Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan || hi there, bagi seseorang yang suka menggunakan make-up di wajah, maka amatlah penting untuk menanggalkan make up dan membersihkan wajah sebersih bersihnya agar kulit wajah kekal sihat dan tidak tersumbat. Pemilihan produk pencuci wajah yang efektif dan dalam masa yang sama mampu menjaga kulit wajah agar tidak kering, atau merengsa perlu dititikberatkan. 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan


Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan



Dalam memilih pencuci wajah dan dalam masa yang sama mampu menanggalkan make up secara berkesan, mrs pip memilih Althea Pore Purifying Serum Cleanser, yang merupakan gabungan bersama pembersih dan serum! what are you ? serum? cleanser? serum? cleanser? ok, both T_T

Althea Pore Purifying Serum Cleanser mengandungi bahan-bahan utama iaitu :-
  • Ekstrak pudina - membantu menyejukkan kulit dan menghalang kulit daripada kerengsaan
  • Minyak biji jojoba - membantu melembapkan kulit secara mendalam
  • Ekstrak daun pokok teh - mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam serum cleanser ini, ianya mampu menanggalkan kesan make-up / solekan, kotoran dan minyak, dan dalam yang sama membersihkan kulit dan menghidrat kulit membuatkan kulit terasa bersih, lembut, tidak kering da tidak merengsa, di samping memperkecilkan liang liang roma. 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser juga membantu menyeimbangkan tahap pH kulit, selain serum cleanser ini juga sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif. Kulit terasa lembut dan licin bila disentuh. 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan
Althea Pore Purifying Serum Cleanser || Efektif mencuci wajah dan menanggalkan solekan 

Bagaimana untuk menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser? Ada dua cara mudah untuk menggunakan serum cleanser ini, sama ada untuk menanggalkan make-up / solekan atau untuk membersihkan kulit.

Cara-cara menggunakannya adalah seperti berikut:-


Untuk membuang make-up / solekan:

  • Langkah 1: Tuang jumlah serum cleanser yang mencukupi ke telapak tangan anda.
  • Langkah 2: Urut produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
  • Langkah 3: Bilaskan residu dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya residu.

Untuk membersihkan kulit:

  • Langkah 1: Lembapkan kulit dengan air, dan tuangkan kuantiti serum cleanser yang mencukupi ke telapak tangan anda.
  • Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan serum cleanser ke seluruh kulit anda dengan gerakan membulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.

Siap T_T mudah saja kan. Dan jangan terkejut, Althea Pore Purifying Serum Cleanser bukanlah pencuci muka yang berbuih, dan sangat mudah untuk dibilas.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan
Althea Pore Purifying Serum Cleanser || Efektif mencuci wajah dan menanggalkan solekan 

Mrs Pip sangat happy dengan produk Althea Pore Purifying Serum Cleanser selepas menggunakannya beberapa kali sebagai penanggal make-up mahupun sebagai pencuci muka harian kerana serum cleanser ini berjaya membersihkan make-up yang Mrs Pip pakai dan juga membersihkan kulit tanpa meninggalkan rasa kering, malah kulit terasa lembut, bersih dan segar.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Membersihkan Make-up Dengan Berkesan
Althea Pore Purifying Serum Cleanser || Efektif mencuci wajah dan menanggalkan solekan 

Dengan botol yang berdiameter kecil, ianya sangat mudah dipegang (easy to grab-and-grip), namun botol Althea Pore Purifying Serum Cleanser adalah jenis flip-to-open & pour-to-use, Mrs Pip berharap boleh menyediakan jenis pump-to-use (menggunakan pump) kerana ianya lebih mudah untuk digunakan dan lebih mudah untuk mengawal kuantiti yang ingin digunakan berbanding dengan cara menuang kuantiti serum cleanser ke atas tapak tangan.

Untuk pengetahuan semua, sebotol Althea Pore Purifying Serum Cleanser mengandungi 150ml, dan berharga hanya RM33.00 sebotol sahaja.

Yang ingin membeli atau mendapatkan sebotol Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini, bolehlah layari website rasmi Althea, dan ingin mengetahui  lebih lanjut produk Althea, anda bolehlah mengikuti akaun rasmi Instagram dan Facebook Althea dan juga blog rasmi Althea. 

stay beautiful everyone.

cheers.

Post a Comment

12 Comments

  1. Replies
    1. Ya, I like it a lot how it is really efficient and effective in cleansing and removing the make up ...

      Delete
  2. Serious suka sangat dengan cleanser ni. Bukan je boleh cuci muka, malah boleh buang make up dengan cepat dan senang

    ReplyDelete
  3. Pore Purifying Cleanser Serum memang best... terus bersih muka!

    ReplyDelete
  4. kita mmg dah fall in love dengan pore purifying ni..senang sangat..2 in 1 fungsi dia..kalau tetiba mood malas nak cuci mekap dengan wet tissue..hah, guna ni je..siap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lah mudah nak tanggal make up, harum pula tu.

      Delete
  5. best sngt pakai ni.. sapu2 sikit dh hilang makeup.. 2 in 1 lagi tu.. terbaik lah..

    ReplyDelete
  6. Suka Sha tengok packaging dia yang crystal clear tu.. menarik..

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.