Review KMovie : The Negotiation, Parasite, Exit, Juror8, Socialphobia - MrsPipDotCom
News Update
Loading...

Monday, 23 March 2020

Review KMovie : The Negotiation, Parasite, Exit, Juror8, Socialphobia

hi there, wah marathon sangat Mrs Pip tengok korean movie ni iaitu The Negotiaton , Parasite, Exit, Juror8, SocialPhobia. Korang dah tengok belum korean movie yang Mrs Pip listed ni? Ok lah, ada yang worth to watch, ada yang biasa biasa saja, apapun taste kita berbeza beza kan, so maybe tak best korang kata, tapi best kot bagi pendapat mrs pip, ekeke.

1. The Negotiation (Hyun Bin dan Son Ye Jin)


jadi jomlah kita review singkat beberapa korean movie yang sempat ditonton oleh Mrs Pip. Memandangkan Hyun Bin dan Son Ye Jin trending betul dalam drama korea Crash Landing On You, jadi korang yang sukakan pasangan ni wajib tengok movie dorang bersama dalam The Negotiatiation.

psycho thriller korean movie the negotiation
psycho thriller korean movie the negotiation

Han Chae Yun (Son Ye Jin) memegang watak sebagai the negotiator berusaha untuk berunding demi membebaskan tawanan yang ditawan oleh penculik bernama Min Tae Gu (Hyun Bin). Jalan cerita yang menarik, berkaitan dengan skandal rasuah di kalangan politician. Dan plot twist yang menarik. Agak intense juga movie ni apabila permintaan Min Tae Gu tidak dipenuhi dan dia membunuh tebusan tanpa rasa bersalah. Psychotic thriller! Tapi korang kena tengok dari mula hingga akhir untuk merungkai semua teka teki dalam movie ni.


2. Parasite 


Sebelum Mrs Pip review Parasite Korean Movie ni, jom tengok senarai barisan pelakon parasite, kot kot ada yang korang familiar sangat.

Song Kang-ho as Kim Ki-taek  father of the Kim family
Choi Woo-shik as Kim Ki-woo son of the Kim family
Park So-dam as Kim Ki-jung  daughter of the Kim family
Jang Hye-jin as Park Chung-sook mother of the Kim family
Lee Sun-kyun as Park Dong-ik father of the Park family
Cho Yeo-jeong as Choi Yeon-gyo  mother of the Park family
Jung Ji-so as Park Da-hye daughter of the Park family
Jung Hyeon-jun as Park Da-song  son of the Park family
Lee Jung-eun as Gook Moon-gwang  the housekeeper
Park Myung-hoon as Oh Geun-sae Moon-gwang's husband
Park Geun-rok as Kim Ki-taek's predecessor as Park Dong-ik's chauffeur, who is only mentioned with his family name Yoon
Park Seo-joon as Min-hyuk ), Ki-woo’s friend (cameo appearance)

korean movie international award received Parasite
korean movie international award received Parasite

Ceritanya bermula apabila Min Hyuk meminta Ki Woo untuk menggantikannya mengajar tuisyen  English anak kepada orang kaya keluarga Park kerana Ki Woo sangat mahir dalam bahasa Inggeris.

Ki Woo bersetuju dengan offer yang diberikan oleh Min Hyuk, dan bermulalah drama apabila satu demi satu ahli keluarga Ki Woo menjadi pekerja di rumah keluarga Park.

Mereka menyingkirkan pemandu dan orang gaji keluarga Park yang sedia ada, dan diganti oleh bapa dan ibu Ki Woo, manakala sebelum itu, Ki Woo bijak mencari jalan untuk memasukkan kakaknya sebagai salah seorang cikgu tuisyen bagi anak lelaki keluarga Park.

Movie ini menunjukkan bagaimana kemiskinan sangat memaksa setiap ahli keluarga di dalam sesebuah institusi kekeluargaan untuk mencari pekerjaan demi sesuap nasi dan untuk menyokong antara satu ahli keluarga dengan ahli keluarga yang lain.

Dan si kaya keluarga Park di dalam cerita ini adalah keluarga yang kaya yang serba serbi tidak mempunyai kekurangan, dan bagi pendapat Mrs Pip yang lebih mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang diberikan adalah Ki Woo sekeluarga.

Walaupun ada yang mengatakan movie ni menceritakan tentang perbezaan dua kasta si kaya dan si miskin, tapi bagi pendapat mrs pip la, movie ni lebih kepada menceritakan tentang kehidupan manusia struggle untuk meneruskan kehidupan dan sama da kaya atau miskin, masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain.

Bezanya, sejauh mana kita bersyukur dan benar benar ikhlas melakukan perkerjaan dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberi.

Movie yang mempunyai mesej yang baik.


3. Exit (Lakonan Jo Jung Suk dan Im Yoona SNSD)


Cerita movie ni best. Haha, kelakar pun ada, serius pun ada. Adrenaline rush pun ada ! Since Jo Jung Suk ni salah seorang pelakon kegemaran Mrs Pip jadi haruslah layan juga movie ni. Dan yes, lakonan Yoona dalam movie ni sangat tidak mengecewakan. Rasanya lakonan Yoona improve banyak dalam movie ni berbanding dalam drama-drama dia  sebelum ini.

korean movie best EXIT
korean movie best EXIT

Movie Exit ni mengisahkan tentang Yong Nam (lakonan Jo Jung Suk) seorang rock climber hebat ketika di kolej, namun tidak berjaya mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat kolej. Dan pada ulangtahun kelahiran mak dia yang ke 70, Yong Nam nak sangat celebrate birthday mak dia kat Dream Garden pasal old crush dia si Eui Joo (lakonan Yoona) bekerja di Dream Garden, so ni cara dia nak jumpa dengan old crush dia ni la.

