Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking

hi there, alhamdulillah mrs pip sudah pun membayar secara online banking zakat fitrah Ramadhan tahun ini (1441 H / 2020 M). Cara untuk membayar zakat fitrah Sabah secara online banking sangatlah mudah, sila lihat step-by-step bayaran zakat yang mrs pip kongsikan di bawah.

Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking
Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Sebelum itu, perlulah kita ketahui terlebih dahulu nilai zakat fitrah yang WAJIB dibayar ke atas diri setiap individu beragama Islam di Sabah.

KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI SABAH BAGI TAHUN 1441 HIJRIAH BERSAMAAN TAHUN 2020 MASIHI


Mufti Kerajaan Negeri Sabah pada 13 April 2020 telah menetapkan dua (2) kadar zakat fitrah pada tahun ini iaitu :-
  • RM6.00 ( Beras Putih Myanmar 15% Hancur ) bagi golongan yang terkesan dengan Covid-19 dan 
  • RM7.50 ( Beras Putih Vietnam 5% Hancur ) bagi golongan yang kurang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan Wabak Covid-19. 


Ini bertujuan bagi meringankan beban umat Islam untuk menunaikan kewajipan tersebut. 

Penetapan dua (2) kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan harga beras bagi 2.7 kilogram beras yang dimakan oleh sebilangan besar masyarakat ( RM7.50 ) dan sebilangan kecil masyarakat ( RM6.00 ) di Negeri ini. 

Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 9 April 2020 melalui siaran langsung tele konferens.  Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa : 
  • a. Kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambilkira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa. 
  • b. Kadar zakat fitrah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.

Ada beberapa cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah Sabah iaitu 
  • melalui wakil-wakil amil yang bertauliah 
  • Perbankan Internet ( online banking ) 
  • Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway ) seperti Snap N Pay, MYeG dan Boost 

mrs pip membuat bayaran zakat fitrah Sabah menggunakan Maybank ONLINE BANKING. Selain Maybank, bank-bank lain juga turut menyediakan kemudahan membayar zakat fitrah Sabah antaranya Bank Islam, BSN, Bank Rakyat, CIMB Bank, Ambank, HSBC, Bank Muamalat, dan RHB Bank.


Step-by-Step Cara mudah membuat bayaran zakat fitrah Sabah menggunakan Maybank Online Banking:-


Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking

1. Log in akaun online banking anda
2. Pilih PAY

Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking

3. Pilih senarai Payee : Pusat Zakat Sabah (MUIS)

Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking


4. Masukkan jumlah yang perlu di bayar (RM6.00 atau RM7.50 mengikut kemampuan anda)
5. Masukkan no. telefon anda
6. Pilih jenis zakat : Zakat Fitrah
7. Klik Pay, masukkan TAC no. dan buatlah pembayaran.

Nota: Apabila anda membuat pembayaran zakat fitrah, maka itu adalah akad anda telah membayar zakat bagi diri anda / tanggungan anda 


Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online Banking

8. Alhamduliiah, selesai buat pembayaran zakat fitrah Sabah secara online banking

Simpanlah resit pembayaran sekiranya perlu untuk kegunaan anda.


Untuk info lanjut ataupun rujukan, anda bolehlah terus ke laman web rasmi Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)


صَدَقَةُ الْفِطْرِ صَاعُ تَمْرٍ أَوْ صَاعَ شَعِيْرٍ عَنْ كُلِّ رَأْسٍ صَغِيْرٍ أَوْ كَبِيْرٍ، حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ، ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى، غَنِيٍّ أَوْ فَقِيْرٍ، أَمَّا غَنِيُّكُمْ فَيُزَكِّيْهِ اللهُ، وَأَمَّا فَقِيْرُكُمْ فَيُرَدُّ اللهُ أَكْثَرَ مِمَّا أَعْطَى

Maksudnya:

“Zakat fitrah itu segantang kurma atau segantang sya’er (gandum) dari tiap-tiap orang kecil atau besar, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin. Adapun orang yang kaya, maka Allah akan sucikannya, sedangkan orang fakir Allah akan mengembalikan kepadanya lebih banyak dari yang ia berikan” (HR Abu Daud)

Selamat membayar zakat, dan selamat menjalani ibadah puasa bulan Ramadhan. Jangan lupa bayar zakat ok. Muzim Covid-19 melanda satu dunia, dan kita kena jaga social distancing, maka bayar zakat secara online merupakan pilihan yang terbaik buat masa ini.

cheers.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sekarang ni semua jadi mudah dengan adanya bayaran secara online. Tak perlu susah keluar dan lagipun lebih selamat di musim PKP ni. Yang penting bayar zakat itu wajib :)

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.