Tonton Korean Movie Kim Ji Young Born 1982 || Kisah Depresi Seorang Isteri Menjadi Suri Rumah

Tonton Korean Movie Kim Ji Young Born 1982 || Kisah Depresi Seorang Isteri Menjadi Suri Rumah


hi there, filem bertajuk KIM JI YOUNG BORN 1982 merupakan filem yang diadaptasi daripada novel menggunakan tajuk yang sama. Filem ini berkisar mengenai seorang wanita, isteri dan surirumah yang bernama Kim Ji Young, yang mengalami depresi tanpa dia sedari. Filem ini dilakonkan oleh Gong Yoo dan Jung Yu Mi. 

Ini bukanlah yang pertama kali Gong Yoo dan Jung Yu Mi digandingkan bersama di dalam filem. Sebelum ini, mereka digandingan bersama di dalam filem yang bertajuk SILENCED, dan ternyata gandingan baik di dalam SILENCED mahupun di dalam filem terbaru mereka KIM JI YOUNG BORN 1982, gandingan mereka sangat serasi.

yang ingin membaca review filem SILENCED, bolehlah klik pada entry terdahulu mrs pip, klik link di bawah :-

Movie Silenced , adaptasi kisah benar penderaan seksual pelajar pekak

Movie Kim Ji Young Born 1982  kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah


Movie Kim Ji Young Born 1982  kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah


Dae Hyun (Lakonan Gong Yoo) mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada isterinya Ji Young (lakonan Jung Yu Mi) apabila isterinya seolah-olah bercakap seperti bukan dirinya sendiri. Ada masanya Ji Young bercakap seperti ibunya sendiri, atau berdialog seperti neneknya, dan itu merisaukan Dae Hyun.

Bagi Ji Young pula, tiada apa yang berbeza pada dirinya. Baginya, dia adalah dirinya dan hari-harinya didedikasi menjadi isteri yang baik dan ibu yang penyayang. Ji Young sebelum berkahwin, bekerja di PR Agency, namun memilih meninggalkan kerjayanya sebaik sahaja berkahwin untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Movie Kim Ji Young Born 1982  kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah
Movie Kim Ji Young Born 1982 
kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah

Dae Hyun bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat mengenai masalah kesihatan isterinya, dan Dae Hyun diminta untuk membawa isterinya bertemu pakar.

Pada mulanya Ji Young bersetuju untuk bertemu pakar apabila Dae Hyun memujuk Ji Young yang dia perlu bertemu dengan pakar untuk memeriksa masalahnya yang ada masanya menjadi seorang yang pelupa, namun apabila mengetahui harga rawatan adalah mahal, maka Ji Young membatalkan niat untuk bertemu pakar psikiatri tersebut.

masalah kesihatan Ji Young agak merosot apabila dia 'crash out' di depan keluarga Dae Hyun ketika sambutan tahun baru, membuatkan ahli keluarga Dae Hyun sedikit terkejut. Dae Hyun memberitahu Ji Young tidak sihat dan keletihan.

Movie Kim Ji Young Born 1982  kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah
Movie Kim Ji Young Born 1982 
kisah depresi seorang isteri yang terjadi pada kebanyakkan suri rumah

Ji Young sebenarnya mengalami masalah depresi. Ada masanya dia gembira dengan life dia, namun ada masanya dia seperti loss dengan kehidupan yang dia lalui. Selain itu, Ji Young juga terpaksa bedepan dengan ibu mertuanya yang agak konservatif dan dia berusaha untuk 'meet expectations' ibu mertuanya. 

Ji Young diminta bekerja kembali oleh penyelia lamanya yang sudahpun mempunyai syarikat sendiri. Namun masalah timbul apabila tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya. Dae Hyun merasakan mungkin yang terbaik untuk memulihkan depresi Ji Young ialah membiarkan dia bekerja, namun dilarang oleh ibu Dae Hyun kerana mana mungkin Dae Hyun terpaksa mengambil paternal leave selama setahun semata-mata untuk membiarkan Ji Young kembali bekerja.

