Tonton When The Weather is Fine Kdrama (Starring Park Min Young dan Kang Seo Joon) || Review Full Episode

Tonton When The Weather is Fine Kdrama (Starring Park Min Young dan Kang Seo Joon) || Review Full Episode


hi there, korean drama when the weather is fine mungkin tak sedaebak cerita hot the world of married couple yang sedang berlangsung sekarang, tapi kalau korang sukakan drama dengan plot sweet romance, lokasi lakonan di perkambungan bergunung, dan shooting pada musim salji, serta pelakon yang cantik Park Min Young dan watak hero yang thoughtful lakonan Seo Kang Joon, maka korang  layan cerita drama korea ni When The Weather is Fine.

Drama Korea When The Weather is Fine
Drama Korea When The Weather is Fine

mrs pip copy paste sinopsis drama ni ok, source dari AsianWiki. 
Hye-Won (Park Min-Young) is an ordinary woman with good character. She has played the cello since she was a child. Hye-Won began her social life with her ability to play the cello, but, during that time, she was hurt emotionally by others. Due to that, Hye-Won does not trust people and she has closed her heart to others. Hye-Won becomes sick and tired of her life in Seoul and decides to move back to her hometown Bookhyun Village. There, Hye-Won meets Eun-Seob (Seo Kang-Joon). He runs the bookshop "Goodnight Bookstore." Eun-Seob's daily life is simple. He wakes up and drinks coffee, reads a book and writes on his blog. Eun-Seob's daily life begins to change after he meets Hye-Won.

Review drama When The Weather is Fine (Starring Park Min Young dan Kang Seo Joon)


Dua watak utama dalam drama ini semestinya watak Eun Seop dan Hae Won. Watak Eun Seop dipegang oleh Seo Kang Joon, dan ini drama kedua yang mrs pip follow lakonan dia. Sebelum ni mrs pip tengok dia dalam drama Cheese in a Trap , dalam drama tu dia pegang watak nakal nakal sikit gitu, but to watch. Berlakon bersama Park Hae Jin dan Kim Go Eun.

Park Min Young pegang watak sebagai Hae Won dalam drama When the weather is fine. Tak perlulah kot kenalkan Park Min Young ni kan since dia bagi mrs pip lah memang actress femes amos ... suka lah tengok dia ni, sweet dan attractive.

Drama Korea When The Weather is Fine


Watak-watak utama dalam When The Weather is Fine Kdrama


Eun Seop


Eun Seop ni anak angkat kepada keluarga Lim, diambil ketika dia masih kecil oleh ayah dia Lim Jong Pil. Eun Seop ni dulu tinggal di pergunungan dengan ayah kandung dia tapi bila ayah kandung dia meninggal, dia turun ke kaki gunung dan ditemui oleh Lim Jong Pil. 

Mak angkat Eun Seop ni, Yeon Yeo Jung suka sangat bila suami dia balik bawa Eun Seop. Dia jaga Eun Seop macam anak dia sendiri. Waktu Eun Seop datang ke rumah dorang, Yeo Jung tengah pregnant, dan kemudian lahirlah Hwi, tapi Yeo Jung ni sayang sangat kat Eun Seop, tiada beza pilih kasih antara Eun Seop dan anak kandung dia Hwi.

Suka tengok hubungan adik beradik antara Eun Seop dan Hwi. nampak saja Hwi ni macam tak peduli kat Eun Seop, tapi dia sayang sangat kat Eun Seop. Ada satu part bila Hwi marah kat Eun Seop kenapa Eun Seop simpan gambar orang lain kat dalam wallet dia. Hwi bagitau dia cemburu. Hwi bagitau dia sayang Eun Seop sangat sangat pasal Eun Seop ni satu-satunya abang dia. Eh, sweet pula dorang adik beradik ni.

Drama Korea When The Weather is Fine
Drama Korea When The Weather is Fine

Hae Won


Hae Won ni waktu remaja dia tinggal di bandar, tapi kerana kejadian bunuh ayah dia, mak dia kena masuk penjara 7 tahun, so makcik dia lah yang jaga dia. Dan makcik dia bawa Hae Won balik ke kampung, sekolah dan membesar di sana.

