Resipi sedap Local Japanese Tauhu - MrsPipDotCom
News Update
Loading...

Wednesday, 29 April 2020

Resipi sedap Local Japanese Tauhu

hi there, hish macam tahu pula incik suami yang mrs pip mau makan japanese tauhu. Balik dari grocery shopping, nampak ada tiga pek tauhu, katanya mau buat menu local japanese tauhu untuk makan malam. Wah, lamanya tidak makan tauhu berkuah pekat. Mrs Pip kurang pandai buat tauhu ala ala sizzling tu, jadi biarlah mr.Husband yang uruskan.

mr.Husband bagitau, penyediaan resipi sedap local Japanese tauhu / tofu ini senang saja. Bahan-bahannya pun tak susah nak cari. Guna saja bahan-bahan di dapur apa yang ada ikut kesesuaian, let say kalau tiada cendawan hitam tu, abaikan saja, tak guna pun it is ok. ekeke.

resipi sedap Local Japanese Tauhu
resipi sedap Local Japanese Tauhu

Gambar kurang memuaskan bila lighting tak cukup cahaya. Dah edit pun gambar ni, tapi kita mana pro edit-edit gambar, guna lightroom pun masih nampak tak cantik. Abaikan sajalah, as long as dah masuk perut pun Japanese tauhu ni, happy tummy happy me :))

Hari ni korang berbuka puasa menu apa? Selamat menjalani ibadah puasa, dan semoga kita semua stay at home, stay safe sepanjang musim PKP / MCO ni dalam memerangi wabak Covid-19 ok.

resipi sedap Local Japanese Tauhu
resipi sedap Local Japanese Tauhu


Bahan-bahan dan cara-cara menyediakan resipi local Japanese tauhu :-

Local Japanese Touhu

  • 400gm Japanese tauhu dipotong lebih kurang setiap 6mm tebal atau mengikut kehendak sendiri, goreng hingga sedikit kekuningan dan diletakkan dalam bekas hidang.
  • Rendam 2 ketul cendawan kering jenis black fungus dan 1 batang fuchuk dan potong hiris mengikut kehendak sendiri.
  • Tumis 4 ulas bawang putih, diikuti dengan mix vege, cendawan dan fuchuk. 
  • Tambah 2 cawan air dan kacau sehingga mendidih. 
  • Letak 1 sudu sos tiram, garam dan pati ayam secukup rasa. 
  • Tambah 2 sudu  bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati. 
  • Matikan api, letak 2 biji telur dan kacau sehingga rata. 
  • Tambah 1 sudu makan minyak bijan. 
  • Tuangkan ke dalam bekas yg berisi tauhu goreng tadi. 
  • Siap.
Resipi Japanese tauhu ni mr.Husband yang bagi. Haha, kalau korang buat tak menjadi, silalah blame si pemberi resipi. Eh,Insya Allah jadi korang buat nanti ...


mrs pip memang tau makan sajalah. Dah chef in the house cuti-cuti PKP, jadi kita ambil kesempatan untuk bagi laluan dia masak-masak di rumah. hehe.

selamat menjamu selera.

cheers.

Share with your friends

6 comments

  1. Kebetulan esok nak pegi topup keperluan dapur boleh cari bahan-bahan ni

    ReplyDelete
  2. macam sedap je. tak pernah makan menu ni..

    ReplyDelete
  3. tauhu ni sedap. bila masuk mulut cepat je hilang hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalau Jannah suka makan japanese tofu, resipi ni not bad untuk dicuba.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done