Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun - MrsPipDotCom
News Update
Loading...

Tuesday, 31 March 2020

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

hi there, hampir terlupa untuk update kisah harijadi Iman. Mommy update di sini untuk kenangan Iman kelak. Mommy walaupun bukan seorang yang suka buat sambutan birthday, tapi untuk birthday anak anak, mommy akan try buat so that apabila anak anak besar kelak, at least dorang ada kenangan sambutan birthday time kecik-kecik dulu #creatingmemories.

Kitorang celebrate birthday Iman pada 7/Mac (harijadi Iman 4/Mac) , hari Sabtu. Memang akan celebrate any birthdays pada hujung minggu kerana weekdays daddy kan busy kerja. Moreover ahli keluarga lain biasanya free time pun memang hujung-hujung minggu, jadi no big deal pun celebrate lewat.

Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun
Kek Superman untuk harijadi Iman 7 tahun

Celebrate pun ala kadar sahaja, just to create some good memories for Iman with us. Mommy order kek Superman untuk birthday Iman kali ini. Iman kan nowadays obses dengan superman, sikit-sikit superman, jadi Iman mesti extra happy kalau dapat kek Superman kan.

Tell you what, baju yang Iman pakai tu dah macam baju uniform rumah dia. Hari-hari mau pakai baju yang sama, hari-hari akan suruh mommy cuci baju tu, keringkan cepat dan esoknya dia nak pakai lagi baju yang sama as if tu sajalah satu-satunya baju dia!

haha, anak mommy sorang ni memang once dia obses dengan sesuatu, dia akan try hard untuk dapatkan apa yang dia nak. Dan adalah satu hari tu, Iman request nak cloak Superman. Dia punya membebel nak cloak tu memang susah nak bawa bincang. Boleh depress mommy dengan perangai Iman.

Iman dan Amin
Iman dan Amin

cloak tu mommy berjaya beli di shopee. sepasang dengan topeng muka tu, harga sekitar RM7.++ , so beli dua set. Satu lagi untuk Amin. Dan Amin pula , apa yang Iman suka, maka dia pun akan suka. Amin ni jenis follow Iman flow, cumanya Amin takkan paksa nak minta sesuatu. Kalau ada untuk dia, dia ok, kalau tiada untuk dia, dia pun no bid deal.

mommy dah siap siap pakaikan Iman baju kemeja sama macam Amin cuma berlainan warna. Half way tu Iman pergi tukar pakai baju kegemaran dia. Ok lah, kita raikan perbezaan, janji anak-anak mommy semua happy.

harijadi Iman 7 tahun
Kek Superman untuk
harijadi Iman 7 tahun


mommy pun dulu suka juga dengan Superman. eh, tapi mommy layan semua superheroes, tak da lah obses sangat dengan mana mana watak pun. Dulu-dulu time mommy, Superman yang paling femes mestilah Dean Cain dan heroin dia Teri Hatcher ... Tapi sebelum tu, time mommy kecik kecik macam Iman, watak Superman dibawakan oleh Christopher Reeve. Ok lah, dua actor ni mommy ingatlah. Lepas tu dah tak follow pun mana-mana cerita Superman. Dah besar kita layan Kdrama/KMovie la pula. ekekeke.

kek Superman Iman ni, mommy pilih red velvet. Sedap. Tak manis. Rasa kek ni just nice di tekak mommy. Untuk kek 1KG ni, harga RM70.00. Oklah, harga reasonable bagi mommy.

Untuk tempahan kek harijadi / kek pertunangan / kek perkahwinan bagi kawasan Membakut, bolehlah menempah kek dengan Puan Suimeh (wasap 017-803-4302). Harga kek affordable dan sedap.

harijadi Iman 7 tahun
harijadi Iman 7 tahun

mommy tak banyak pun ambil gambar time birthday Iman. Just snap a few saja. Lebih busy makan makan dengan family members. Kitorang macam ni lah, once makan-makan memang semua malas nak ambil gambar, semua pun busy nak penuhkan perut masing-masing sambil berborak.

bahan-bahan steamboat
bahan-bahan steamboat

Daddy dah siap siap bagitau, untuk makan makan sempena harijadi Iman, dia just sediakan bahan bahan steamboat. Ndak perlu susah susah mau masak , Kita ber-steamboat saja di rumah bersama ahli keluarga yang lain. Minuman pun daddy hanya sediakan minuman kotak.

gambar steamboat pun hanya ni jak yang ter-snap. Makan dengan mee. Ada udang segar juga. Budak-budak enjoy makan udang dan mee, yang bahan-bahan steamboat lain tu, dorang makan so-so jak lah. Yang banyak melantak kitorang ler yang dewasa-dewasa ni.

harijadi Iman 7 tahun
harijadi Iman 7 tahun


mommy hari tu tak sempat nak decorate apapun untuk birthday Iman, just sempat beli belon untuk lekat di dinding, dan juga birthday banner. NI sajalah yang mommy sempat fikir nak beli untuk decoration birthday. Sebenarnya , ni rancangan last minute.

Beli di kedai Ninso. Birthday banner tu harga RM2.30, belon pula 10 pcs per pack RM2.30, so beli 2 pek  .. harga affordable kan barang di Ninso. Maybe lepas ni kalau ada rezeki nak celebrate birthday Nami pula untuk 2 years old bulan Ogos ni, Insya allah mommy plan awal, so ndak da kelam kabut. Boleh deko-deko nanti.

Sekian untuk cerita birthday Iman yang ke-7 tahun. Hadiah Iman tahun ni, as usual mommy belikan set buku ...

Thanks daddy belanja kitorang makan-makan steamboat sampai kenyang perut. Semoga murah rezeki daddy selalu belanja kitorang, muah.

Untuk Iman, semoga membesar jadi anak yang baik dan elok budi pekerti ... Saranghae!

Sekejapnya Iman dah besar, rasanya macam baru juga mommy preggykan Iman. 

we all love Iman ❤️

cheers.

Share with your friends

6 comments

  1. Happy Birthday Iman...comel kek superman dia...

    ReplyDelete
  2. yup.. untuk kenangan kan mrs pip.. tak kisah macam mana sambutannya, yang paling utama kenangan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah Sha, nnt dorg besar ada juga memori untuk dorang kenang.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.

Notification
Selamat datang ke blog MrsPipDotCom. Semoga perkongsian di dalam blog ini bermanfaat untuk semua. Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan dan kolaborasi, sila email ke mrspipdotcom@gmail.com.
Done