Resipi Puding Telur Karamel Leche Flan Dikukus Sedap Dan Mudah

hi there, ok dapur mrs pip bersiaran lagi, dan kali ini kita buat resipi puding karamel kukus sedap . dan nak buat resipi puding karamel kukus sedap ini sangatlah mudah, bahan bahan pula tak banyak tak leceh. Sama ada korang rajin atau malas sahaja nak buat. eh betterlah korang buat sendiri kalau nak makan, kalau beli kat luar harga pun boleh tahan juga ni. 

Lagi satu, kalau korang buat sendiri, korang boleh kawal sukatan manis puding ni kerana biasanya puding ni kalau jual di kedai, biasanya rasa manis tu boleh tahan, lepas tu ada yang bau telur tu kuat sangat, adeh!

Resipi puding telur karamel kukus sedap 

puding karamel ni korang boleh buat tanpa telur atau ada telur. Yang mrs pip buat ni ialah menggunakan telur. Lagi umph! tapi ada juga yang alergik telur, so korang boleh juga buat tanpa telur ok. Ikut suka korang.

Dan puding karamel ni mrs pip panggil dulu leche flan. now dah berblog baru tau nama lain leche flan ni ialah puding karamel. 

mrs pip biasa guna nama Leche Flan pasal mak I is Filipino, dan bagi dorang, puding ni memang selalu disajikan kalau ada majlis makan makan, so terbiasa dari kecik panggil ni leche flan. 

ndak kisahlah nama apa, yang penting puding ni sedap dan sangat senang disediakan.

puding telur karamel leche flan

 Bahan-bahan Resipi puding karamel kukus sedap 


5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
satu tin susu cair (400ml)
4 sudu besar gula / susu manis (mrs pip guna susu manis)
1 sudu besar tepung kastard
1sk esen vanilla

Karamel:
5 sb gula
2 sb air 

Cara-cara membuat Resipi puding karamel kukus sedap 


  • Buat Karamel Terlebih Dahulu:-

Sediakan karamel atau gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. 

Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.


  • Kemudian sediakan puding:-

Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. 

Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. 

(Tapi mrs pip masukkan semua bahan dan blender sampai hancur dan sebati, lagi senang!)

Kemudian tapiskan, dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45min atau sehingga masak. 

Nak keluarkan dari loyang? just ambil piring yang besar dari saiz loyang, tutup loyang dengan piring tu dan telangkupkan , tada! dah keluar dari loyang, so boleh potong dan makan! makan sejuk sejuk dari peti sejuk lagi nyaman rasanya tau.


puding telur karamel leche flan

Tips nak bagi puding ini tak terlebih lembut dan cantik bentuknya bila dikeluarkan dari loyang, tak mudah hancur:-

dulu bila buat puding ni, ada masa puding ni lembik dan senang sangat macam nak pecah / hancur bila keluarkan dari loyang.

jadi, ada yang bagitau mrs pip, letaklah satu atau dua keping bread, blender bersama semua bahan bahan tu dan mrs pip tak tapis pun lepas blender, terus zoom masukkan ke dalam loyang , hehe.

so, mrs pip pun letak kepingan bread, dalam resipi mrs pip just letak satu keping bread, dan bila dah siap kukus, memang mudah nak keluarkan dari loyang dan shape puding ni lagi cantik, tak lterlebih lembut sangat sampai nak hancur.

itulah tips mudah kalau nak puding karamel kukus ni sedap dan shape cantik :))

selamat mencuba. sedap makan ketika kek dah disejukkan di dalam peti sejuk untuk seketika.

cheers.

republished.
1st published April 2020.

 Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers


Post a Comment

21 Comments

  1. penah buat tapi x menjadi so cukupla sekali..
    kalo nak makan beli o tnggu kazen buatkan hehe..

    saya suka kalo caramel tuuu banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. puding ni sedap kan, makan sejuk2 mmg nyaman.

      Delete
  2. yummy...suka kalau letak dalam fridge bagi sejuk. Leche flan ni berasal dari Spain yg menggunakan telur tapi kat sini panggil puding sebab lebih kurang...ahh teringin nak buat lagi heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah my mom panggil ni leche flan, dorang pinjam perkataan Spain.
      Filipin ni banyak juga pinjam perkataan Spain.

      Delete
  3. ramai yang buat puding caramel nih ... azni teringin nak buat tapi .. orang rumah ni banyak tak makan manis lah pulak... huhuhu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang pun tak makan manis .
      yang ni rasanya sukatan dia just nice tak manis sangat.
      kalau tak nak manis, kurangkan lagi sukatan susu manis tu.

      Delete
  4. semakin nak dekat dengan bulan puasa ni makin rindu nak makan puding caramel. sbb time puasa je ray prefer makan puding caramel since bila bulan puasa semua benda nampak sedap. sangat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time puasa, memang semua nampak sedap kan Ray.

      Delete
  5. suka buat tapi takda yang makan selain saya sendiri. tu yg tak seronok buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni saya dan husband juga yang habiskan,
      anak anak setakat makan satu slice saja since dorang tak berapa suka telur,
      dan puding ni saya buat kurang manis.

      Delete
  6. uiiiiiiiiiiiiii.. kak !! sedapnya !! sejuk kan dalam peti sejuk, makan plak waktu tengahari.. pehhhhhhh.. nanti saya guna resepi akak ni ya.. hee~ nampak senang, harap2 menjadi lah dengan tangan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba.
      sedap makan sejuk2 waktu cuaca panas.

      Delete
  7. makan sejuk-sejuk, pergh.. best je..

    ReplyDelete
  8. sedapnya... ala kat uni takde oven nak kukus ') Mampu tgk jelah, huhu

    jemput singgah <3 https://mawarberduri-piqa.blogspot.com/2020/04/movement-control-order.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa, nextime bolehlah buat bila balik rumah.

      Delete
  9. Rasanya tak pernah makan lg
    Nampak sedap tu

    ReplyDelete
  10. ooo..x lah susah nak buat dia..nanti nak cuba lah...suka juga puding karamel ni tapi betul kalau beli yang dah siap, uiiii manis meleting. buat sendiri boleh adjust manis tu...

    ReplyDelete
  11. Wow, puding Mrs Pip nmpk sedap & tahap pro sdh. Akak sdh lama x baking, apalagi buat puding. Kalau buat, mesti hancur tu, hihihi.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.