Resepi kukus mudah puding coklat sedap

hi there, so hari ni nak share kat korang resepi kukus mudah puding coklat sedap ... wah, tajuk panjang sungguh kan ... tapi serius, resepi ni memang senang nak buat, lepas tu rasa pun sedap kat tekak mrs pip ... korang mungkin akan jumpa pelbagai versi utk puding coklat kukus, tapi yang ni versi mudah by mrs pip ok ...

Resepi kukus mudah puding coklat sedap
Resepi kukus mudah puding coklat sedap

bahan bahan :-

*1 cawan susu cair / susu UHT full cream (mrs pip guna susu UHT)
*1 cawan minyak masak
*3 biji telur
*1/3 cawan susu manis (kalau nak manis boleh tambah 1/2 cawan, atau 3/4 cawan, terpulang kat korang nak manis macam mana)
1 cawan tepung optima berperisa coklat (kalau tiada tepung optima berperisa coklat, guna tepung optima putih biasa tapi kena tambah serbuk koko)

tepung optima ni ada banyak brand, so korang pilih la mana mana brand yang ada dijual kat pasaraya korang, as long as tepung optima ya ...


cara-cara nak buat :-

1- masukkan semua bahan bahan yang ada tanda star (*) ke dalam mixer / blender dan pukul selama 5 minit

2 - masukkan tepung optima dan pukul sehingga tepung betul betul sebati dengan semua bahan bahan yang telah dimixer / diblender tadi (pukul sekitar 3 - 5 minit gitu la)

3- panaskan pengukus sehingga air mendidih

4- masukkan bancuhan tepung optima tu kat dalam loyang yang telah dilapis menggunakan aluminium paper / foil, dan tutup atas loyang dengan aluminium foil dengan bentuk sedikit kubah utk elak wap air masuk ke dalam loyang

5- air dah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus, dan tutup dan kukus selama 30 - 40 minit menggunakan api sederhana besar

6- dah masak, sejukkan dulu seketika, dan elok letak dalam peti sejuk selama sejam dua atau semalaman sebelum sedia untuk dihidangkan ...

selamat mencuba.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

4 Comments

  1. Oo.. Senang je.. Boleh la cuba bebila time ghajin dtg.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Senang ja mau buat .. Kalau beli kat pasar tamu, dorang jual rm1, 3 biji, tapi mcm tak kenyang nak makan, hehe... Betterlah buat sendiri.

      Delete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.