Pada malam sambutan hari jadi mak dia tu, ada orang yang tidak bertanggungjawab melepaskan gas beracun, dan untuk memastikan seluruh keluarga Yong Nam selamat, dia kena bawa ahli keluarga dia ke tingkat atas bangunan tersebut, tapi pintu untuk ke roof top tu terkunci jadi Yong Nam perlu cari jalan untuk panjat dinding dari luar dan buka pintu roof top tersebut.

Bila semua ahli keluarga Yong Nam berjaya dibaw ke roof top dan pasukan penyelamat berjaya selamatkan keluarga Yong Nam tapi malangnya Yong Nam dan Eui Joo terpaksa ditinggalkan kerana lebih muatan, jadi terpaksalah Yong Nam dan Eui Joo mencari bangunan yang lebih tinggi untuk menyelamatkan diri kerana gas beracun semakin naik ke atas bangunan.

memang fuh adrenaline rush sangat bila kau terpaksa guna tali untuk ke sebelah bangunan, berlari sepantas yang boleh dan memanjat bangunan yang lebih tinggi. Dan bila peluang kedua untuk diselamatkan tiba, sekali lagi Yong Nam dan Eui Joo terpaksa memberi laluan untuk menolong sekumpulan pelajar yang terperangkap di dalam bangunan.

Untuk movie EXIT ni, Mrs Pip recommend untuk korang tengok. Ada nilai kekeluargaan yang menarik untuk dipelajari dalam movie ni. Walaupun adik beradik kita ni tak sehebat kita, biasa-biasa saja, tapi jangan pandang remeh ok. Kot-kot adik beradik yang tak seberapa hebat ni lah akan tolong kita pada waktu waktu yang kita perlukan bantuan.

Dan Eui Joo yang dulu pernah reject Yong Nam, lepas apa yang dorang berdua lalui bersama, walaupun Eui Joo tak direct cakap dia nak Yong Nam kembali, tetapi ending tu dah boleh faham yang Eui Joo terima Yong Nam kembali. Sweet gitew :))


4. Juror8 (Lakonan Park Hyung Sik Zea:A dan Moon So Ri)


Movie Juror8 ni menceritakan tentang 8 orang juri awam yang dipilih oleh hakim untuk membantu dalam membuat penilaian pengadilan di dalam mahkamah Korea Selatan, dan mereka ialah 8 orang pertama yang menjadi juri buat pertama kalinya apabila sistem kehakiman Korea Selatan memperkenalkan sistem juri di dalamh mahkamah.

korean drama juror8
korean drama juror8

Kes yang sedang dibicarakan pada waktu itu ialah kes pembunuhan seorang anak yang dituduh membunuh ibunya yang sudah berusia menggunakan tukul. Tertuduh sudahpun mengaku bersalah membunuh ibunya, dan tugas juri hanyalah untuk memastikan berapa lama tertuduh harus dipenjarakan , namun salah seorang juri bernama Nam Woo (lakonan Park Hyung Sik) berasa ragu-ragu terhadap keputusan yang mengatakan tertuduh benar-benar membunuh ibunya sendiri.

Hal ini berlaku kerana, Nam Woo secara kebetulan tersesat di dalam bangunan kehakiman, sehingga terjumpa tertuduh yang dikurung di sel tahanan sementara menunggu waktu rehat perbicaraan tamat terlihat yang tertuduh tidak mempunyai jari, jadi harus bagaimana tertuduh boleh memegang tukul dan membunuh mangsa?

Tertuduh berjaya dibebaskan oleh hakim yang merasakan ada keraguan di dalam perbicaraan. Walaupun jalan cerita movie Juror8 ni agak santai, mudah untuk difahami, namun ada part yang agak hambar dan agak kurang menarik.


5. Socialphobia (Lakonan Lee Joo Seung dan Byun Yo Han)


korean movie socialphobia
korean movie socialphobia

movie socialphobia ini berkisar tentang sekumpulan belia yang ingin mencari kebenaran sama ada kematian seorang gadis yang bernama Ri Na disebabkan beliau dibunuh atau disebabkan oleh bunuh diri.

Ri Na meningalkan komen kesat terhadap kematian bunuh diri seorang askar dan beliau menjadi sasaran serangan oleh belia yang lain. Dan pada hari ketika sekumpulan belia yang diketuai oleh Ji Woong dan Yeong Min datang ke rumah beliau, mereka menemui Ri Na mati menggantung diri.

Cerita ni lebih kepada penggunaan media sosial dan bagaimana media sosial dijadikan tempat untuk bergaduh, dan menjatuhkan pihak lain.

Jalan cerita yang agak sukar sedikit untuk difahami oleh Mrs Pip, tetapi berjaya ditonton sehingga habis. Kalau korang yang addicted kepada media social, jangan abuse penggunaan media sosial sehingga boleh mencetuskan pergaduhan dan membawa kepada kematian!

Done watching korean movie. Dan done watching Cheese in a trap (korean drama) juga, stay tune (insya allah) Mrs Pip siapkan review untuk drama Cheese in a trap lakonan Park Hae Jin dan Kim Go Eun.

cheers.

Share with your friends

2 comments

  1. no 1 dengan no 3 je dah tengok.. yang lenlain tu belum lagi..

    ReplyDelete
  2. no.1 dan no. 3 tu recommended.
    yang lain tu so so saja.

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done