Review Novel Papa Nak Menantu (by Hasrudi Jawawi)

hi there, lama ndak buat review novel, padahal banyaknya sudah novel yg berjaya dibaca, tapi tu lah, malas punya pasal kan ... slow slow lah buat review novel lepas ni, hope ada kerajinan di bulan puasa , hehe

novel PAPA NAK MENANTU ni setebal 576 muka surat hasil.karya Hasrudi Jawawi ... ceritanya not bad, cerita orang orang kebiasaan, dan ada humor di dalam penceritaannya.


ni cerita berkisar mengenai Pak Saad yang memaksa anaknya Syahirah untuk mencari calon suami pada ulangtahun kelahiran Pak Saad yang bakal datang, kalau Syahirah gagal, maka Syahirah akan dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe ...

sebenarnya Pak Saad nak Syahirah berubah daripada sikap malas dan berjiwa tomboy kepada seorang wanita yang berjiwa lembut dan pandai buat kerja rumah ...

dengan pertolongan sahabat baik Syahirah, si Shakir maka misi mencari bakal suami pun bermula ... dengan perkenalan di Facebook, Syahirah bertemu dengan Aidil, lelaki yang pernah patah hati dua tahun lalu apabila ditinggalkan kekasihnya bernama Delyna ... 

Aidil sukakan wanita yang lemah lembut, suka berbaju kurung dan tidak boyish, mmg berbeza dgn si Syahirah yg lasak, kasar dan tomboy tu ... tapi, kerana terpaksa dan terdesak nak cari calon menantu untuk papanya, Syahirah sanggup berubah ... dia mula belajar berbaju kurung, dan belajar memasak , dan berusaha untuk menunjukkan sifat kewanitaannya di depan Aidil

satu lagi sikap Aidil yang Syahirah tidak tahu ialah, Aidil sangat bencikan golongan lembut kerana dia punya kenangan buruk terhadap golongan lembut ni, dan Aidil tidak mengetahui yang papa Syahirah termasuk di dalam golongan sedikit lembut ni ...

cinta yang tengah mekar antara Aidil dan Syahirah terputus apabila Aidil mengetahui yang papa Syahirah adalah golongan lembut, dan kerana tarikh harijadi papa Syahirah semakin dekat, dan Aidil sudahpun memilih utk tidak bersama Syahirah, maka terpaksalah Syahirah akur dengan pilihan papanya ...

Papa Syahirah memilih Nazim, rakan lama aka cinta monyet Syahirah utk dijadikan menantu pilihan, kebetulan Nazim baru saja balik setelah menetap di luar negara selama beberapa tahun, dan Nazim mmg berharap untuk mendapatkan cinta Syahirah semula ...

Happy ending,  Syahirah kawin dengan Aidil, Nazim pula kawin dengan Nabila, manakala Delyna kawin dengan Syakir .. Nabila tu kawan Syahirah aka jurusolek dia setiap kali Syahirah nak keluar jumpa Aidil ... 

Ok lah, not bad jalan cerita dia dan mmg tak sangka kaitan Delyna dan Syakir, lepas tu kenapa Delyna tinggalkan Aidil dulu pun bersebab ..  Oh ya, Nazim dan Aidil tu pun saling berkenalan ... 

cheers.

Post a Comment

8 Comments

  1. macam best je novel ni..
    sekarang baca sebuah novel ambil masa lama benar nak habiskan..hhihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, nak baca mmg ambil masa lama melainkan jalan cerita mmg betul2 menarik..

      Delete
  2. kalau x silap penah diadaptasi ke drama novel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anies, mcm novel ni dah diadaptasi ke drama, tp tak tengok pun drama tu ...

      Delete
  3. Menarik juga novel ni...dah lama tak baca novel

    ReplyDelete
  4. tak baca lagi novel ini.. Ada tertengok adaptasi drama dia tapi tak tengok habis.. cam menarik lak baca review mrs pip nie..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.