Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

hi there, resepi ringkas pumpkin ramen bersos tomato. hari ni mrs pip nak share resepi ringkas buat korang yang malas nak masak, tapi perut tengah berkeroncong nak makan. so, masak saja yang simple simple, janji perut tak menyanyi. kali ni kita masak resepi mee pumpkin ramen yang mrs pip dapat dari signature market, free item dibawakan oleh 100comments ke dapur mrs pip gitu! so, jom lah layan resepi ringkas pumpkin ramen bersos tomato ni.

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

tapi sebelum tu nak intro juga kat korang, pumpkin ramen keluaran signature market ni ialah mee organik, jaid kalau korang mencari mee yang organik, so bolehlah try keluaran signature market ni ya. 100% natural no preservative no bleaching katanya. dan nampak tak muka happy mrs pip bila dapat produk ni. mee ni easy peasy senang nak masak. kalau korang sejenis mcm mrs pip yang hanya tahu masak ala kadar, so jom layan resepi ni.

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
pumpkin ramen keluaran signature market 

nak masak resepi ringkas pumpkin ramen bersos tomato ni, caranya mudah sahaja, bahan bahan yang mrs pip guna pun senang nak cari di pasaraya. korang boleh juga guna bahan lain mengikut selera korang masing masing ok.

bahan-bahannya:-

satu paket pumpkin ramen
satu botol sos tomato (mrs pip guna jenama Prego)
selabu bawang besar
sebiji telur
sebiji tomato
daun bawang secukupnya
bahan bahan perasa seperti garam, serbuk lada putih, cukup rasa secukupnya

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

cara memasak:-

1/ didhkan air secukupnya. 
masukkan pumpkin ramen dan masak sehingga cukup kembang, 4 hingga 5 minit gitu.
2/ toskan pumpkin ramen, dan letak tepi.
3/ potong bawang besar mengikut suka anda
4/ potong tomato
5/ potong halus daun bawang
6/ panaskan dua sudu minyak di atas kuali leper
7/ masukkan bawang dan tumis hingga naik bau
8/ masukkan telur dan goreng 
9/ masukkan sos tomato dan tambah sedikit air untuk mencairkan sos
10/ masukkan tomota yang telah dipotong tadi
11/kacau hingga sebati dan masukkan bahan-bahan perasa secukupnya
12/ dah cukup rasa semuanya, bolehlah masukkan pumpkin ramen tadi 
13/ nak rasa pedas, boleh tambah hirisan lada besar atau cili api, ikut selera korang
14/ gaul mi bersama sos tomato tadi dan kemudian masukkan daun bawang
15/ masak sekejap, dan siap!

p/s: korang juga boleh tambah isi ayam atau isi daging kalau nak, atau hirisan sosej, terpulang kepada citarasa korang.

Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato
Resepi ringkas Pumpkin Ramen bersos tomato

dah siap masak, bon apetit semua.

cheers.

Dapatkan ilmu-ilmu bermanfaat dengan mudah di telegram:


Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Jom Join Juga Tukar Komen Blog Untuk Bloggers

Post a Comment

0 Comments