Kat kampung tu lah dia kenal Eun Seop coz dorang satu sekolah satu kelas tapi tak berkawan pun pasal si Hae Won ni jenis yang pendiam tak berkawan sangat. Moreover, satu-satunya kawan yang dia percaya, pecahkan rahsia Hae Won yang mak dia membunuh ayah dia. So Hae Won ni kena kecam sebagai anak pembunuh. Stress betul bila pergi sekolah kau kena kecam kena sindir sindir anak pembunuh kan, sampaikan si Hae Won ni decided nak bunuh diri, tapi makcik si Hae Won ni berjaya selamatkan si Hae Won daripada percubaan bunuh diri.

Drama Korea When The Weather is Fine
Drama Korea When The Weather is Fine

Dalam drama ni, Hae Won ni pemain cello, dan mengajar cello kat akademi muzik tapi dia rasa life dia ni membosankan dan decided balik kampung jer lah rehatkan diri. Dan si Eun Seop ni pula buka kedai buku Good Night Bookstore. Since si Hae Won tak da apa sangat mau dibuat di kampung , dan si Eun Seop cari pekerja untuk bookstore dia pasal dia kena handle skating rink family dia, so si Hae Won ni lah yang kerja kat kedai buku si Eun Seop ni.

Bo Young


Drama Korea When The Weather is Fine
Drama Korea When The Weather is Fine

Bo Young , rakan baik Hae Won di sekolah. Tapi pasal Bo Young pecahkan rahsia Hae Won yang mak dia pembunuh , so Hae Won putuskan persahabatan dorang. Dan bila Bo Young dapat tahu yang Hae Won balik ke kampung, dia try minta maaf dekat Hae Won, tapi bagi Hae Won Bo Young dah khianati kepercayaan yang dia berikan. So putus sahabat!

Dan Bo Young ni since sekolah lagi memang suka kat Eun Seop tapi dia tak pernah bagitau Eun Seop. Dan bila Hae Won balik kampung dan nampak Hae Won rapat dengan Eun Seop, dia beranikan diri untuk berterus terang dengan Eun Seop tentang perasaan dia.

Ada banyak lagi watak menarik dalam drama when the weather is fine. Jalan cerita menarik. Dan sebenarnya bukan mak Hae Won yang bunuh ayah Hae Won. Siapa yang bunuh ayah Hae Won? Dan kenapa mak dia sembunyikan pembunuh sebenar? Fuh!

Watak Bo Young dipegang oleh Lim Se-Mi , dan dia heroin dalam drama Terius Behind Me .. korang layan tak drama Terius tu? Kalau korang layan, korang mesti familiar dengan Se Mi ni kan.

Nak tahu siapa yang bunuh ayah Hae Won tu, korang kenalah layan drama ni. Drama ni dah hampir ke penghujung. Dah masuk episod 14 , ada dua lagi episod akan datang minggu ini. Tak sabar nak tahu apa akan jadi kepada kesudahan pembunuh kepada ayah si Hae Won tu dan nak tahu adakah Hae Won akan pulang semula ke Seoul untuk mengajar cello lagi? dan kesudahan cinta dia dan Eun Seop nanti macam mana?

little forest
little forest

Oh ya, mungkin drama ini mengingatkan kamu kepada cerita Little Forest sedikit kerana jalan cerita heroin balik kampung selepas rasa bosan duduk dan bekerja di bandar.

When the Weather is Fine
When the Weather is Fine

Dan kalau tengok chemistry pasangan Eun Seop dan Hae Won, cinta dorang tu berkembang agak lambat dan Eun Seop lebih banyak menyekat diri dia sendiri daripada berterus terang tentang perasaan dia kat Hae Won, sementara Hae Won jenis yang sangat berterus terang dengan perasaan dia.

Tapi kalau tengok cerita ni dari awal, kita akan faham kenapa watak Eun Seop tu agak 'distant' dengan orang sekeliling dia. Jadi tidak hairan kalau Eun Seop bukan jenis yang suka berterus terang.

Drama ni jenis slow-paced . Maybe bagi some of you akan rasa drama ni biasa-biasa saja, nothing much great things happen in this drama. Tapi bagi someone yang sukakan drama yang relaxing, tak banyak konflik, lebih kepada hubungan kekeluargaan dan persahabatan, drama When The Weather is Fine menarik untuk ditonton.

