Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup - MrsPip || The Reviewer

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

hi there, hari ini mrs pip sempat mencuba resipi kuih kacang hijau goreng, alhamdulillah menjadi kuihnya walaupun pertama kali buat, dan digoreng rangup. Rasanya ramai yang kenal dengan kuih kacang hijau goreng kan. Ada sesetengah memanggilnya kuih kasturi kacang hijau ataupun cucur kacang hijau, nama yang berbeza namun merujuk kepada kuih yang sama.

Kuih kacang hijau ini adalah antara kuih kegemaran mrs pip. Malangnya kalau beli di luar, sukar untuk mendapatkan kuih kacang hijau yang betul-betul sedap di mana kacang hijaunya betul-betul masak hancur, lembut dan tidak berketul atau berbiji apabila dimakan.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup


Mak mrs pip seorang penjual kuih. Dengan menjual kuih-muih, ABC dan berkedai runcitlah kami adik beradik membesar. 

Antara kuih yang mak mrs pip jual ialah kuih kacang hijau. Dan bapa mrs pip lah yang akan membantu mak memasak kacang hijau sehingga lembut, kemudian ditambah gula, tepung dan kelapa parut, sehingga kuih kacang siap untuk digoreng keesokan harinya untuk dijual kepada pelanggan.

Jadi, setiap kali melihat orang menjual kuih kacang hijau, ianya akan membawa  ke zaman lalu mrs pip dengan kenangan yang sukar untuk dilupakan. Malangnya, tidak pernah sama sekali pun mrs pip punya keinginan belajar membuat kuih kerana mrs pip dulu sangat sangat ditakdirkan tidak pandai memasak.

mrs pip selalu rasa iri hati dengan sepupu rapat mrs pip yang sangat mahir buat kuih. Semua kuih yang mak mrs pip buat, sekali dua saja sepupu mrs pip belajar, alhamdulillah menjadi sangat kuih dia. Mrs Pip? hurmmmm, malaslah mau cakap. ekeke.

Tapi part tidak pandai memasak tu adalah cerita dulu. Semuanya berubah beberapa tahun selepas berkahwin. Dari seorang yang sangat tidak pandai memasak, tidak suka masuk dapur kepada seorang yang excited mahu bereksperimentasi memasak di dapur. One thing : People change, either for good or bad , betul tak? The choice is yours. 

Tidak pandai memasak bukan alasan untuk tidak mahu belajar memasak. Husband selalu cakap benda ni waktu kami awal-awal kawin. Dia selalu encourage mrs pip untuk belajar , katanya semua orang ada kekurangan, tiada siapa yang sempurna, jadi why give up so early when you not even started yet? 

eh, panjang pula cerita si kuih kacang hijau ni. Tapi begitulah ya adik-adik sekalian, jangan jadi macam akak di zaman lalu, korang cantik educated berjaya macam mana pun, belajarlah memasak. Memasak ni pun satu ilmu yang berguna , lagi-lagi bila dah kawin dan ada anak, ekeke.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk resipi kuih kacang hijau goreng sedap lagi mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya:-

(A). Bahan-bahan untuk bahagian kacang hijau


200 gram (1 cawan) kacang hijau
750 ml (3 cawan) air
125 gram (1/2 cawan)  gula kasar
25 gram ( 2 - 3 sudu besar tepung gandum)
50 gram (1/2 cawan) kelapa parut
Secubit garam
1 helai daun pandan diikat (optional)

(B). Bahan-bahan untuk tepung menggoreng kuih kacang hijau


6 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/8 (sedikit saja) perahan limau (lime) (optional)
100 ml (1/3 cawan) air atau secukupnya


Cara membuat langkah demi langkah kuih kacang hijau goreng :-


1. Bersihkan kacang hijau, dan rendam terlebih dahulu selama 30 minit 

Tips: tapi mrs pip rendam sehingga 2 jam , biar kacang ni lembut nanti mau rebus tak ambil masa lama untuk kacang tadi lembut, so tak bazirkan gas korang

2. Toskan air, dan masukkan kacang ke dalam belanga bersama 750 ml air (atau secukupnya) dan rebus kacang ni hingga betul-betul lembut. Masukkan daun pandan jika ada. Guna api sederhana kecil / api perlahan. Merebus mengambil masa sekitar 45 minit.

