Well, tiada sesiapa yang mahu melawat laman web yang meragukan, apatah lagi laman web tersebut merupakan laman web perjudian mahupun mengandungi X-Rated web.
Sangat menyakitkan hati setiap kali buka blog sendiri, sering dibawa ke pautan yang tidak sepatutnya. Mrs Pip ada meluahkan masalah kepada seorang blogger otai yang nampaknya sudah agak lama tidak menulis di blog, namun masih sudi berikan pendapat mengenai masalah blog mrs pip.
Dan selain itu, ada juga blogger lain yang berikan pendapat mengikut pengalaman yang mereka pernah lalui berkaitan blog re-directs ke laman web yang meragukan (malicious website).
Sekadar berkongsi dengan kamu semua, manalah tahu ada di antara blogger sekalian yang juga mengalami masalah yang sama seperti apa yang mrs pip lalui.
Hish, buat apalah mau hack blog mrs pip ni, masih lagi merangkak untuk perbaiki blog. Masih lagi belum mampu untuk monetizekan blog sepenuhnya.
Tapi sebelum itu, mrs pip google cari 3rd party website yang boleh bantu periksa status blog, manatau ada masalah malware ataupun memang ada masalah lain seperti DNS Hijacking (ceh, macamlah blog ni nilainya juta-juta ringgit sampai ada yang mahu hijack).
Tapi untuk website blacklist statust, McAfee dah blacklist domain mrs pip katanya tidak selamat untuk dilawati. Tapi kita chill chill sajalah.
Google Transperancy Reportmenyatakan bahawa blog ini nyaman untuk dikunjungi
Dan ini apa yang mrs pip lakukan, mengikut nasihat mereka yang berpengalaman dan juga nasihat nasihat mereka yang banyak menulis mengenai keselamatan laman web :-
5 Tips Atasi Masalah Blog Re-Directs Ke Laman Web Meragukan (Malicious Website)
Tips #1 : Buang Widget / Plugin Luar
Buang widgets / plugins luar - Paling senang, kita cuba cuba dulu buang semua external widgets mahupun plugins yang ada di blog. Manalah tahu widgets dan plugins diskripkan dengan arahan untuk re-directs ke laman web lain tanpa pengetahuan kita, melainkan kamu memang faham baca skrip programming untuk widgets/plugins yang kamu install.
Tips #2 : Buang External Scripts Meragukan
Buang mana-mana skrip (e.g. javascripts) yang kamu rasa suspicious. Sekali lagi, mrs pip ndak reti baca bahasa programming ni. Tapi, sangat kebetulan sewaktu mrs pip periksa link blog di Google Search Console, ada satu skrip tu menghalang untuk Googlebot masuk crawl ke blog.
Makanya, mrs pip pigi delete sajalah javascripts tersebut. Kemudian baru teringat yang skrip ni dulu blogger otai yang sorang lagi pernah suruh delete tapi terlupa sekian lama.
Tips #3 : Ganti Password Baru
Tukar password blog. Mungkin sahaja password lama kamu berjaya ditemui si penggodam! Aduh.
Tips #4 : Lapor ke Service Provider Untuk Pemeriksaan DNS Hijack
Buat laporan ke service provider yang sediakan domain. Macam mrs pip guna NetKL untuk beli domain, maka minta NetKL tolong tengok-tengokkan kalau-kalau ada percubaan untuk DNS Hijack.
NetKL menyatakan tidak mungkin ada DNS Hijack memandangkan sekuriti Blogger.Com agak kuat. NetKL menyarankan untuk membuang widgets dan plugins dan hanya re-install setelah masalah selesai. Dan juga mungkin perlu tukar theme kerana theme yang digunakan bermasalah.
Tips #5 : Re-install Template Lama / Baru
Ada seorang blogger bagitau, kena re-install semula template yang kita guna. Fuh! mrs pip mana pandai mau edit edit template. Lagi-lagi mau cari template sebelum ni yang mrs pip guna. Alahai. Dahlah template yang mrs pip guna sekarang ni template beli, rasa macam rugi pula untuk tukar balik template lama tu.
Jadi, mrs pip buang widget / plugins, buang javascripts seperti yang dinyatakan di #2, dan tukar password blog. Untuk tukar theme / template ni, nantilah dulu. Kita hold tengok macam mana.
Harap-harap selesailah masalah re-directs ke laman web meragukan ni. Biasanya blog akan re-directs ke CDNGATEAWAY.NET ! hiks. Lepas tu beberapa saat kemudian akan masuk laman web perjudianlah, pengiklananlah, dan gaminglah ... aiyo.
Beberapa hari ni, nampaknya masalah re-directs ni dah settle, tapi entahlah sama ada betul-betul selesai ataupun akan datang balik. Harap-harap settled sepenuhnya.
Lepas ni , nak try pula mansuhkan broken link pada page / artikel. Untuk hapus broken link pada user profile di bahagian komen, part ni kena cari jalan lain pula. Takkan nak delete semua user profile yang komen di blog kan.
Apapun, semoga blog kembali sihat seperti sediakala.
Thanks for reading, semoga bermanfaat.
cheers.
24 Comments
ooohh... sy it ni tak pakar sgt. baru tau. hgehehe
ReplyDeleteSaya pun tak faham benda2 mcm ni, memang kena byk search info and tanya otai2 ..
DeleteNice sharing Mrs Pip, risau juga kan kalau ada yang cuba hack
ReplyDeleteHarap2 bolehlah membantu sedikit sebanyak mereka yg senasib dengan Mrs pip.
Deletecheck jugak website & result pun sama jugak kena block dengan McAfee. Thanks kak pip share pasal ni
ReplyDeleteEntahlah MCAfee Ni . Mungkin kena beli produk dia Ni baru dia stop block Kita.
DeleteEntahlah MCAfee Ni . Mungkin kena beli produk dia Ni baru dia stop block Kita.
DeleteHari ni kinah masuk blog kak pip, tak masuk redirect ke CDNgetway tu. Harapnya dah ok la kan kak pip
ReplyDeleteHarap harap dah hilang masalah redirects ni.
Deletealhamdulillah dah ok, takda dah redirects ke blog mrspip
ReplyDeleteThanks Umi tolong checkkan ...
Deletehappy sikit bila dah tak da redirects ni.
Banyak juga step nak buat. Tapi setakat ni Sha masuk blog MrsPip ok saja. Tiada redirecting.
ReplyDeletelepas buang segala widget dan skrip luar, maybe tu yang redirects ke malicious website dah tak ada.
DeleteNice sharing Mrs. Pip.
ReplyDeleteNanti Mrs. A pun nak check jugaklah
semoga info ni bermanfaat.
DeleteTq for sharing mrspip..hope blog irda pun ok2 shj
ReplyDeleteso far masuk blog irda pun ok saja tak da redirects pelik.
DeleteTq for sharing
ReplyDeletesemoga bermanfaat untuk semua Rabiah.
Deletetakut juga kalau blog ada masalah..jenuh mencari tang mana tak kenanya
ReplyDeleteMemang jenuh nak mencari, tapi kena cari juga puncanya.
DeleteAlalala scary la ni kak.. habis traffic semua pergi ke web lain..
ReplyDeletesaya pun berdepan masalah ni tapi saya malas nak betulkan..
ReplyDeletesebab saya tak reti. thanks nanti nak cuba ikut steps yang dikongsikan =)
OKay, nak check juga lah. mana tahu kot ada yang suspicious ke.
ReplyDeleteTerima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.