Dae Hyun berada dalam keadaan dilema. Akhirnya Dae Hyun memberitahu Ji Young bahawa Ji Young mempunyai masalah kesihatan dan dia perlu bertemu doktor untuk merawat masalah depresinya. 

Ji Young akhirnya akur dengan permintaan Dae Hyun untuk bertemu doktor dan Ji Young juga menolak tawaran pekerjaan. 

Ending filem ini menunjukkan Ji Young berjaya menjadi seorang penulis buku dan dia gembira dengan kehidupan dia bersama.

Jalan cerita filem yang dekat di jiwa wanita bergelar isteri dan suri rumah

Pendapat aku lah kan, filem ni sangat mudah diterima oleh wanita kebanyakkan, lagi lagi yang menjadi isteri dan suri rumah sepenuhnya kerana aku percaya ramai puan suri rumah punya karakter yang sama dengan Ji Young.

Bila kau ada masalah, semua kau hadam seorang-seorang. Bila kau rasa letih urus rumah tangga, mau keluar take a break ambil angin pun sukar, unless kau ada husband atau support system orang sekeliling yang baik dan prihatin.

Lagi-lagi kalau keluarga mertua kau asyik nak salahkan kau, asyik nak kau buat itu ini ikut standard piawaian dorang tanpa ambil peduli kau sakit, kau penat, kau nak berehat, tapi semua kerja kau kena siapkan, manakala adik beradik perempuan suami kau boleh pula bersenang lenang tak buat kerja. ni kes mak mertua suka jadikan anak menantu perempuan macam orang gaji atau layanan seperti orang asing!

Bila kau tak boleh nak luahkan segala perasaan yang terpendam di jiwa, ianya makan dalam diri sendiri. Kemudian ada masanya kau rindu untuk bekerja just because kau nak lari dari keadaan terkurung di dalam dunia sendiri. Tiada jalan keluar. Akhirnya , bila benda ni berlarutan, boleh buat hidup ni kemurungan / depresi.

Sokongan emosi daripada pasangan itu penting untuk menangani masalah depresi

Bila kau seorang isteri , seorang suri rumah, seorang ibu, dan kau dedikasikan hidup kau untuk rumahtangga kau sepenuhnya, dan bila kau rasa tertekan dengan life kau, PLEASE SPEAK IT OUT dekat pasangan kau. JANGAN biarkan koa sorang sorang rasa stress.

Pasangan kau perlu tahu apa yang buat kau unhappy, miserable, stress dan sebagainya. Dan beruntung sangat jika kau dapat pasangan yang sangat memahami, sangat prihatin keadaan kau seperti suami Ji Young, si Dae Hyun tadi.

Kalau pasangan kau jenis tidak ambil berat, luahkan lah perasaan kepada ahli keluarga terdekat /sahabat yang boleh dipercayai. Jangan simpan sorang-sorang sehingga kau rasa depresi dengan life yang kau lalui.

Kadang-kadang SOCIETY sekeliling kita juga antara penyebab membuatkan kita tertekan

dalam filem Kim Ji Young ni, ada satu part Ji Young pergi kafe untuk beli coffee , lepas tu coffee tu tumpah, then orang yang berbaris di belakang Ji Young ni boleh pula membebel marahkan Ji Young indirectly dengan kata-kata kurang sopan.

Well, kadang-kadang korang tidak tahu apa yang seseorang tu perlu lalui untuk hari itu. Kau tidak berada di tempat dia. Jadi jangan sesuka hati berkata sesuatu yang buruk pada seseorang. Jangan hakimi orang lain, siapa kita untuk judge life orang lain as if like kita ni tidur satu selimut dengan dia.