3. Apabila air hampir kering dan kacang kelihatan lembut (kalau tak lembut, tambah sedikit air dan rebus lagi sebentar) , masukkan gula.

4. Rebus sekitar 5 minit lagi sehingga kelihatan campuran agak likat dan kelihatan hampir kering. Boleh keluarkan ikatan pandan tadi jika ada.

5. Masukkan tepung gandum dan garam. Kacau campuran dengan betul dan pastikan tiada ketulan-ketulan (lump) di dalam campuran tersebut. 

6. Masukkan kelapa parut dan kacau sekitar 5 minit dan kelihatan campuran kacang hijau sudah tidak berair, dan kacangnya hancur dengan baik.

7. Matikan api dan pindahkan kacang hijau tadi ke dalam baking tray / besen untuk disejukkan.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

8. Apabila sudah sejuk , dengan tapak tangan diletakkan sedikit tepung, ambil sedikit kacang hijau dalam bentuk bebola, dibulat-bulatkan dan kemudian leperkan dengan elok. mrs pip dapat 12 potongan sederhana besar, terpulang korang nak saiz kecil atau besar.

Tips Penting: 
mrs pip dulu nampak mak mrs pip buat kacang hijau ni dalam bentuk doh memanjang seperti gambar di atas, kemudian dia akan potong kacang hijau tu dengan saiz yang sama. 

Selepas itu, barulah dia leper-leperkan. Katanya ini memudahkan dia untuk memastikan saiz kuih kacang tu hampir sama saiz di antara satu sama lain, selain dia mahu pastikan bilangan kuih kacang untuk sekali adun tu jumlah bilangan dia sentiasa sama. 

Inilah yang dikatakan kawalan kualiti dan kuantiti bagi seorang penjual kuih :)) 

9. Kemudian sediakan adunan tepung untuk menggoreng seperti di (B). 

10. Panaskan minyak di dalam kuali, dan celupkan kuih kacang yang telah dileper-leperkan tadi di dalam adunan tepung untuk menggoreng, dan goreng sehingga kulit kuih kacang tadi kelihatan perang keemasan (golden brown).

11. Sedia untuk diangkat. Toskan minyak. Sejukkan seketika sebelum siap untuk dihidang bersama minuman panas seperti coklat panas , teh mahupun kopi atau sebarang minuman kegemaran korang.

Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup
Resipi kuih kacang hijau goreng sedap dan rangup

maka, berhasillah resipi kuih kacang goreng kulitnya rangup versi mrs pip. Gembira apabila berjaya buat kuih kacang hijau sendiri. Dan happy bila teksturnya sedikit lembut, namun masih perlu dibaiki lagi.

Akan datang, mrs pip akan pastikan yang semua kacang hijau betul betul masak hancur hingga lembut sepenuhnya, yang tadi ni ada beberapa biji kacang hijau tu rasanya masih agak kasar ketika dimakan tadi, kita masih amatur buat kuih ni, so kena improve bahagian rasa dan tekstur kelak. 

Siapa yang suka makan kuih kacang hijau goreng ni? Korang beli atau buat sendiri? Lepas ni korang bolehlah cuba buat sendiri resipi kuih ni. Kalau berjaya, bagitau mrs pip ya. Kalau tak berjaya, alamatnya sama ada korang buat lagi dan lagi hingga berjaya atau beli sajalah di gerai menjual kuih, teehee.

Happy cooking semua.

P/S: sedang dalam PKP ni, rajin jak kita masuk dapur mencuba macam-macam resepi kuih-muih. Hari tu mrs pip buat penyaram, tapi hurmmmm jauh panggang dari api tu rasa penyaram. 2 kali buat, dua kali juga tidak berjaya. Teknik penyaram tak betul kot :(

cheers.

2 comments:

  1. Suka kuih ni tapi tak pandai buat. nanti kalau rajin boleh cuba ikut resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah cuba resipi ni.
      kak pip try pertama kali guna resipi ni, ok juga rasa dia.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.