Tapi drama ni ada juga bagi mrs pip "the butterflies effect". hehe. antaranya ialah bila Eun Seop temankan Hae Won balik ke rumah Hae Won, ahhh so sweet. Dan bila Young Woo tunggu Hae Won depan rumah untuk attend school gathering dorang, dan Hae Won pula expect Eu Seop yang datang, sekali tu orang lain pula yang datang jemput dia. Fuh, kecewa si Hae Won kan. I pun kecewa sekali!

oh ya, perkampungan tempat lokasi drama When the Weather is Fine ni sangat cantik apabila ianya diliputi salji kan ... shooting location When the Weather is Fine ialah di YeongWol County, terletak di Gangwon Province, North East of South Korea.

Filming Location Of Drama "When The Weather Is Fine" With Seo KangJoon & Park MinYoung
Filming Location Of Drama "When The Weather Is Fine"
With Seo KangJoon & Park MinYoung

Yang layan drama When The Weather is Fine , what say you? Ok ke tak ok drama ni? Kalau korang tanya mrs pip drama ni best atau tidak, well gandingan Park Min Young dan Kang Seo Joon dalam drama ni macam kurang menjadilah (just my own opinion, jangan kecam sis ok).

Episod Terakhir (Episod 16)


Yeah, cerita When The Weather Is Fine dah pun berakhir. Ending yang menarik, just like what I want it to be. Rasanya ramai yang dah layan drama ni kan. Dah tahu pun ending drama ni macam mana kan. So nak share juga kat korang ending cerita drama ni macam mana.

Hae Won dah balik ke Seoul, dia pergi few audition untuk kelas mengajar muzik tapi rasanya dia failed. Tapi Hae Won kan jenis macam tak kisah pun dia pass atau fail. Then mak dia bagitau yang makcik dia nak pindah, so sebelum makcik dia pindah, mak dia suruh Hae Won balik jumpa makcik dia.

Hae Won balik kampung. Dia jumpa makcik dia dan say goodbye kat makcik dia. Yeay happy lah makcik dia akhirnya pilih untuk bersama kekasih dari zaman remaja dia yang putus ditengah jalan kerana terpaksa jaga Hae Won selama mak si Hae Won di dalam tahanan dulu. Tapi tu alasan kenapa dia putuskan hubungan , ada sebab rahsia lain, nak tahu korang kenalah layan cerita ni.

Dan Hae Won jumpa Eun Seop. Dan biasalah Eun Seop kan jenis acah acah mahu tapi malu. Dia pura-pura macam layan tak layan si Hae Won padahal dorang kan bercinta sebelum Hae Won balik Seoul. Tapi end of the day, Eun Seop dan Hae Won stick together T_T

Hae Won pun dah maafkan Bo Young, tapi dia tak mampu nak terima Bo Young kembali seperti dia pernah bersahabat baik dengan Bo Young. Yang ni senang cakap we are human, we get hurt and it takes time to heal. So life memang macam ni, ada masa kau boleh maafkan orang yang sakitkan hati kau, tapi ada masa kau tak mampu nak maafkan orang tu atas sebab tertentu.

apapun, happy watching everyone.

hugs and kisses.

cheers.

Post a Comment

16 Comments

  1. Saya tak tengok drama ni lengkap. Cuma layan video nya kat ig ja. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ya ka.
      drama ni agak slow sikit, tapi overall not bad.

      Delete
  2. macam best je


    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
  3. Macam.menarik je citer ni..SA kalau dh start tengok sure terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita sweet sweet bersemut, best layan. hehe.

      Delete
  4. Saya akhir akhir ni suka kali nonton drakor, ntah kenape. Cerite atau alur yang dibawakan drama ni menghibur sekali, apalagi banyak sengitan yang terjadi dalam drama tu hha

    ReplyDelete
  5. Little Forest Film tu dah tengok. best. Suka view dan suasana kampung dia. lagi satu sebab ada Ryu Jun-yeol berlakon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo suka Ryu eh.
      kebetulan kan little forest pun guna nama Hae Won juga ...

      Delete
  6. jadi..mo d layan lai ni drama kan kak pip..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bah layan tau drama ni KG, sweet sweet bersemut ni drama.

      Delete
  7. haaa tunggu dia habis baru syok nak tengok. Marathon terus dua hari

    ReplyDelete
  8. dedua hero heroin kite suka.. da habis tayang ni baru mula nak download.. ini pun baru habis Itaewon Class hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka dua dua pelakon utama ...
      haha, tu yang boleh layan cerita ni.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.