Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap

hi there, alhamdulillah craving mau makan kuih cempiang terbayar juga apabila berjaya buat kuih cempiang sendiri. Kuih cempiang ni femes di Sabah, tapi kuih cempiang ni lebih kurang sama yang macam kedai bakery jual, the cinnamon roll atau cinnamon bun , dan selalunya bakery jual dalam bentuk empat segi dan dibakar menggunakan oven. Kalau cempiang sabah ni, kita goreng dalam kuali ya ...

Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap
Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap
tada! inilah kejadian kuih cempiang yang mrs pip buat. Abaikan rupa kuih cempiang yang ndak berapa cantik tu, yang penting doh cempiang sedap dan lembut, serta inti cempiang yang nyaman di tekak mrs pip.

Bah mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuat kuih cempiang. Sebenarnya kalau anda selalu buat kuih donut / kuih gelang, rasanya doh untuk kuih donut / gelang tu sama ja, boleh guna untuk buat kuih cempiang.

Bahan-bahan membuat kuih cempiang:-


Bahan A


Sepeket Yis (mrs pip guna 2 sudu makan yis)
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula
- campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih

Bahan B


4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung
- semua bahan - bahan digaulkan bersama

Bahan C: Inti Cempiang


2 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar rempah lima
2 sudu besar air suam

rempah lima kuih cempiang
rempah lima kuih cempiang

Nota: kalau tiada rempah lima, boleh guna kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (dikisar sehingga menjadi serbuk)

Cara membuat kuih cempiang:-


1. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan uli sekejap sahaja sampai sebati.

Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap
Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap

2. Rehatkan doh selama sejam, dan doh akan mengembang sekitar 2 kali ganda dengan doh asal.
3. Tutup bekas doh dengan sehelai kain basah, atau menggunakan plastic wrapper ataupun penutup bekas
4. Selepas sejam, uli doh semula sekitar 20 minit (dan ada yang bagitau mrs pip , doh tu kena uli selama 40 minit! boleh pengsan mrs pip nak uli doh lama-lama)
5. Leperkan doh menjadi empat segi dan sapu inti cempiang (sila abaikan gambar inti di bawah ini yang kurang cantik tu)

Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap

6. Selepas sudah sapu, gulung tu doh sehingga di penghujung, dan potong doh kepada beberapa bahagian (lebar potongan jangan terlalu tebal, nanti time goreng risau pula masak di permukaan tapi mentah di dalamnya)
7. Selesai potong, kemas-kemaskan doh tadi agar melekat di bahagian hujung untuk elak doh terbuka time goreng nanti.
8. Panaskan kuali dengan api sederhana , dan tuang minya secukupnya.
9. Goreng kuih cempiang tadi dan terbalik-balikkan beberapa kali sehingga kuih warna keperangan.
10. Angakt kuih tadi, toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama kopi panas.

Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap
Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap

kalau anda rasa doh tu macam alahai banyaknya , bolehlah bahagikan doh tu kepada dua bahagian. Separuh buat kuih cempiang, separuh lagi buat kuih donut. Sedap kuih donut cicah dengan sos coklat. 


Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap
Resipi kuih cempiang Sabah simple dan sedap

Selamat menjamu selera. Dan kita sudahpun bermula puasa Ramadhan, dan masih lagi di dalam PKP kerana COVID-19, so take care, stay healthy dan stay at home.

dan jangan lupa try buat kuih cempiang sabah mudah dan sedap , makan panas-panas memang nyaman sangat tau.

Hugs and kisses, xoxo.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat berpuasa buat Mrs Pip sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga Puan Hazel sekeluarga.

      Delete
  2. Rempah 5 la pula xda huhu..nnt sha try ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga menjadi cempiang Sha nnt.
      Pastikan uli tepung tu elok2 so nnt kembang dan lembut.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.