Melihat klip video lagu 12 Tahun Terindah, hati ini memang sangat tersentuh. Rasa nak nangis.
Sebelum saya kenal BCL, saya lebih dahulu kenal dengan namanya Ashraf Sinclair. Satu masa dulu, wajahnya sering terpapar di iklan TV dan majalah.
Kemudian bila dapat tahu dia bercinta dengan gadis cantik dari Indonesia, barulah saya follow perkembangan BCL, dan lagu paling saya suka nyanyian BCL ialah duet dia bersama Ari Lasso bertajuk Aku Dan Dirimu.
Untuk single terbaru 12 Tahun Terindah, walaupun baru release hari ini, di YouTube saja setakat ini sudah cecah 2.5 just views! Perghhh, memang ramai yang follow BCL ...
Apapun, saya berharap BCL dan anaknya Noah sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik dan tabah melalui kehidupan ini.
Semoga Noah membesar menjadi anak yang baik dan bijak. Dan semoga BCL bisa tersenyum dan bahagia selalu. Walaupun tanpa Ashraf di sisi, kehilangan ini akan buat BCL dan Noah lebih semangat untuk jalani hidup ini yang paling terbaik.
We love you BCL. Lagu 12 Tahun Terindah nyanyianBCL sangat menyentuh jiwa. Liriknya deep sangat. Oh terima kasih Tuhan kau telah berikan 12 tahun Terindah bersama dirinya menjalani cinta ....
Dan kita yang masih ada cinta, masih ada kesayangan, semoga kita lebih menghargai cinta dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam perhubungan.
xoxo, love.
cheers.
10 Comments
Cik TK pun dah dengar.. sangat menyentuh hati lagu ni...
ReplyDeleteDah tengok kat YouTube. Memang menyentuh hati lirik dan muzik videonya.
ReplyDeleteYaya belum dengar lagi..kena cari mood dulu..haha.
ReplyDeleteKalau dengar sekarang, mau sedih sampai malam.hihi
Baca lirik pun dah tersentuh. Nak nangis. Skrg lagu lagu BCL buatkan hati rasa sayu. Tak terbayang kekuatan dia.
ReplyDeleteZa tk nak dgr mrs pip apatah lagi tgk video dia.. Nnt msti menitik air mata.. Kita bab2 ni hati tisu sikit..
ReplyDeleteNanti nak tgk dekat youtube
ReplyDeleteDah dengar dah lagu dia kat radio. Memang sedih giler dan menyentuh perasaan. Semoga BCL tabah dan kuat menjalani kehidupan.
ReplyDeleteKena tengok video klip sekali, sedih. huhuhu
ReplyDeleteYa, akak pun tumpang sedih bila tengok BCL & Noah masa pengkebumian hari tu. Asyraf terlalu muda & nmpk sihat. Psst....lagu Aku Dan Dirimu duet karoks fevret akak & husband. ;)
ReplyDeleteSesuatu yang kita tak sangka berlaku memang sangat menyedihkan...
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.