Kegunaan Naughty Corner Dalam Mendidik Anak-Anak

hi semua. Naughty Corner untuk anak. Apa itu Naughty Corner untuk anak? Naughty Corner untuk anak  adalah cara untuk kurangkan tantrum anak-anak. 

Rasanya ramai ibubapa yang tahu mengenai naughty corner, dan menggunakan naughty corner sebaiknya untuk memberikan anak-anak sedikit "timeout" untuk mendisiplinkan anak-anak.

Seorang anak dengan seorang anak yang lain adalah berbeza-besa disiplin mereka, walaupun dibesarkan, diadun menggunakan resipi yang sama. Dan tidak semua anak-anak sesuai dikenakan hukuman menggunakan Naughty Corner.

Bagi mrs pip sendiri, motherhood journey antara Iman, Amin dan Nami sangat berbeza. Perangai mereka berbeza dan cara mrs pip handle perangai mereka juga menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. 

Iman umpanya, tak makan saman dengan Naughty Corner. Kau letaklah dia kat naughty corner ni, suruh berdiri diam-diam dan bagi some space untuk dia berfikir, hurm dia boleh senyum-senyum ketawa-ketawa lepas tu tanya pelbagai soalan yang ada masanya mrs pip pun hilang akal untuk menjawab.

Amin pula tak perlu masuk Naughty Corner. Dia cepat behave apabila mrs pip tegur. Amin jenis cepat dengar kata. Jadi, tiada sebab untuk Amin menghadap Naughty Corner. 

Kegunaan naughty corner dalam mendidik anak-anak.


dan buat pertama kalinya, Nami kena duduk diam di Naughty Corner dua hari lepas. Fuh, boleh tahan juga mrs pip fikir banyak kali untuk letak Nami di Naughty Corner ni. I just hate myself as a mom to put my kids facing the Naughty Corner!


Apa itu Naughty Corner? 


Ada banyak definisi mengenai naughty corner. Tapi bagi mrs pip, mrs pip define Naughty Corner sebagai ruang untuk anak-anak timeout dengan tantrum mereka. Bagi mereka sedikit ruang untuk alleviate perasaan tantrum tanpa sebab dan biarkan mereka berada sekejap di Naughty Corner tersebut. 

Anak-anak pada usia Nami (18 bulan), biasanya akan mudah faham tentang salah laku mereka. Mereka tahu what's Do's and Dont's yang telah ditetapkan buat mereka. 

Jadi sekiranya mereka mis-behaviour (yang sangat keterlaluan) , dan langsung tidak mahu mengendahkan kata-kata mommy, ada baiknya mereka diletakkan di Naughty Corner. 

Salah satu sebab yang biasa kenapa mereka misbehavior ialah, anak-anak mahukan attention daripada mommy/daddy.


Cara bagaimana hukuman Naughty Corner dilakukan


Ada pelbagai cara untuk mengenakan naughty corner kepada anak-anak. Terpulang cara bagaimana yang anda gunakan. 

Ini adalah cara mrs pip mengenakan hukuman Naughty Corner :-

  • Letak anak di Naughty Corner
  • Bagitau kenapa dia perlu berada di Naughty Corner
  • Biarkan anak selama sekitar 5 - 10 minit bersendirian
  • Pastikan adik-beradik lain atau sesiapun usik anak yang sedang dikenakan hukuman, pendek kata no distractions untuk anak yang berada di Naughty Corner
  • Selepas hukuman Naughty Corner dikenakan, ambil anak dan bagitau anak yang dia perlu diletakkan di Naughty Corner bukan kerana anda marah atau bencikan dia, tapi kerana anda mahu dia belajar untuk tahu kesilapan yang dia buat seperti temper tanpa sebab, tantrum yang melampau dan sebagainya
  • Bagitau anak yang dia boleh menyambung aktiviti yang dia ingin lakukan, dan mengulangi kesilapan seperti temper dan tantrum menyebabkan dia akan ke Naughty Corner semula.
  • Cakaplah dengan elok dan kawal perasaan marah kamu sekiranya kamu sedang marah dengan perangai anak yang tak serupa bikin , teehee


Ingat, your kids is just the mini-version of you.

Ibubapa lain ada tak cara lain yang digunakan untuk denda anak apabila mereka tantrum berlebihan? Oh ya, sebab kenapa Nami diletakkan di Naughty Corner hari tu adalah kerana Nami cemburu keterlaluan ketika mrs pip mengajar Abang Iman membuat kerja rumah. 

Nami purposely marah mrs pip. Siap tak benarkan mrs pip tengok dan bercakap dengan Abang Iman, Nami nak mommy tengok dan cium Nami .. Alolo, manja sangat, tapi ini bukan sesuatu yang baik untuk Nami. 

Hah, tantrum tak tentu pasal walaupun mrs pip bagitau yang mommy perlu siapkan homework bersama Abang Iman, kemudian baru layan Nami bermain. 

Happy Parenting.

cheers.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nami lebih kurang anak saya, Nayla la mrs.pip. Kesian dia. Tapi belom berjaya buat naughty corner ni lagi.

    ReplyDelete
  2. adudu jealous lah nami tu, yes it a good idea tuk adakan naughty corner, anak2 ni sebenar cepat faham just diorang selalu bermasalah bila need more attention. parenthood always not easy but if kita buat dgn kasih sayang, insyaallah diaorang akan menjadi org yg berguna dewasa kelak. selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  3. adeh Nami punya jeles kan, boleh tahan tau. but actually good buat naughty corner macam ni sbb utk kita ajar anak bila diaorang buat perangai tak tentu pasal yg boleh buat kita high blood..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.