Cara bantu isteri / suri rumah / wanita atasi masalah stress 

bila kau tau isteri kau yang jadi suri rumah sepenuh masa tu tengah stress atau punya tanda tanda depresi, bantulah dia. Atau mungkin saja wanita yang tengah stress tu sahabat baik kamu, atau adik beradik kamu, bantulah dia menghadapi stress atau depresi dengan cara yang baik.

Tips bantu mereka berdepan dengan masalah stress depresi ni, antaranya ialah 


Berikan isteri rehat yang secukupnya

isteri bukan robot. dia bangun paling awal untuk siapkan sarapan , dan biasanya tidur paling lewat untuk pastikan semua ahli di dalam rumahnya sudah tidur. jadi ada masa, keletihan tidak cukup tidur membuatkan isteri tidak boleh berfikir dengan baik, dan ini mungkin boleh menyebabkan isteri lesu dan tertekan.

Ringankan bebanan dengan membantu dia membuat kerja rumah


suami mungkin letih apabila balik dari bekerja dan ingin berehat. isteri mungkin faham keadaan suami, namun luangkan lah masa untuk bantu isteri. kalau tak reti buat kerja rumah yang complicated, bantulah isteri buat kerja yang mudah seperti mengemas rak kasut atau menyapu lantai.

Janganlah letakkan expectation perfect perfectly 


jangan anggap isteri seorang yang sempurna. jang expect bila suami pulang rumah, rumah bersih berkilat padahal isteri ndak sempat pun kemaskan rumah. mau masak pun susah bila anak anak meragam. Jadi, jangan suka anggap semuanya sempurna seperti yang kamu fikirkan. Everything could be idealistic, but you are living in the realistic world.

Tolong isteri jaga anak-anak , dan beritahu anak-anak yang ibu perlukan rehat dan jangan ganggu ibu


kalau kamu rasa isteri marah-marah, moody mungkin dia tak cukup rehat, so berilah isteri extra masa untuk dia berehat. dan suami gunakan kesempatan untuk bonding bersama anak-anak.

Berikan isteri rasa comfort dan rasa disayangi


yes, ini penting untuk pastikan isteri rasa disayangi. berikan isteri rasa comfort. jangan sergah atau herdik isteri kamu bila dia rasa tengah moody. Mungkin suami pun letih dengan urusan kerja seharian, tapi berusahalah memberikan sokongan kasih sayang buat isteri kamu agar dia rasa gembira dan tidak merasakan betapa life dia kurang menarik.

pujilah isteri kamu agar dia rasa dihargai.

Berikan isteri ME-TIME


kalau kamu boleh keluar jumpa kawan, boleh lepak kedai mamak layan bola, boleh habiskan masa streamning games, so jangan lupa yang isteri kamu juga perlukan masa untuk dia ber-Me-Time. Isteri yang jadi suri rumah sepenuh masa, kalau kau bagi dia me-time once a month pun, dia punya happy tu memang tak terhingga tau. 

jadi suami jangan kedekut bagi isteri sedikit masa untuk bersendirian dan buat apa yang dia suka. 

buat semua isteri, atau stay at home mom, atau surirumah, aku doakan kehidupan yang korang lalui semuanya baik baik sahaja, dan pastikan korang dapatkan bantuan kalau rasa life sucks , stress and miserable. Don't withered yourself. Dapatkan bantuan.

Happy watching, lots hugs and kisses, xoxo.

cheers.

Post a Comment

6 Comments

  1. Ini sedih.. Aien nangis tengok movie ni Mrs. Pip.. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihkan ... Kak Pip pun nangis juga ...

      Delete
  2. Betul..sebenarnya kaum isteri ni penat buat segala kerja rumah..tambah pula dapat mak mertua yang macam dlm citer ni.penat mental, fizikal..the best solution, kena luahkan apa yg terpendam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bersyukur bila dot pasangan yg prihatin kan. Hensem tepi, cantik tolakyang penting pasangan kena bertimbang rasa Dan untung yg dpt mertua yang penyayang.

      Delete
  3. wargh.. kalau sha memang tak tengoklah.. Bertambah stress nanti.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.