Resipi Bihun Goreng Permata Cikgu Rozie

hi there, resipi bihun goreng Permata Cikgu Rozie nama menu diberi. mr.Husband kalau masak bihun ni, mesti terkenang si cikgu Rozie, teehee. Aiseh, siapakah cikgu Rozie ni? Beginilah kami berdua, suka gurau-senda, kekadang saja provoke buat kita jeles, tapi I no hal sangat, dah kenal partner kita ni macam mana orangnya, dia provoke pun I buat dunno ja lah. ekeke.

mrs pip kalau makan bihun, suka makan bihun goreng tanpa kicap. suka letak udang dan lobak. Kalau mr.Husband pula goreng bihun, dia suka letak sedikit serbuk kunyit, jadinya bihun tu warna sedikit kekuningan.

resipi goreng bihun permata
resipi goreng bihun permata

Sorrylah gambar sangat tak cantik. Tapi mau tepek juga resipi di sini, Nextime mr.Husband masak lagi bihun ni dan dapat gambar yang lebih menarik, insya allah mrs pip update gambar bihun goreng permata ni ya.

Menjawab persoalan, why la muncul pula nama Cikgu Rozie? hahaha, ni cikgu playschool si Iman. Sweet orangnya. Kitorang semua suka kat cikgu ni.

Dulu waktu Iman sekolah di Permata, kitorang kerap buat aktiviti, dan selalu pun bawa makanan potluck. Satu hari tu , mr.Husband masak bihun goreng seperti ini, dan selepas tu cikgu rozie selalu request masak bihun goreng yang sama. Tu yang dapat idea bagi nama bihun goreng permata cikgu Rozie. Rindulah kat cikgu Rozie.

resipi goreng bihun permata
resipi goreng bihun permata

Bihun goreng campur serbuk kunyit ni, sama macam bihun goreng Singapore? atau bihun goreng Singapore tu lain cara nak masak? mrs pip tak sure sama ke tak, cuma kalau Google, nampaklah warna sedikit kuning kuning bihunnya, nampak macam sama kan.

Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak masak bihun goreng Permata si Cikgu Rozie :-

Bahan-bahan masakan bihun goreng Permata:- 

1 bungkus bihun (kami prefer guna jenama Big Mama)
4 ulas bawang putih
1 biji telur
1/3 batang lobak merah dipotong dadu halus
4 ekor udang saiz sederhana
2 sudu kecil pati ikan bilis
Garam
Serbuk white pepper
Serbuk kunyit
Segenggam sayur manis (optional)
1 sudu minyak bijan (optional)


Cara-cara untuk memasak bihun goreng Permata:-

  • 1 bungkus bihun di rebus sehingga agak lembut, serta bilas dengan air sejuk. 
  • Toskan, lerai-leraikan bihun dan letak sedikit minyak agar tidak melekat.
Tumis bahan-bahan di dalam kuali
  • Tumis 4 ulas bawang putih bersama 1 biji telur
  • Masukkan isi udang secukupnya 
  • Masukkan lobak merah yang dipotong dadu halus (boleh guna lada merah besar). 
  • Tambah 2 sudu kecil pati bilis
  • Tambah 1 sudu kecil garam (atau secukupnya)
  • Tambah 1 sudu kecil serbuk white pepper (atau secukupnya)
  • Tambah 1 sudu kecil serbuk kunyit (atau secukupnya)
  • Gaul dan masukkan bihun tadi. 
  • Goreng bihun, dan pastikan semua bahan-bahan digaul rata di dalam kuali
  • Apabila bihun hampir masak, masukkan sedikit air dan segenggam daun sayur manis. 
  • Gaul seketika sehingga sayur manis kelihatan sedikit layu
  •  Masukkan 1 sudu minyak bijan. 
  • Siap.
Ok , dah siap. Rasanya korang pun biasa kan buat bihun goreng simple mudah macam ni? mrs pip dulu memang tak suka goreng bihun, selalu melekat di kuali. 

Kemudian baru tau ada sesetengah bihun tu memang kena take care elok-elok, kalau tak mudah melekat di kuali. Dan so far lah, memang akan guna bihun jenama BIG MAMA pasal bihun ni mudah lembut dan senang untuk digoreng dalam kuali, tidak melekat. Dan rasanya pun sedap.


love hugs and kisses.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

9 Comments

  1. Saya kurang minat sangat bihun. Jadi, memang x pernah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalau jannah nak masak, try guna jenama big mama. Rasanya lebih sedap berbanding bihun lain.

      Delete
  2. seronok kan masak dengan en suami bersama-sama atau gilir, saya dengan en suami pun sama.Bihun goreng faveret kami sekeluarga, tapi kami biasa masak yang kaler merah sebab suka pedas letak cili kering blend:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak cili pun seeap, tapi anak anak Saya Tak makan pedas.

      Delete
  3. yes! me and ava faberet meehoon goreng putih camni. taknak tambah kicap, campur carrot dan sosej kuib kecil2 saja. yummeh!!

    ReplyDelete
  4. Suka makan bihun goreng tapi tak suka masaknya sebab selalu rasa tak sedap macam orang lain masak hahahha :)

    ReplyDelete
  5. kalau bihun goreng spore saya suka makan dengan kicap pedas tu..baru ngam..hehe..yg ni kalau tgk gambar macam rupa bihun goreng spore...tak nmpk sangat kuning..mgkn sebab lighting...

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.