kuat yang menyakitkan hidung sampai kau rasa bila pakai kau seperti ‘sekeping biskut kelapa’. NO. 

Cara Urut Berkesan Stretch Marks Serum Oil Yang Disyorkan


cara urut stretch marks serum oil all about coco


Dan stretch marks serum oil All About Coco ni sangat ringan dan mudah menyerap ke lapisan kulit. Mrs Pip guna sehari dua kali, dengan dua tiga kali pam ke tapak tangan, kemudian sapu rata di perut secara inwards to the stretch marks targeted areas dua hingga tiga minit sehingga serum oil menyerap ke dalam kulit.

Dan untuk kesan yang efektif, kenalah guna secara konsisten. Jangan malas dan nak skip skip pula. Botol / packaging stretch marks serum oil All About Coco ni pun sangat mudah di bawa ke man juga (travel friendly bottle) , so senang nak pakai anytime anywhere kan.

Yang berminat nak dapatkan produk stretch marks serum oil All About Coco ini, Mrs Pip share link website, dan sosial media produk ni, dan korang juga boleh guna Discount Code khas untuk dapatkan 10% potongan harga yang awesome.


Facebook: All About Coco

Instagram: allaboutcocoofficial

10% Discount Code: PIP10


Mrs Pip harap perkongsian hilangkan stretch marks selepas bersalin berkesan dengan serum oil  menggunakan produk All About Coco ni bermanfaat untuk semua.

Dan siapa dah cuba produk ni? Ok ke tak? Dan apa pendapat korang tentang masalah stretch marks dan bagaimana korang atasinya? Ada tips dan petua tak? 

Jom kongsi kat komen di bawah. 

cheers.

Post a Comment

16 Comments

  1. good sharing mrs pip..I KIV entry ni for future reference gituhhh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks FS. Produk ni so far best bagi mrs pip. Guna dah nak masuk minggu ke4, so far yang garis2 stretch marks tu nampak sedikit pudar. Hope boleh bantu hilangkan stretch marks ni.

      Delete
  2. Wahhh... Nanti nak belikan untuk kkak la.. Dia baru lps bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, boleh try tu sis , manatau berkesan kan.

      Delete
  3. Baguus ye produk ni. Info yang bagus juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Min. Hope produk ni membantu merawat ramai ibu ibu dengan masalah stretch marks selepas bersalin.

      Delete
  4. Kuranglah sikit risau mak2 yang tengah expecting nanti~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup setuju. ni kalau jenis mak mak macam saya yg risau kulit menggerutu garis garis banyak kerana stretch marks, kena pakai serum oil ni seawal kandungan, so boleh mencegah kehadiran stretch marks dgn lebih awal.

      Delete
  5. Perkongsian yang menarik. Terima kasih Mrs Pip sudi berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks As, semoga perkongsian ni membantu ramai ibu2 yang mencari product anti stretch marks yang baik utk digunakan.

      Delete
  6. Banyak sebab rupanya berlakunya stretch marks. Boleh try bila Ada diskaun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak sebab boleh stretch marks ni. lelaki perempuan dan tak kenal usia. yang remaja2 pun ada juga yang dah kena stretch marks ni...

      Delete
  7. Bagus ni untuk suami saya, sebab dia punya stretch marks lagi banyak dari saya :D

    ReplyDelete
  8. Lepas 5x pregnant, stretchmarks pun blh tahan ditambah lg dgn kemalasan sapu krim, hihihi... Sdh tua2 ni x pasti sama ada kulit blh improve lagi atau x. Tu psl bagus start jaga kulit dr awal.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.