Cabut Gigi Geraham Kecil Dan Besar

hi there, pengalaman cabut gigi geraham kecil dan gigi geraham besar. Bulan December ni, banyak perancangan tergendala. Nampak gayanya, semua yang dirancang terpaksa ditunda ke lain waktu, insya allah kalau umur panjang. 


Pengalaman Aku Cabut Gigi Geraham Kecil Dan Besar


Bulan ni gigi meragam tahap tak boleh nak bincang, end up ke dentist jugalah serah diri.

cabut gigi geraham kecil & besar
cabut gigi geraham kecil & besar


bukan satu batang gigi, tapi DUA batang gigi yang sakit, sebelah menyebelah. 

Gigi geraham kecil dan gigi geraham besar, sakit sangat sangat, ada bengkak di sekitar gigi yang sakit tu.

29/11/19 

pergi dental clinic , ingat nak cabut terus, tapi dentist refused pasal dah bengkak, kalau suntik bius nanti tak rasa kebas so kena makan antibiotik dulu.

dentist bagi option cabut atau buat rawatan akar, cost rawatan akar RM350.00 untuk geraham kecil. memang decide nak buat rawatan akar coz sayang lah mau cabut gigi kan ...

07/12/19 

appointment buat rawatan akar. tapi bila doktor periksa betul betul, gigi geraham kecil ni dah ditampal hampir keseluruhan.

cabut gigi geraham kecil & besar
cabut gigi geraham kecil

Tepi gigi dah nipis sangat, so kalau buat rawatan akar, ada potensi gigi akan pecah pasal casing gigi tak grip kuat (korang pigilah tengok kat youtube macam rawatan akar dibuat) ... end up cabut jak la gigi tu.

Dan memandangkan gigi geraham besar kejap datang sakit on and off berdenyut denyut , jadi dentist bagi antibiotik lagi.

16/12/2019 
kali ni cabut gigi geraham besar pula. Dentist refused buat rawatan akar untuk gigi geraham besar, katanya kalau nak buat juga dia akan refer kan ke klinik pakar di kota kinabalu. Kos sekitar RM1000.00 ...

cabut gigi geraham kecil & besar
cabut gigi geraham besar

Tapi keadaan gigi macam tak sesuai la nak buat rawatan akar bagi pendapat mrs pip. 

lepas makan antibiotik pun still ada sakit juga.

Kita cabutlah senang kan ... 

Jimat pun jimat, nanti anytime ada rezeki buat FLEXIBLE DENTURE sajalah ...



jadi end up cabutlah gigi geraham besar ni dengan paksarela.

Dan doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit juga ....

Sakit tak cabut gigi?


Haha, apalah punya soalan ni. 

Sakit tu tak lah rasa time kena cabut coz doktor sapu gel dulu before dia suntik bius tu. 

Serius tak sakit dan tak rasa apapun.

Time tooth extraction pun alhamdulillah smooth and easy saja. 

Tak apa nak takut pun.

TAPI ... yang sakit ialah after cabut tu selepas hilang rasa kebas tu . 

Gigi geraham kecil tu sehari dua lah juga sakit gigi tu . 

Tapi gigi geraham besar ni , seminggu jugalah menahan sakit lepas kena cabut , ekeke.

Kena makan ubat tahan sakit yang dentist tu siap siap bagi 😉

cabut gigi geraham kecil & besar
cabut gigi geraham kecil & besar


Korang, jagalah kesihatan gigi tau. Jangan gigi dah sakit baru nak jumpa dentist. 

Pigilah buat pemeriksaan , jangan bila dah sakit baru terhegeh2 nak jumpa dentist.

So far, pengalaman cabut gigi ni ok sajalah. 

Tiada yang menakutkan pun. Apapun, jaga kesihatan tau.

cabut gigi geraham kecil & besar
cabut gigi geraham kecil & besar

ni pula time tengah tunggu giliran , gegirl tu datang dekat Nami, nak sangat dia ajak Nami bermain .... 

sporting bila ajak ambil gambar. 

Cantik budaknya. 

Dengar family dia cakap loghat Sarawak , so maybe dia half half sabahan-sarawakian la kot.

apapun #bakalmenantu , lupa pula tanya nama gegirl ni 😉

mrs pip cabut gigi di klinik dr. Andrea , Beaufort. 

Datanglah awal kalau nak cabut gigi, klinik ni selalu penuh tau.

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. Dr kata gigi Rabia cantik. Tapi tak pernah miss jumpa doktor gigi. Selalu nya Dr scalling gigi Rabia. Sebab ada karies gigi sikit.

    ReplyDelete
  2. huhu.. sy sampai skrg takut mau cabut gigi kak..
    sebelum ini just scaling dan tampal saja.. sbb doktor pun ckap gigi masi okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  3. Gigi kekal tiada gantinya.
    eh ada, gigi palsu.

    ReplyDelete
  4. takutnya cabut gg last cbut 2017 sha ada lg ni berlubang huhu

    ReplyDelete
  5. yea betul. masa cabut gigi tu tak rasa apa sebab dah di bius. hah tunggu lepas ubat bius dh hilang, duh dia punya sakit berhari-hari. sampai masa asyik sakit lepas cabut tu, saya duk fikir ada lagi lebihan gigi yang tertinggal ke Dr x cabut. haha. pdhal Dr dh check, gigi memang dah keluar habis semua. but after few days, baru okey.

    ReplyDelete
  6. Sha pun baru tahun ni cabut gigi geraham besar. Boleh tahan gigil juga, tapi sebab rasa sakit berdenyut gigi lagi kuat, pejam mata saja lah 😁

    ReplyDelete
  7. Kc Alhamdulillah setakat ni takde masalah sangat gigi. Tapi nantiiiii dah makin grow up, mesti kena mengadap doktor gigi juga hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.