Aqiqah Anak Murah Online

hi there, alhamdulillah selesai aqiqah untuk Nami. Aqiqah Anak Murah Online saja serendah RM499.

Ianya sangat mudah, cepat dan harga mampu bayar. Sekarang ni, harga seekor kambing untuk aqiqah mencecah sekitar RM800 , memang agak mahal dan tak semua mampu nak buat kenduri aqiqah kan.

Jadi, apabila aqiqahcentre.com menawarkan pakej aqiqah pada harga yang mampu, aku malas mau fikir panjang, terus buat bayaran dan serahkan sepenuhnya pada pihak mereka. 

Aqiqah disertakan video penyembelihan dan nama anak akan disebut dengan jelas. Mereka sangat pantas, tak perlu tunggu lama-lama. Selepas buat bayaran, kalau tak silap dalam beberapa hari dah dapat video penyembelihan sebagai bukti.

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah bagi yang berkemampuan. Asal pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

aqiqah murah online



Yang ni pula aku jumpa link di Shopee, ada syarikat yang menawarkan servis aqiqah. Yang rasa lebih selesa untuk dapatkan perkhidmatan Aqiqah di Shopee, boleh klik link di atas. Aku tengok ada yang dapatkan perkhidmatan syarikat ni. 


Jumlah Bilangan Kambing Untuk DiAqiqah Bagi Bayi Lelaki & Perempuan

Mengenai bilangan kambing yang perlu diaqiqahkan, bagi bayi lelaki, maka disunatkan dengan menyembelih 2 ekor kambing manakala bagi bayi perempuan pula adalah dengan menyembelih 1 ekor kambing. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Riwayat Abu Daud (2842)

Dua Ekor Kambing Untuk Anak Lelaki?


adakah memadai untuk beraqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki? Maka jawapannya adalah memadai dan dibolehkan. Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (8/429) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah.

Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW mengaqiqahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.
Riwayat Abu Daud (2841)

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ok tak buat aqiqah seperti ini? melalui apa yangaku baca, hukumnya HARUS. Aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat di depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai.

Tak semua mampu nak buat majlis aqiqah kerana kos agak mahal dan ada juga yang ada kekangan masa busy tak dapat nak plan bila nak buat majlis, so kita cari cara lain untuk buat aqiqah secara mudah.

Teringat dulu nak aqiqahkan Iman, nak mencari kambing yang sesuai memang agak sukar. Lepas tu harga seekor kambing kalau tak silam dalam RM700 seekor. Dan nak sediakan kenduri pun kena minta pertolongan ahli keluarga lain. Memang banyak kos. Kalau mampu tak pa, korang bolehlah buat kenduri aqiqah. 

Tapi ekonomi kitorang buat masa ni memang tak mampu nak buat kenduri aqiqah, so alhamdulillah pilih jak aqiqah anak murah online ni, jimatlah duit , masa dan tenaga.

Yang berminat nak buat aqiqah , mudah dan jimat duit menggunakan perkhidmatan aqiqahcentre.com ini, anda boleh membuat tempahan bila-bila masa sahaja. 

Ibadah aqiqah akan dibuat setiap hari bekerja dan aqiqah akan dibuat di Mekah. Anda akan terima video bukti selepas 3 hari ibadah aqiqah dan sijil dalam 2 minggu selepas itu.

yeay, selesailah sudah aqiqah untuk baby Nami. dapat buat hanya seekor kambing untuk Nami. Iman dan Amin pun dulu seekor seorang. 

Kalau ada rezeki, lain kali bolehlah buat aqiqah untuk cukupkan seorang dua ekor kambing (lebih molek untuk anak lelaki dua ekor kambing, tapi ikut kemampuan masing-masing juga)

Sijil Penyertaan Aqiqah Disediakan

Setiap peserta yang membuat tempahan bersama aqiqahcentre.com untuk aqiqah, akan diberikan sijil kayu sebagai terima kasih mereka kepada pelanggan kerana memilih perkhidmatan mereka.

Selain aqiqah, boleh juga kalau nak buat ibadah korban. Daftar ibadah korban juga RM499 untuk seekor kambing.

Insya Allah, next year ada rezeki nak sangat buat ibadah korban juga.


cheers.

Sumber:

1. AqiqahCentre.com
2. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri

Republished.
1st publish - 31.7.2020

Post a Comment

3 Comments

  1. senang dah nak buat akikah.

    kalau buat sendiri memang susah sikit.Nak kena panggil orang sembelih, masak.. lagi2 time PKP ni bukan boleh buat ramai2 sangat..

    ReplyDelete
  2. selamat hariraya aidil adha mrspip

    ReplyDelete
  3. Lebih mudah macam ni dah siap siap semuanya kan.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.